Written by Bella | July 1st, 2015

Aktres Rozita Che Wan memberitahu beliau terpaksa menyewa sebuah kondominium khas untuk menempatkan koleksi pakaian beliau yang tidak terhitung jumlahnya sepanjang berkecimpung didalam industri hiburan.

Saya terpaksa sewa sebuah kondo lain untuk tempatkan baju-baju kami sekeluarga memandangkan tiada ruang untuk menyimpan koleksi pakaian yang ada. Maklumlah saya sudah berada di dalam industri hiburan agak lama. Bukan tidak mahu menjual atau lelong baju-baju itu tetapi agak susah sebab ada peminat yang pernah beli beritahu saiz baju terlalu kecil.

Kondo yang saya sewa itu terletak dekat sahaja dengan rumah saya. Hanya beberapa kilometer. Jadi, mudahlah untuk saya singgah pada bila-bila masa untuk dapatkan baju yang ingin dipakai.

Tambah Che Ta lagi, baju anak perempuannya Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia lapan bulan juga mempunyai jumlah koleksi pakaian yang banyak sehingga sudah mencecah empat buah almari.

Baju Aaisyah sahaja sudah memerlukan empat pintu almari untuk menyimpannya. Apa tidaknya, selain saya dan Zain yang belikan baju-baju Aaisyah, dia juga dapat banyak tajaan daripada pelbagai jenama pakaian. Tidak cukup dengan itu, peminat-peminat juga ramai yang hantarkan hadiah. Sebab terlalu banyak, ada baju yang tidak sempat diulang pakai. Pakai sekali sahaja.

Wah, boleh tahan banyak juga kan koleksi pakaian Rozita Che Wan dan keluarga, tentu jika masuk sahaja kondominium tu dah jelas nampak pelbagai jenis pakaian bukan? Iyalah, selebriti harus peka dengan fesyen terkini dan sebab itu ada baju yang hanya dipakai sekali sahaja.

Sumber Berita: Tonton Extra

 

 

 

 

Written by Bella | July 1st, 2015

Mufti negeri Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berpendapat tindakan yang agak biadap pengacara popular Azwan Ali yang telah memaki hamun salah seorang pengikut beliau di Twitter sama sekali tidak menggambarkan sifat seorang Muslim sebenar dan menunjukkan ciri-ciri golongan fasik.

Sikap dia bukan sikap Muslim yang berpuasa. Bulan puasa begini kita hendak lahirkan orang yang bertakwa. Jadi apa yang dia lakukan itu menggambarkan sifat fasik. Dia seperti tidak menghormati bulan Ramadan. Apa yang dia cakap bukan macam orang berpuasa.

Tuduh menuduh dan memaki orang lain bukan sifat Muslim. Dia bukan sahaja menuduh malah kenyataannya penuh dengan prasangka buruk.

Dr Harussani mengulas kontroversi hangat Azwan Ali memaki hamun peminatnya di Twitter yang mencadangkan beliau untuk mencuba stik terbaik di Me’nate Steak Hub selepas selebriti itu bertanyakan dimanakah tempat yang sedap untuk mendapatkan hidangan berkenaan.

Tidak tahu akan kewujudan restoran tersebut Azwan menyangka pengikutnya yang menggunakan tweethandle @NurAziraWA memanggilnya ‘binatang’ dalam loghat Kelantan. Akibatnya wanita itu terus diherdik dan dicaci oleh selebriti tersebut secara membabi buta.

Sementara itu kata Dr Harussani, Azwan juga diminta menghayati surah al-Hujurat yang jelas meminta orang-orang yang beriman untuk menjauhi sifat banyak prasangka buruk kepada orang lain.

Ayat di dalam surah itu jelas meminta orang-orang yang beriman supaya tidak mencari-cari kesalahan dan keaiban orang selain tidak mengumpat.

Bak kata pepatah fikir dahulu sebelum melakukan sesuatu, semoga ia menjadi pengajaran buat semua orang agar tidak berlagak pandai dalam setiap perkara.

Sumber Berita: Astro Awani

 

 

 

Written by Bella | July 1st, 2015

Drama Isteri Luar Biasa lakonan Fathia Latiff dan Shukri Yahya telah pun melabuhkan tirainya semalam dan mendapat sambutan yang agak baik meskipun dihimpit pelbagai kontroversi sehingga menyebabkan beberapa pihak menyifatkan drama tersebut tidak bermoral.

Berbicara mengenai kontroversi itu, penerbit drama Dia Isteri Luar biasa Zeila Jalil telah tampil memohon maaf kepada mana-mana pihak yang kurang senang adengan adegan  romantis berlebihan pada drama tersebut sehingga ia dianggap terpesong daripada ajaran agama Islam.

Apabila bercakap tentang hukum hakam Islam, saya tidak mengiakan benda yang salah dan tidak menghalalkan cara. Kalau nak ikutkan, banyak benda yang kita tidak boleh buat dalam drama.Bukan senang… Sebagai contoh, saya seorang ibu seronok melihat kepulangan anak lelakinya. Kalau seronok, takkan nak berdiri dan tunjuk mimik rasa gembira sahaja. Mesti kena peluk sebagai tanda sayang dan rindu.

Bagaimanapun segala kritikan yang diberi saya terima dengan fikiran terbuka dan akan lebih berhati-hati menghasilkan drama pada masa akan datang.

