April 3rd, 2015

Telah bercerai pada bulan Februari 2014, Dynas Mokhtar kini mengakui sedang mengenali hati budi seseorang.Kalau anda perasan, ada jugalah Dynas berkongsi sekeping dua gambar dirinya bersama si jejaka bertuah itu.  Kacak juga orangnya. Nampak muda. Memang sama cantik dan sama padan.

kekasih baru dynas

Dynas Mokhtar juga telah bertemu ibu kepada lelaki ini. Malah kalau tak silap, si lelaki pun sudah bertemu dengan ayah Dynas. Baguslah tue. Ada perkembangan positif. Kata Dynas:-

Dia kawan lama saya dan kenal sejak zaman sekolah. Memang dia lelaki yang rapat dengan saya sekarang. Saya hanya pernah berjumpa dengan ibunya saja dan ahli keluarga lain belum. Masih awal untuk saya kongsikan tentang itu (kahwin). Insya Allah

kekasih baru dynas Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat mereka berdua. Kalau ada jodoh, Alhamdulillah. Cinta itu tidak mengenal usia. Yang penting hati budi. Nanti kalau nak berkahwin, kongsikanlah berita baik itu. Jangan sorok-sorok pulak. Sumber MalaysianDigest.


Comments are closed.

Loading...