July 3rd, 2015

Walaupun sudah habis ditayangkan, drama Dia Isteri Luar Biasa (DILB) sehingga ke hari ini masih mengundang kontroversi. Pengarahnya, Ziela Jalil sendiri sudah memohon maaf jika ada pihak yang beranggapan DILB mempromosikan maksiat. Malah di dalam sebuah surat terbuka daripada seorang peminat, pelakon-pelakon utama drama ini iaitu Shukri Yahya dan Nur Fathia dikecam teruk kerana berpeluk sakan seperti pasangan suami isteri yang sebenar.

dia isteri luar biasa

Selaku seorang yang berlakon mengikut arahan pengarah, Shukri Yahya memohon agar para penonton dapat membezakan antara realiti dan dunia lakonan. Kata Shukri Yahya:-

Saya sangat hormat kak Ziela Jalil, dia pun dah mohon maaf secara terbuka, dan saya amat berharap isu ini selesai, dan tidak dibangkit-bangkitkan sehingga menjadi huru-hara.

Shukri mohon kepada semua peminat, jadilah penonton yang rasional kerana dunia yang saya berlakon adalah rekaan semata-mata bukannya ada kena mengena dengan kehidupan realiti di luar sana

dia isteri luar biasa

Secara jujurnya, kesedaran para penonton drama Melayu tentang bab-bab bersentuhan di kalangan pelakon yang tidak mempunyai ikatan sah seharusnya dipuji. Agak menyedihkan juga apabila pengarah, penerbit, pelakon dan hampir kesemua yang terlibat beragama Islam, tetapi hasil yang ditunjukkan tiada nilai-nilai keIslaman langsung. Semoga dengan teguran sebegini, drama kita akan dapat diperbaiki di masa hadapan. Sama-samalah kita doakan. Sumber Murai.


Comments are closed.

Loading...