Penjelasan itu diberikan oleh Ziela apabila beliau diminta untuk mengulas lebih lanjut mengenai surat terbuka oleh seseorang yang dikenali sebagai Hazal Din kepada dirinya yang mengkritik drama itu memaparkan adegan mesra secara berlebih-lebihan diantara Fathia dan Shukri sehingga ia menimbulkan rasa kurang senang penonton apatah lagi drama itu ditonton bersama anak-anak.

Malah, individu berkenaan juga berpendapat bahawa drama tersebut boleh merosakkan akidah kanak-kanak yang masih lagi belajar ilmu agama dan boleh mengundang kekeliruan antara ajaran yang sebenar dan drama yang dipaparkan sedangkan pelakon tersebut bukanlah suami-isteri yang sah diluar drama.

Walaubagaimanapun, pemilik syarikat produksi Pena Creative Pictures itu berpendapat pihak penerbit tidak harus dipersalahkan jika ada kanak-kanak mahupun remaja rosak akhlak kerana ia tidak ada kena mengena dengan drama Dia Isteri Luar Biasa.

Tidak patut rasanya drama ini dipersalahkan jika akhlak anak-anak itu tidak baik. Bukan Dia Isteri Luar Biasa sahaja, tetapi juga drama-drama lain. Saya percaya pembentukan akhlak anak-anak bermula daripada cara didikan ibu bapa itu sendiri.

Isu begini agak subjektif sebenarnya kerana ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam membentuk akhlak anak mereka dan sekiranya ia dibentuk dengan baik pasti mereka tidak akan terpesong jika dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Sumber Berita: mStar Online

 

 

Written by AbangNara | July 1st, 2015

Dalam masa lebih kurang 2 minggu, kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri 2015. Malaysia trusted online shopping mall nile.com.my kini sedang mengadakan kempen jualan hari raya yang dinamakan “Jualan Raya Meletop 2015“. Kenapa dinamakan ‘meletop’? Sebabnya diskaun yang diberikan amat tinggi iaitu sehingga 90% khas untuk memeriahkan lagi sambutan hari raya yang bakal tiba.

Ketika “Jualan Meletop” ini, produk terpilih akan diberikan diskaun tambahan pada tarikh dan masa tertentu, sehingga 90%. Setiap produk yang termasuk di dalam kempen ‘Jualan Raya Meletop 2015’ dijual pada kuantiti yang terhad. Siapa cepat dia yang dapat. Hanya selagi stok masih ada serta untuk berlaku adil, seorang pembeli hanya boleh dapatkan 1 unit sahaja. Untuk makluman, promosi hebat ini akan berlangsung sehingga 10 Julai ini.

Meh sini Abang Nara kongsikan beberapa produk yang telah mencuri perhatian Abang Nara bersempena “Jualan Raya Meletop 2015”. Cekidaut:-

nile

Product: Male/Female Canvas Shoes
Price Meletop: RM12.90
Date: 01/07/2015
Time: start: 2.00pm
Quantity: 500 pairs
nile

Product: Tassel Retro Stylish Bag
Price Meletop: RM9.90
Date: 03/07/2015
Time: start: 11.00am
Quantity: 250 pieces
nile

Product: Crocodile Design 3-in-1 Woman Bag
Price Meletop: RM28.90
Date: 03/07/2015
Time: start: 4.00pm
Quantity: 200 pieces
nile

Product: Haniya Paisley Jubah
Price Meletop: RM29.50
Date: 06/07/2015
Time: start: 11.00am
Quantity: 100 pieces
nile

Product: Haniya Mix Color Blouse
Price Meletop: RM19.90
Date: 06/07/2015
Time: start: 4.00pm
Quantity: 80 pieces
nile

Product: Stylish Hoodies
Price Meletop: RM12.90
Date: 07/07/2015
Time: start: 3.00pm
Quantity: 200 pieces
nile

Product: Korean Men Sport Pant
Price Meletop: RM14.90
Date: 08/07/2015
Time start: 11.00am
Quantity: 200 pieces
nile

Product: Men Sport Pant
Price Meletop: RM13.90
Date: 08/07/2015
Time start: 4.00pm
Quantity: 350 pieces
nile

Product: Fitness Chin Up Bar
Price Meletop: RM11.90
Date: 09/07/2015
Time start: 11.00am
Quantity: 300 unit
nile

Product: 15kg Chrome Dumbell Sets
Price Meletop: RM79.90
Date: 09/07/2015
Time start: 4.00pm
Quantity: 100 pairs
nile

Product: Travel Durable Backpack Malaysia
Price Meletop: RM19.90
Date: 10/07/2015
Time start: 4.00pm
Quantity: 60 units

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang “Jualan Raya Meletop 2015“, bolehlah melawan laman web mereka dengan <menekan pautan ini>.

Info tambahan…

nile

Nile.com.my juga sedang mengadakan promosi penghantaran PERCUMA bersempena raya untuk setiap pembelian RM48 dan ke atas bagi pembeli di Semenanjung Malaysia.

Pastikan anda menanda kalendar untuk setiap produk yang anda minat. Jangan lupa beli secepat mungkin kerana kuantiti amat terhad. Hanya selagi stok masih ada.

Selamat membeli-belah!!!

Happy Shopping guys!

Page 48 of 49« First...102030...4546474849