Written by Bella | April 23rd, 2018

Tengah hari tadi, tindakan Fathia Latiff yang memuat naik foto Zul Ariffin bersama Elizabeth Tan mencetuskan spekulasi mengenai hubungan mereka berdua lebih-lebih lagi apabila Fathia menerusi kapsyen di akaun Instagramnya meminta agar Zul menjaga Elizabeth dengan baik. Namun, foto tersebut telah dipadam.

Elizabeth ataupun mesra dengan panggilan Lizzy memberitahu beliau agak terkejut dengan perkara itu apatah lagi beliau tidak pernah mengenali Fathia secara peribadi.

Saya dimaklumkan pengurus mengenai perkara itu. Lucu ada. Terkejut pun ada. Ini kerana tidak semena-mena Fathia memuat naik gambar saya dan Zul sedangkan kami sedang berlakon bersama. Saya tidak pernah berjumpa Fathia, apatah lagi berkawan dengannya.

Lizzy harap isu ini tidak menimbulkan salah faham dikalangan peminat kerana kapsyen Fathia yang seakan memberikan bayangan timbulnya bibit cinta antara dirinya dan Zul sedangkan mereka hanya bergandingan dalam sebuah filem.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | April 23rd, 2018

Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila bertindak menyindir bekas suaminya, Azmi Hatta menerusi beberapa hashtag di Instagram.

Elly jelas merasa tidak puas hati dan menuntut agar Azmi lebih bertanggungjawab dalam isu penjagaan anak perempuan mereka, Putri Sara Sefhia yang kini sudah berusia 2 tahun dan turut menuntut pengarah tersebut untuk memberikan nafkah buat cahaya mata mereka.

Tindakan berani Elly itu mendapat pujian ramai kerana memperjuangkan hak anaknya.

Elly dan Azmi mendirikan rumah tangga pada 9 November 2014 sebelum bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika sedang hamil. Selepas itu, Azmi berkahwin dengan pelakon Faye Kusairi pada 9 April 2017 dan baru sahaja dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Written by Bella | April 23rd, 2018

Bila sebut sahaja nama Anzalna Nasir dan adik beradiknya, ramai yang tahu mereka berasal daripada keluarga yang berpendidikan tinggi, berbakat besar serta mempunyai kelas tersendiri.

Terbaru, niat Anzalna yang ingin berkongsi hasil lukisannya dengan peminat bertukar menjadi isu besar apabila ada individu menuduh pelakon itu sebenarnya menciplak hasil tangan orang lain.

Enggan berdiam diri, Anzalna dalam nada sinis meminta agar individu tersebut tampil dengan bukti yang kukuh dan sekiranya pertuduhan itu benar, beliau akan diberikan ganjaran yang lumayan. Pada masa yang sama, Anzalna turut memberitahu beliau pernah memenangi pertandingan melukis ketika menetap di Kanada.

Bengang betul nampaknya Anzalna. Erm, bersabarlah la ya, kadang-kadang memang ada sahaja pihak yang akan meragui bakat seseorang apatah lagi jika sesuatu yang dihasilkan itu agak cantik.

Written by Bella | April 23rd, 2018

Baru-baru pengkritik fesyen Zaihani Mohd Zain telah mengaitkan nama pengurus Rozita Che Wan yang dikatakan memulakan isu panas mengenai kontroversi “body shaming” agar mereka yang mempunyai tubuh gempal dengan berat melebihi 60 kilogram untuk tidak hadir ke mana-mana acara fesyen.

Zaihani pada masa yang sama menyarankan agar pereka fesyen lain memboikot untuk tidak menaja baju kepada Che Ta. Dalam erti kata lain, biarlah ia menjadi “balasan” terhadap perbuatan tersebut.

Tentunya Che Ta bengang dengan kenyataan Zaihani, walaubagaimanapun beliau sedikit pun tidak hairan sekiranya tiada pereka fesyen yang ingin menajanya selepas ini.

Boleh kira tak sampai sebelah tangan pun nama pereka yang saya selalu pakai. Persoalan sekarang, adakah pereka nak dengar cakap dia? Sudah tentu kalau saya yang pakai baju mereka lebih meletup. Kalau dia ajak pereka untuk boikot saya, saya tidak hairan. Lagi pun saya ada banyak koleksi sendiri. Kalau Jakel adalah gudang kain, rumah saya pula adik kepada gudang. Jadi, ada saya kisah?

Tidak dinafikan, saya banyak membantu pereka untuk memperkenalkan nama mereka terutama dalam kalangan pereka baru. Dengan tindakannya itu, adakah pereka nak dengar cakap dia atau masih nak buat baju saya? Lagi satu, adakah dia membantu meningkatkan nama seseorang pereka?

Dengan populariti yang Che Ta ada, kami pasti akan ada pihak yang ingin menaja beliau. Sejujurnya siapa yang boikot itu memang rugi kerana tidak menggunakan peluang yang ada untuk menaikkan lagi jenama mereka seperti yang dikatakan oleh Che Ta. Apa komen korang?

Sumber Berita : Harian Metro