Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Nora Danish Mahu Bertudung Tanpa Paksaan Mana-mana Pihak

Berkat bulan Ramadhan yang mulia ini, beberapa artis nampaknya sudah mula berhijrah dan mengenakan tudung dan ada juga yang berhijab bagi menghormati bulan suci ini. Baru-baru ini, Nora Danish juga dilihat sering memuat naik foto beliau menutup aurat sehinggakan ada yang  peminat beliau yang mahu beliau terus berhijab.

Advertisement

Mengakui ada menyimpan hasrat untuk bertudung, Nora bagaimanapun enggan membuat keputusan tersebut atas paksaan mana-mana pihak dan ingin ia lahir ikhlas daripada hatinya sendiri.

Saya memang ada berhasrat untuk berhijab kerana sebagai muslim ia sesuatu yang wajib untuk dilakukan tetapi biarlah ia betul-betul ikhlas dari hati dan bukan kerana permintaan pihak lain atau peminat.

Berhijab ini kalau boleh kita ingin pakai buat selama-lamanya, jadi saya pun dalam proses untuk sucikan hati dan bersedia ke arah itu satu hari nanti.

Nora selaku duta Safi Rania Gold tampil berhijab pada majlis berbuka puasa Safi Ramadan Al-Mubarak, di Hotel Royale Chulan pada Khamis lalu,  bagi menghormati majlis berbuka puasa dan solat terawih yang dilakukan bersama tetamu.

Tambah Nora lagi, kekasihnya Nedim Nazri juga tidak pernah memaksa mahupun melarang beliau mengambil keputusan untuk menutup aurat.

Advertisement

Adalah lebih baik untuk kita tidak memaksa seseorang itu untuk menutup aurat jika mereka belum bersedia. InshaAllah kalau niat itu sudah ada pasti satu hari nanti ia akan termakbul juga. Doakan yang baik-baik sahaja buat Nora Danish.

Sumber Berita: mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama