Written by Bella | July 2nd, 2015

Kisah perpisahan antara Emma Maembong dan Zizan Razak masih lagi menjadi bualan hangat meskipun mereka sudah beberapa bulan putus cinta.

Tidak memberikan sebarang komen sebelum ini mengenai isi hati beliau selepas berpisah dengan Zizan, Emma menerusi portal mStar Online mengakui beliau merasa tertekan selepas putus cinta dan mengambil masa yang lama untuk pulihkan diri.

Siapa yang tidak terkesan apabila kita dan pasangan rancang untuk kahwin tetapi hubungan tidak menjadi. Saya bukannya robot. Apa-apapun bagi saya ini adalah kitaran hidup.

Di mana sesuatu yang kita sayang di dunia ini tidak akan kekal. Malah ibu dan ayah kita juga satu hari nanti akan meninggalkan kita.

Walaubagaimanapun Emma merasa syukur kerana keluarga dan rakan-rakan sering memberikan beliau semangat untuk bangkit semula daripada derita yang dialaminya.

Malah,pengarah Michael Ang juga banyak menawarkan beliau untuk bekerja dibawah arahannya dan sekaligus membuatkan Emma sibuk dengan kerja dan tidak terlalu memikirkan soal perpisahannya.

Mujurlah sejak perpisahan iti saya sibuk dengan penggambaran. Michael Ang banyak beri saya tawaran berlakon. Jadi tak adalah terasa sangat.

Bukan mudah untuk melupakan orang yang betul-betul kita cintai tetapi mungkin apa yang berlaku ada hikmahnya tersendiri kami pasti akan ada orang yang lebih baik buat anda satu hari nanti.

Sumber Berita: mStar Online

Written by AbangNara | July 1st, 2015

Abang Nara ramai di kalangan pembaca BeautifulNara yang suka berbuka puasa di luar. Mungkin ada jemputan daripada kawan-kawan, mungkin berbuka bersama rakan-rakan ofis dan juga terpaksa berbuka puasa di luar kerana dah lambat nak balik rumah. Abang Nara pun kadangkala buka puasa di luar juga. Salah satu perkara yang paling Abang Nara kurang gemari ialah mencari ‘parking’ dan traffic jem ketika dalam perjalanan menuju ke destinasi.

Sebab itulah Abang Nara sekarang menggunakan applikasi MyTeksi dengan lebih tegar dan kerap. Senang je caranya. Mula-mula muatturun dulu applikasi MyTeksi di Apple App Store, Google Play Store atau pun Blackberry World. Lepas buat pendaftaran, terus buat tempahan. Selalu Abang Nara akan buat tempahan awal. Pukul 12 dah booking dah untuk perjalanan jam 6 petang.

grabteksi

Sempena bulan Ramadhan ini, MyTeksi kini bakal memberikan baucar berbuka puasa bernilai RM1500. Bolehlah bawak satu keluarga bukak puasa sama-sama. Caranya senang sahaja. Cuma perlu buka applikasi MyTeksi anda dan buat tempahan GrabCar dengan kod promosi “BEAUTIFULNARAGC” dari 4 hingga 9 petang ke Bazaar Ramadan di Seksyen 17 Petaling Jaya, Seksyen 14 Petaling Jaya, Jalan Telawi Bangsar, Masjid India atau Kampung Baru untuk mendapat diskaun RM5 dan anda akan berpeluang untuk memenangi baucer berikut.

Untuk anda yang tak tahu, GrabCar adalah servis transit kereta dengan pemandu yang boleh ditempah melalui aplikasi MyTeksi. Nikmatilah layanan terbaru ini dengan pemandu kami yang ramah, sopan dan bermisi untuk membuat perjalanan anda lebih selamat dan selesa. Abang Nara dah pernah try dah GrabCar nie. Memang selesa sangat-sangat. Pemandu pun sangat berhemah dan menghormati kita.

grabteksi

Jangan lupa masukkan promosi kod “BEAUTIFULNARAGC” ketika membuat tempahan. Semoga berjaya mendapat boucher bernilai RM1500 ini. Kalau dapat nanti, jangan lupa belanja Abang Nara. Maklumat lanjut sila layari bit.ly/beautifulnaragc715. Selamat mencuba!!!

Written by Bella | July 1st, 2015

Beberapa hari lepas nama adik kepada selebriti popular Neelofa iaitu Ameera menjadi hangat apabila bertindak untuk menegur aurat pelakon Nur Fazura yang ketika itu memuat naik foto beliau tampil berselendang di akaun Instagram miliknya.

Perkara itu menjadi viral kerana teguran itu dibuat dalam nada sinis dan ada pihak yang menganggap Ameera tidak mempunyai hak untuk menegur dengan cara sedemikian kerana beliau juga tidak bertudung.

Walaubagaimanapun, Ameera menerusi akaun Instagramnya hari ini telah menafikan perkara tersebut dan  fotonya telah disalah gunakan oleh pemilik akaun @ameerakhan812 dan menjelaskan bahawa Instagram tersebut adalah palsu.

Ameera dengan nada  tegas berkata beliau  tidak mempunyai sebarang akaun Instagram lain melainkan @lilttlemisskhan dan memohon supaya pengikut di laman sosial tidak terpedaya dengan akaun palsu tersebut.

I came across a blog that has a story written down about ‘me’ using foul language on a well-known Malaysian actress’ post. So here I’m making very very clearly that this is my only account. I do not have any other Instagram account .

@ameerakhan812 is not me. Please make sure your facts are right before you commit a sin. I’m sorry for misunderstandings, I didn’t mean to hurt anyone. Thank you.

Fazura juga nampaknya tidak begitu peduli dengan isu berkenaan kerana mungkin beliau mengetahui ianya akaun palsu. Harapnya selepas ini tiada lagi pihak yang menghentam Ameera atas tindakan yang bukan dilakukan olehnya. Memang bayak fakers dalam Instagram ni, yang wujudkan akaun semata-mata untuk jadi keyboard warrior dan mengkritik artis pun ada.

Sumber Berita & Foto: Astro Gempak

Written by AbangNara | July 1st, 2015

Seperti biasa, setiap tahun Astro akan menganjurkan majlis berbuka puasa bersama para selebriti dan rakan media. Selain daripada mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak Astro dan mereka yang terbabit, turut sama diperkenalkan ialah rancangan-rancangan yang bakal ditayangkan sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal. Dengan berkonsepkan ‘kosong-kosong’ kali ini, pelanggan Astro dijanjikan koleksi drama, filem dan rancangan Aidilfitri yang berkualiti tinggi dan hebat untuk tontonan sepanjang bulan Syawal kelak.

majlis berbuka puasa astro

Bertempat di Hotel Majestic Kuala Lumpur, antara selebriti-selebriti yang hadir ialah Kamal Adli, Emma Maembong, Amelina, Rozita Che Wan, Ayda Jebat, Yana Samsudin dan suami, Fasha Sandha, Stacy, Akim dan ramai lagi. Kesemuanya tampak berseri-seri dan bersemangat mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini. Abang Nara tak sabar hendak melihat hasil karya mereka di Astro kelak pada Aidilfitri nanti. Mesti best!!!
majlis berbuka puasa astro

Lagi beberapa gambar selebriti-selebriti di majlis berbuka puasa Astro dengan membaca artikel ini sepenuhnya.Gambar kredit Ryaniez Moments Photography.

P.S: RM5.42 billion dikutip oleh konsesi tol tahun lalu

 
Page 46 of 49« First...102030...4445464748...Last »