(TAHNIAH) Sarimah Ibrahim Sah Isteri Tunku Jamie

Hiburan

(TAHNIAH) Sarimah Ibrahim Sah Isteri Tunku Jamie

Pengacara popular Sarimah Ibrahim akhirnya telah sah menjadi milik Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie apabila sah bergelar suami dan isteri hanya dengan sekali lafaz.

Pihak pengantin perempuan telah menerima 7 dulang hantaran berbalas 7 juga hantaran kepada pihak lelaki. Sarimah telah menerima wang hantaran sebanyak RM 6,000. Pasangan ini telah dinikahkan oleh jurunikah Istana Negara, Ustaz Nik Ridzuan Nik Mohamad dan disaksikan wali iaitu bapa pengantin perempuan, Ibrahim Ahmad.

Advertisement

Majlis tersebut telah berlangsung di sebuah hotel terletak di ibu kota Kuala Lumpur dengan penuh adat melayu tradisional dan dihadiri oleh ibu bapa Tunku Jamie, Tunku Kecil Besar Tunku Datuk Mudzaffar Tunku Mustapha dan Tunku Dara Tunku Tan Sri Naquiah Tuanku Jaafar serta Tuanku Najihah Tunku Besar Burhanuddin, Tunku Ampuan Negeri Sembilan.

Ini adalah perkahwinan kali kedua buat Sarimah dan juga Tunku Jamie. Sarimah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama jejaka Australia Andrew John Browning dan bercerai sekitar tahun 2008.

Tunku Jamie yang juga cucu kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 merupakan seorang duda yang tidak mempunyai anak.

Tahniah kami ucapkan kepada Sarimah Ibrahim dan Tunku Jamie. Bertuah Tunku Jamie kerana dapat memperisterikan seorang wanita yang jelita pada pandangan kami. Semoga perkahwinan anda berdua kali ini akan berkekalan sehingga ke anak cucu. InshaAllah.

Sumber Berita: Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...