Written by Bella | April 2nd, 2015

Bakal bernikah pada tanggal 5 Jun depan, pengacara Hanis Zalika mahu menggunakan tempoh dua bulan sebelum tarikh pernikahan untuk mengenal tunangnya Hairul Azreen dengan lebih mendalam agar ia akan lebih mudah jika mereka sudah bergelar suami dan isteri kelak. Buat masa ini Hanis sedang memanfaatkan masa yang ada untuk mendekati Hairul.

Itu benda paling penting dalam fasa pertunangan ini supaya saya dapat tahu dan belajar memahami dia dengan lebih terperinci dan mendalam.

Jadi apabila kami sudah berumah tangga nanti senanglah sikit untuk melayari kehidupan baru itu bersama. Saya harap sangat tempoh ini memadai untuk saya mendekati Hairul.

Pelbagai bahan bacaan tentang tips untuk menjadi isteri dan alam perkahwinan sudah dibaca oleh Hanis bagi menambah ilmu pengetahuan serta sebagai persediaan baik dari segi mental mahupun fizikal untuk menempuhi alam perkahwinan dan bergelar seorang isteri.

Pada masa yang sama beliau berharap segala persiapan berjalan dengan lancar dan tidak dilanda dengan ujian yang berat sepanjang tempo pertunangan. Ini kerana kata orang-orang tua mereka yang bertunang ini akan menghadapi pelbagai cabaran.

Yang saya tekankan sekarang adalah persediaan mental dan diri sendiri untuk jadi isteri orang. Saya banyak dengar ceramah dan baca buku untuk tambah ilmu pengetahuan.

Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar dan selamat. Yang paling saya harapkan dalam fasa ini (pertunangan) kami tak diuji dengan hebat yang di luar kemampuan diri.

Semoga kami dapat harungi fasa ini dengan baik, insyaAllah. Mohon semua doakan yang terbaik agar kami dapat disatukan.

 Bukan mudah untuk seseorang itu melangkah fasa yang baru terutama sekali jika sebuah perkahwinan akan terbina. Mungkin pada mulanya, kedua-duanya akan merasa sedikit kekok tetapi jika sudah selesa nanti pasti anda berdua akan tahu baik atau buruk pasangan anda. Persediaan secara mental dan fizikal sememangnya perlu. Buat Hanis dan Hairul kami harap segalanya berjalan lancar untuk anda berdua.

Sumber Berita: Harian Metro

 

Written by Bella | April 2nd, 2015

Baru-baru ini, ketika sedang asyik melayari laman Instagram kami ternampak foto-foto mesra Fouziah Gous bersama suaminya Zhafran Yusof di bumi matahari terbit. Memang seronok melihat mereka dapat bergambar berlatarbelakangkan pemandangan indah.

Pada mulanya kami fikir ia sekadar percutian biasa tetapi pada masa yang sama  mereka berada di Jepun untuk meraikan ulangtahun kelahiran Zhafran yang ke 32.

Menarik perhatian kami ialah betapa romantisnya pasangan ini yang rupa-rupanya suda mendirikan rumah tangga 2 tahun lamanya.

Kredit Foto: Instagram Fouziah Gous

Jom lihat foto romantis mereka di Tokyo, Jepun dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | April 2nd, 2015

Akibat tidak mampu membayar denda RM4,500, Mamat bekas vokalis kumpulan Exist bakal meringkuk di dalam penjara Bentong, Pahang selama 8 bulan. Mamat telah pun mengaku bersalah atas dakwaan penggunaan dadah jenis Amphetamines ke dalam badan pada 19 Disember 2013.

mamat exist dipenjara

Baru-baru ini, Mamat sekali lagi ditangkap polis melibatkan kes dadah yang sama di kawasan Jalan Jelatek 2, Jelatek Business Park, Hulu Kelang, Selangor. Semoga kehidupan di penjara akan memberikan keinsafan sepenuhnya kepada Mamat. Sama-samalah kita doakan.

Written by Bella | April 1st, 2015

Susulan daripada dakwaan telah mendera penyanyi kanak-kanak Tegar secara seksual, bekas pengurus artis Indonesia itu, Arif Dollah telah ditangkap oleh pihak berkuasa Singapura.

Menerusi Berita Harian Singapura, pihak polis telah mengesahkan perkara tersebut apabila mereka menerima dua  laporan polis yang dibuat ke atas lelaki berusia 29 tahun tersebut. Buat masa ini, pihak polis masih lagi menjalankan siasatan.

Sebuah laporan juga telah dibuat  kepada badan khas bagi melindungi hak kanak-kanak di Indonesia, Komisi Nasional Perlindungan Anak (Komnas PA).

Bekas anak tiri kepada Arif juga seorang penyanyi di Singapura, Sufie Rashid turut membuat laporan polis bahawa beliau telah didakwa secara seksual pada usia 13 tahun.

Arif sebelum ini mempersoalkan tindakan Tegar yang hanya menimbulkan isu ini ketika beliau berada di Malaysia dan bukan sewaktu di Indonesia. Pada masa yang sama Arif  juga menjawab dakwaan beliau menyekat wang hasil persembahan Tegar hingga membuatkan penyanyi itu kembali mengemis, katanya tuduhan itu tidak benar kerana pembayaran yang diterima Tegar berdasarkan persembahan sahaja dan beliau akan mengirim wang kepada ibunya selepas selesai persembahan.

Dengan penangkapan Arif, kami percaya hal yang sebenar akan terungkai tidak lama lagi. Pada masa itu baru kita tahu siapa benar siapa salah. Teruskan bersama BeautifulNara untuk update terbaru nanti.

Sumber Berita: Berita Harian Singapura

 

 

Page 50 of 53« First...102030...4849505152...Last »