(8 GAMBAR)Pertemuan Semula Menyayat Hati Mangsa Culik Dengan Bapanya Setelah 24 Tahun

Trending

(8 GAMBAR)Pertemuan Semula Menyayat Hati Mangsa Culik Dengan Bapanya Setelah 24 Tahun

Airmata bercucuran Selasa lepas apabila seorang lelaki dari Sichuan, China, yang diculik semasa berusia empat tahun akhirnya disatukan semula dengan bapanya, 24 tahun kemudian.

Pada tahun 1991, Sun Bin yang ketika itu masih anak kecil diculik dari pasar di Chengdu, Sichuan, di mana bapanya berniaga sayur. Dia kemudiannya dibawa oleh penculiknya ke Xuzhou, Jiangsu, lapor NetEase.

Advertisement


 photo family-reunion2.jpg

Pada usia 28 tahun dan teruja untuk bertemu kembali dengan ahli keluarganya, Sun dengan bantuan biro keselamatan awam berjaya mengasan bapanya dan mengadakan pertemuan semula. Pertama kali berjumpa bapanya sejak peristiwa itu, lelaki itu menangis sebelum mereka berdua berpelukan.

Setelah air mata berhenti mengalir, Bapa Sun memutuskan untuk mendedahkan beberapa gambar yang diambil tidak lama sebelum anak itu diculik.

Semasa festival musim luruh anak saya berusia empat tahun 15 hari, kami ambil gambarnya.

Gambar itu menunjukkan Sun bersama ibu dan bapanya. Sun diculik empat hari kemudiannya.

Setelah diculik, pasangan itu mula mencari di kawasan berdekatan dan mengembara jauh untuk mencari dan memasang notis kehilangan anak tetapi tidak berjaya menemui Sun. Mengingati semula kejadian iaitu, bapa Sun berkata:

Asal dengar berita saja tentang dia, kami akan pergi.

Tidak ada laporan mengenai sama ada Sun telah menemui ibunya, atau berpeluang menemui ibunya. Bagaimanapun, dia mendapat peluang untuk bertemu dengan adiknya buat pertama kali, kerana adiknya itu masih belum lahir sewaktu dia diculik.

Lagi tujuh gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.


 photo family-reunion.jpg
 photo family-reunion3.jpg
 photo family-reunion4.jpg
 photo family-reunion5.jpg
 photo family-reunion6.jpg
 photo family-reunion7.jpg
 photo family-reunion9.jpg

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...