Written by AbangNara | January 14th, 2015

Mak aih. Terkejut beruk Abang Nara membaca keratan akhbar hari ini. Mana tidaknya, para gadis yang dipeluk artis Kpop diminta hadir ke JAWI untuk sesi kaunseling. Sekiranya gagal berbuat demikian, JAWI akan meminta mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap mereka. Ish, ish, ish. Macam melampau je tindakan nie? Memang tak masuk akal sungguh.

waran tangkap

gambar ihsan Twitter @mohdismail

 

Seharusnya JAWI mengambil pendekatan yang lebih berhemah menangani isu ini. Tindakan yang tidak wajar ini telah menyebabkan orang ramai mempersoalkan kredibiliti JAWI itu sendiri. Mana tidaknya, bila artis KPOP beria-ria sampai keluar waran tangkap semua. Artis Melayu tempatan yang berpeluk sakan setiap hari di stesen televisyen boleh pula buat tak tahu. Hmmm. Sepatutnya JAWI mengambil pendekatan yang dilakukan seperti Ustaz Kazim di bawah ini.

waran tangkap

Menariknya akibat tindakan JAWI ini, gambar artis-artis tempatan dipeluk para peminat kini mula bertebaran di laman sosial. Adakah pihak JAWI akan turut sama mengambil tindakan terhadap artis-artis ini? Kalau tidak mahu dipertikaikan kredibiliti dan tidak mahu dianggap berat sebelah, pihak JAWI juga harus bertegas. Antara contoh gambar yang tersebar sekarang ini ialah Anuar Zain dipeluk peminat ketika membuat persembahan.

waran tangkap

gambar dari Mstar Online

Pihak JAWI harus tepuk dada dan tanya diri sendiri tujuan dan motif perkara KPOP ini diperlakukan sehingga seolah-olah merupakan masalah negara nombor 1. Jangan gajah depan mata tak nampak, kuman seberang sungai jelas kelihatan. Apa pendapat anda?

Written by AbangNara | January 14th, 2015

Bekas pengurus Zizan Razak hari ini berjaya memperoleh perintah injunksi sementara untuk menghalang pelawak dan pelakon itu daripada menandatangani sebarang kontrak baharu dan membuat sebarang endorsement dengan stesen televisyen berbayar, Astro atau mana-mana produksi lain sehingga injunksi kekal didengar.

Injunksi sementara secara ex-parte (sebelah pihak) itu dikeluarkan oleh Hakim Hassan Abdul Ghani di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
marina jukiPerkembangan kes itu dimaklumkan kepada pemberita oleh peguam Harjit Singh Sandhu yang mewakili Marina Juki selaku pihak plaintif.

Harjit berkata, mahkamah akan memutuskan pada 6 Mac ini sama ada untuk membenarkan permohonan Marina bagi mendapatkan injunksi kekal atau sebaliknya.
zizanPada 5 November tahun lalu, Marina memfailkan saman ke atas Zizan yang dinamakan sebagai defendan tunggal di Mahkamah Sesyen atas dakwaan pelawak terbabit telah menandatangani kontrak dengan syarikat televisyen berbayar itu sebelum kontrak bersama Wire Fame Entertainment Sdn. Bhd. tamat. Sumber Utusan Online.

Written by AbangNara | January 14th, 2015

Amboi-amboi macam pengantin baru pula Abang Nara tengok si Johan dan Ozlyn ini. Seronok tengok kegembiraan yang terpancar di wajah mereka. Dapat terasa kemeriahan sempena majlis akikah anak mereka yang baru lahir iaitu Nur Latifah Chantiq. Selain itu turut sama diadakan ialah majlis hari jadi untuk anak mereka Ahmad Haziq yang kini berusia 2 tahun.

gambar akikah johan ozlyn

Ozlyn juga telah berkongsi gambar Nur Chantik Latifah di majlis akikah tersebut. Walaupun di’blur’kan sedikit, Abang Nara dah nampak kecomelannya Chantik nie. Comel sangat-sangat.
gambar akikah johan ozlyn

Semoga kebahagiaan Johan dan Ozlyn sekeluarga akan terus berkekalan sehingga ke akhir hayat. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Jozlynnhanania.

 
Written by AbangNara | January 14th, 2015

Terdapat banyak jenis-jenis beg di luar sana. Untuk setiap style, event dan majlis ada setiap jenis beg yang berbeza untuk melengkapkannya. Jadi apakah jenis beg yang sesuai untuk koleksi anda? Hari ini kita akan melihat beberapa jenis beg asas yang harus dimiliki oleh setiap wanita.

1. Beg untuk kegunaan hari-hari

Beg yang sempurna untuk kegunaan hari-hari adalah beg yang paling sukar untuk ditemui. Ia selalunya cukup besar untuk dimuatkan barangan wajib dan juga cukup versatile untuk kegunaan tak kira siang atau malam.
begbeg

2. Beg elegan untuk kegunaan waktu malam

Untuk special occasions, anda perlu menggayakan dompet yang elegant. Tak kiralah sama ada cluth ataupun beg kompak, warna silver atau warna gold, ia adalah pasangan yang cukup sempurna untuk mana-mana occasion.
beg

3. Beg tote

Beg tote adalah beg yang wajib dimiliki oleh setiap wanita. Ia cukup perfect untuk memuatkan barangan yang dimiliki oleh anda. Kita pun tahu barangan wanita ini banyak jenis dan bukannya sekadar telefon atau dompet.

beg

beg

4. Beg messenger

Untuk hujung minggu dan hari biasa, takkanlah nak bawak beg pergi kerja untuk jalan-jalan kan? Beg messenger yang ringan dan penuh bergaya sama ada dipakai di bahu atau disilangkan. Ia akan mengosongkan tangan anda untuk memudahkan pergerakan. Bolehlah beli-belah dengan mudah.

begbeg

5. Beg multipurpose

Beg ini mengandungi beberapa kombinasi di dalamnya dengan membawa fungsi sebagai dompet, beg messenger dan juga handbag.

beg

Selaku seorang wanita, anda berhak untuk mendapatkan kelima-lima jenis beg ini. Hadiahkan diri anda salah satu daripadanya daripada Malaysia Online Shopping nile.com.my yang mempunyai pelbagai pilihan beg pada harga yang amat rendah. Beli sekarang untuk gayakan diri anda.

Berita baik untuk pembeli di Lembah Klang, anda boleh dapatkan barangan anda dalam masa 24 jam dengan servis 24 Hours Cash On Delivery. Minimum order hanya RM6 sahaja.

Jangan tunggu lagi, marilah membeli-belah. Selamat tahun baru.

Page 29 of 46« First...1020...2728293031...40...Last »