Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Jangan Bandingkan Gerak Khas Dengan Drama Luar – Salina Saibi

Drama berunsur polis Gerak Khas memang cukup sinonim dengan kita bukan? Mesti anda akan teringat dengan gandingan mantap Datuk AC Mizal dan Abby Abadi yang memegang watak polis. Malah, filem Gerak Khas juga boleh dikatakan mendapat sambutan yang agak hebat apabila ditayangkan.

Namun, selepas watak AC Mizal dan Abby Abadi telah tiada lagi dalam siri tersebut dan drama tersebut sudah hilang auranya.

Advertisement

Perkara ini mendapat perhatian daripada salah seorang penonton Gerak Khas di Malaysia yang telah meluahkan pendapat beliau mengenai drama berkenaan menerusi akaun Facebook miliknya. Berikut adalah luahan beliau:-

Terbaru, pelakon Gerak Khas siri baru Salina Saibi dalam status terbaru beliau di Instagram telah mempertahakan drama ini dan menjelaskan terlalu banyak etika dan perkara yang perlu dijaga untuk membuat drama tersebut.

Apabila dibandingkan dengan drama CSI dan Law & Order, mereka mempunyai bajet yang agak besar dan tiada batasan tertentu dalam karya mereka, tetapi ia adalah sebaliknya di Malaysia.

Advertisement

Assalamualaikum..Bukan senang nak buat drama kepolisan..Drama msia byk limitation..
So terhad story line nye
Byk pihak/benda kena dijaga..Nak bandingkan dgn drama barat diorg big budget & takde batasan jln cerita..
Msia mane boleh buat sume tu..
Citer omputeh semua elemen ada..rogol..racism..corruption.. skandal..paedophile..
Rtm,Pdrm & Jais pantau setiap episod &jln cerita..
Ape2 mesti dr kelulusan org atasan..

Kenapa negara luar byk citer polis..Csi,Ncis,murder,mentalist,hawai 5 0,paling lama Law & Order sampai berlumba2 drama polis diorg..tp Malaysia hanya ada GerakKhas!!Why??Malaysia berlumba2 drama novel cintaaa…Ape sebenarnyaa contoh nak bg pd generasi baru kita..nilai2 murni?pakar cinta?pak lawak?hehehe

Ramai org tak tgk GerakKhas tp why rating still cecah 1Juta penonton..sbb ramai lg yg menonton lg2 org di luar K.L..so cume segelintir saja yg xtgk yg nak komplen..
Kwn kata Makcikbedahtipahpakmaunpakjusohpaksamadmaklongtoklong sume tiap2 Jumaat 9mlm trpacak depan tv dgn kropok moni nak tgk Gerakkhas..Eh wat lawak lak..GerakKhas dah makin improve actually..kalau tgk la..tak tgk mcmne nak komen tu..leh terima ke..oklah penat ckp..so pendekkan citer…. #GerakKhas
16years..Me 8years..Why d only GerakKhas yg bertahan???Why? 
Sbb bukan senang nak buat!!
Sekian terima kasih…Hidup#GerakKhas2015 Berkhidmat demi negara..#skopproduction

Walaupun Gerak Khas sudah agak membosankan dengan jalan cerita yang klise tetapi terus terang kita tidak boleh membandingkan dengan drama luar yang jauh berbeza daripada setiap sudut.

Kami yakin sebenarnya ramai lagi penulis skrip ataupun penerbit yang mampu untuk menghasilkan sebuah karya yang power tetapi ada beberapa perkara yang menjadi penghalang buat mereka.

Sumber Berita: Facebook Fazrin Jamal & Instagram Salina Saibi

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama