July 2nd, 2015

Alhamdulillah. Jutaan tahniah diucapkan kepada Fad Bocey dan isterinya yang dikurniakan berita gembira yang dinanti-nantikan oleh setiap pasangan suami isteri. Fad dan Nur Syahirah telah pun berkahwin pada Mac tahun ini. Telah berkongsi berita kehamilannya baru-baru ini, kali ini Fad dan isteri berkongsi pula tentang kehadiran anak kembar di dalam kandungan. Alhamdulillah. Sekali dapat dua terus.

fad bocey

Berita gembira ini telah dikongsikan menerusi akaun Instagram Nur Syahirah. Sebelum ini, Nur Syahirah sering sakit-sakit dan dimasukkan ke hospital sepanjang kehamilan. Rupa-rupanya ada kembar dalam perut. Hehehe. Isteri Fad Bocey itu menulis:-

It hurts ?? .nvm .Alhamdulillah after 3 days finally im home .even im not so happy but i am so much happy to see you ‘babies’ .yes ‘TWIN’ .Syukur dgn rezeki yg Allah bagi serta dugaan yg dtg bertimpa timpa .insyaAllah sy akan kuat utk awak berdua dkt dalam .tak sabar nak jumpa awak berdua .baik baik dkt dalam .love both

fad bocey

Tahniah diucapkan kepada Fad Bocey dan isteri atas berita gembira ini. Semoga segalanya dipermudahkan. Kehadiran anak kembar ini pastinya membuatkan anda berdua teruja. Semoga segalanya selamat sehingga hari kelahiran. Sama-samalah kita doakan. Tahniah!!!

July 2nd, 2015

Pelakon daripada Brunei, Nina Iskandar mempunyai pahit dan manisnya sepanjang bergelar anak seni di Malaysia,  pernah tampil dengan imej berhijab dan membicarakan soal penghijrahannya kepada umum, Nina bagaimanapun telah dikecam  serta menerima kritikan ramai apabila bertindak untuk membuka tudung dan sudah kembali seperti dahulu.

Berita beliau tidak lagi menutup aurat telah disampaikan sendiri oleh Nina dalam sebuat foto yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya sekitar bulan Mei lepas.

Tidak cepat melatah dengan segala komen negatif yang diterima, Nina menerusi akhbar Kosmo berkata keputusan beliau untuk tidak berhijab lagi selepas beberapa bulan menutup aurat adalah atas kehendaknya sendiri. Mengakui sebagai manusia hatinya boleh berubah-ubah, Nina mengharapkan peminat mendoakan agar beliau dapat menjalani kehidupan yang lebih sempurna.

Jujur saya katakan, keputusan untuk bertudung atau sebaliknya adalah didorong oleh kemahuan saya sendiri. Ia bukan dipengaruhi sesiapa dan saya tidak perlu memuaskan hati semua pihak.

Saya yakin dengan keputusan yang diambil. Justeru, saya terima dengan hati terbuka apa orang mahu kata tentang tindakan ini. Apa yang penting, saya lebih tahu dan kenal diri sendiri. Apa yang boleh saya kata, hati manusia berubah. Saya tidak terkecuali. Saya cuma harapkan peminat doakan saya untuk menjalani hidup yang lebih sempurna, insya-Allah.

Setelah menepis segala kontroversi kerana membuka tudung, Nina kini dihimpit dengan pelbagai spekulasi dan tomahan apabila mewarnakan rambut kepada warna perang. Jelas Nina, beliau melakukan perkara tersebut hanya demi komitmen kerjanya.

Saya mewarnakan rambut atas tuntutan dan komitmen watak yang sedang saya lakonkan dalam Lari Mira. Jangan fikir bukan-bukan. Saya masih lagi tahu batas agama. Saya tahu ramai yang bercakap tentang perkara tersebut. Apa yang boleh saya lakukan? Saya tiada kuasa untuk menghentikan pendapat orang terhadap saya.

Saya hanya mahu menjadi diri sendiri dan selalu ingatkan kepada diri bahawa semua yang berlaku ke atas diri adalah harga yang harus dibayar demi bergelar anak seni.

Pada masa yang sama Nina mengaku beliau melakukan banyak kesilapan dalam hidup dan perkara itu yang membawa dirinya ke lorong fasa lebih matang.

Jika sudah tidak selesa untuk mengenakan tudung, lebih baik Nina Iskandar tidak terus pura-pura dan menipu diri sendiri hanya kerana ingin memuaskan hati orang lain. Doakan sahaja agar satu hari nanti hati beliau ditetapkan untuk ke arah yang lebih baik.

Sumber Berita: Kosmo

 

 

July 2nd, 2015

Aksi mesra diantara Shukri Yahaya dan Fathia Latiff didalam dram Dia Isteri Luar Biasa telah mengundang rasa cemburu tunang kepada aktor tersebut, Tya Adnan apabila menonton adegan-adegan romantis itu. Bagaimanapun, selepas Shukri memberikan sedikit penjelasan tunangnya itu memahami akan kerjayanya sebagai seorang pelakon.

Malah, Shukri tidak akan meletakkan sebarang syarat  sekiranya sudah berkahwin nanti kerana sebagai seorang pelakon bakal isterinya itu perlu tahu akan tuntutan sesuatu kerjaya yang dilakukan.

Tunang saya cemburu juga tapi dia cemburu disebabkan termakan apa yang orang cakap negatif terhadap drama ini. Sesudah itu apabila diterangkan dia sudah memahami akan kerja dan niat saya ini.

Saya sudah cakap dengan tunang untuk menjadi seorang pelakon saya rasa tak perlu ada syarat-syarat itu semua dan semestinya ada batas-batas yang tertentu seperti adegan atas katil, ghairah semua itu saya tak buat walaupun saya bujang. Saya tahu itu akan datangkan masalah dan setakat ini tunang saya faham.

Berbicara mengenai permohonan maaf daripada Ziela Jalil mengenai surat terbuka yang menyifatkan DILB sebagai drama tidak bermoral, Shukri dan pelakon-pelakon lain didalam drama tersebut menyokong sepenuhnya akan tindakan  penerbit itu.

Ziela Jalil buat benda yang betul. Dia banyak bertungkus-lumus untuk cerita ini dan memberikan ruang antara saya dan Fathia untuk lebih mengenali seterusnya mendapat chemistry kerana saya sebetulnya tak pernah berlakon bersama Fathia dan inilah pertama kalinya.

Dia minta maaf untuk menjernihkan keadaan pada semua orang. Kami ini pelakon dan minta pun jadi seperti itu cuma buat apa yang sepatutnya.

Tunang mana yang tidak merasa cemburu apabila melihat aksi mesra bersama perempuan lain yang memang hot di Malaysia. Namun, Tya kena lah bersabar, kami pasti hati Shukri Yahaya tidak akan berubah hati lagipun kalian sudah mahu menikah tidak lama lagi.

Sumber Berita: Rotikaya

 

July 2nd, 2015

Kisah perpisahan antara Emma Maembong dan Zizan Razak masih lagi menjadi bualan hangat meskipun mereka sudah beberapa bulan putus cinta.

Tidak memberikan sebarang komen sebelum ini mengenai isi hati beliau selepas berpisah dengan Zizan, Emma menerusi portal mStar Online mengakui beliau merasa tertekan selepas putus cinta dan mengambil masa yang lama untuk pulihkan diri.

Siapa yang tidak terkesan apabila kita dan pasangan rancang untuk kahwin tetapi hubungan tidak menjadi. Saya bukannya robot. Apa-apapun bagi saya ini adalah kitaran hidup.

Di mana sesuatu yang kita sayang di dunia ini tidak akan kekal. Malah ibu dan ayah kita juga satu hari nanti akan meninggalkan kita.

Walaubagaimanapun Emma merasa syukur kerana keluarga dan rakan-rakan sering memberikan beliau semangat untuk bangkit semula daripada derita yang dialaminya.

Malah,pengarah Michael Ang juga banyak menawarkan beliau untuk bekerja dibawah arahannya dan sekaligus membuatkan Emma sibuk dengan kerja dan tidak terlalu memikirkan soal perpisahannya.

Mujurlah sejak perpisahan iti saya sibuk dengan penggambaran. Michael Ang banyak beri saya tawaran berlakon. Jadi tak adalah terasa sangat.

Bukan mudah untuk melupakan orang yang betul-betul kita cintai tetapi mungkin apa yang berlaku ada hikmahnya tersendiri kami pasti akan ada orang yang lebih baik buat anda satu hari nanti.

Sumber Berita: mStar Online