“Tiada Pil Boleh Menambah Ketinggian, Jangan Mudah Terpedaya” – Dr Rafidah Abdullah

Trending

“Tiada Pil Boleh Menambah Ketinggian, Jangan Mudah Terpedaya” – Dr Rafidah Abdullah

Baru je nak reda isu pelancaran tudung di sebuah kelab malam di Kuala Lumpur, timbul pula isu baru yang menarik perhatian netizen dan masyarakat Malaysia.

Terbaru, Neelofa ada membuat posting di instagram untuk mempromosikan satu produk meninggikan badan hingga menjadi bualan hangat dan dikecam.

Advertisement

Seorang wanita yang bernama Rusyainie Ramli telah tampil memberikan pandangan beliau mengenai hal ini..

KEMETOT

Neelofa ni sangat cantik kan. Kalau boleh pilih, saya pun teringin nak rupa dia. Untung dia dapat anugerah Allah. Tapi tulah kan. Neelofa dah macam tersilap langkah.

Dia promosikan produk nak tinggi. Aduh. Ni macam Neelofa tak pernah belajar sains pula. Padahal dia ni cerdik katanya. Takkan demi duit, tetiba jadi tak bijak.

Neelofa, meh akak kasi tahu. Manusia mencapai tinggi maksimum masa umur belasan tahun. Lepas tu plat dekat tulang panjang akan tertutup pada usia lebih kurang 20 tahun.

Kita takkan tinggi dah. Telan lah segala produk tu, takkan punya. Buat lah senaman regangan ke, bergayut kat pokok ke, melompat bintang 1000 kali pun tak mungkin buat kita meninggi.

Akak dah tengok kat MediQuest. Produk ni tak berdaftar sebagai ubat. Pada hemat akak, produk ni di bawah kelas makanan.

Jadi kalau Neelofa fikir dengan logik, takkan lah minum produk ni boleh buat kita makin tinggi. Jenis makanan saja kan.

Macam kita makan nasi la. Tak ada bahan aktif dalam produk ni, maka macam mana secara biokimianya produk tu boleh bertindak seperti tuntutan yang dikatakan.

Kalau produk ada bahan aktif, mesti berdaftar dengan Agensi Regulatori Farmasi Negara bawah kategori A iaitu ubat terkawal.

Tu doktor perubatan saja yang boleh preskripsikan, macam akak la sebab akak bertauliah dan berlesen. Nak masuk bawah kategori X, ubat yang boleh dibeli di kaunter macam tak masuk akal sebab gah sangat fungsi dia.

Tinggi kita ni ditentukan oleh 80% secara genetik. Neelofa dah tak boleh tinggi tapi Neelofa boleh pilih untuk berkahwin dengan lelaki tinggi. 6 kaki ke atas ke.

Ada lah peluang untuk anak-anak Neelofa nanti tu tinggi. Cuma masalahmya gen yang mengawal tinggi ni bukan 1 saja. Ada banyak dan susah nak tentukan ekspresi gen-gen tu.

Arwah atok akak tinggi orangnya. Tapi akak ni kemetot saja. Gen yang nak bagi tinggi tu taknak keluar. Jadi, tak mengapalah. Akak bersyukur lah walaupun akak ni pendek.

Neelofa, mungkin apa akak tulis ni takkan sampai kat Neelofa. Maklumlah status Neelofa di dalam masyarakat tu jauh sangat dari akak.

Akak rakyat marhaen saja. Tapi harap sangat, sebagai selebriti yang punya jutaan peminat, lain kali Neelofa janganlah rendahkan martabat Neelofa sampai jadi duta produk yang akak panggil sampah ni.

Dalam pada itu, Dr Rafidah Abdullah juga tampil menjelaskan perkara yang sama menerusi tweet beliau di laman twitter.

Kami berharap Neelofa akan lebih peka dan berhati-hati selepas ini sebelum mempromosikan sesuatu produk atau terpaksa menelan dan berdepan kecaman dari “persatuan makcik-makcik bawang”.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...