January 20th, 2015

Tak salah untuk Abang Nara katakan yang Caliph Busker merupakan penerima impak yang paling hebat selepas AJL29. Daripada kurang dikenali, kini nama pemuzik jalanan yang cacat penglihatan ini meniti di bibir setiap peminat tanah air. Senang cerita, Caliph Buskers kini popular tahap gaban. Laman Facebooknya pun daripada 8 ribu LIKE kini sudah mencecah 65,000. Power!!!

caliph buskers

Walaupun populariti kini meningkat naik, Caliph Buskers berjanji tidak akan melupakan asal usul mereka iaitu pemuzik jalanan. Iyerlah, kebanyakan manusia bila popular selalunya lupa asal usul. Namun tidak bagi Caliph Buskers. Kata Khairul Azmi Saat, vokalis dan ketua kumpulan tersebut:-

Tiada sebarang sebab untuk tinggalkan persembahan ‘basking’ dan kami akan teruskan aktiviti macam biasa kerana muzik adalah jiwa kami. Malah kami berharap bakat yang ada dapat dikongsi dengan orang lain dan cuma berharap masyarakat akan terus memberi sokongan kepada pemuzik seperti kami.

Saya tidak pernah terfikir untuk membuat persembahan di pentas AJL malah ketika Edry membuat pelawaan itu saya tidak percaya dan menganggap ia gurauan. Ini kerana saya bukan seorang penyanyi profesional dan rasanya tidak layak untuk berada di pentas berprestij itu. Ia pengalaman luar biasa.

Semangat yang macam inilah kita mahukan. Khabarnya Edry KRU juga telah menawarkan kepada Caliph Buskers untuk merakamkan lagu mereka sendiri. Itu satu perkembangan yang baik. Semoga dengan usaha sebegini, rakyat kita akan lebih membuka mata dan tidak hanya memandang kepada rupa sahaja. Yang penting, bakat harus diketengahkan. Tahniah Caliph Buskers. Sumber Mstar Online.

Advertisement
January 20th, 2015

Gembiranya Abang Nara melihat kebahagiaan yang sedang dikecapi oleh Zahiril Adzim, Shera Aiyob serta anak mereka, Anaqi. Keletah Anaqi yang dimuatnaik menerusi Instagram pasangan suami isteri ini memang kelakar. Tergelak Abang Nara melihat aksi Anaqi. Shera Aiyob juga kelihatan semakin menawan selepas bertudung. Malah pasangan suami isteri ini juga dilihat sering mengunjungi majlis ilmu agama. Perubahan yang sangat awesome!!!

zahiril adzim dan shera aiyobRamai peminat yang gembira melihat kebahagiaan keluarga dan mendoakan mereka akan terus bersatu sehingga ke syurga kelak. Insya Allah. Semoga makin dimurahkan rezeki. Tahun 2015 ini cantik sangat kalau Anaqi nak dapat adik. Hehehe. Tak gitu?
zahiril adzim dan shera aiyob

Lagi beberapa gambar keluarga bahagia ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

zahiril adzim dan shera aiyob

P.S: Cantik-cantiknya tudung daripada www.bidadary.my ini. Memang menyerlahkan kejelitaan dan membuatkan wanita yang memakinya tampil lebih menawan. Harganya pun sangat berpatutan dengan kualiti yang sangat awesome. Silalah layari www.bidadary.my untuk lihat sendiri pelbagai koleksi tudung yang ditawarkan.

zahiril adzim dan shera aiyob

zahiril adzim dan shera aiyob
zahiril adzim dan shera aiyob
zahiril adzim dan shera aiyob
zahiril adzim dan shera aiyob
zahiril adzim dan shera aiyob
zahiril adzim dan shera aiyob
zahiril adzim dan shera aiyob
zahiril adzim dan shera aiyob
zahiril adzim dan shera aiyob
zahiril adzim dan shera aiyob

Advertisement
January 20th, 2015

Alhamdulillah. Setelah sekian lama solo, akhirnya Angah Raja Lawak telah pun bertunang pada hujung minggu lalu. Berita gembira ini telah dikongsikan oleh pelawak ini sendiri menerusi akaun Instagramnya. Si gadis yang berjaya mencuri hati Angah hanya dikenali dengan nama Wawa. Comel, putih dan malu-malu kucing orangnya. Tahniah Angah dan Wawa.

angah raja lawak bertunang

Kalau tak silap, Angah telah pun mempunyai seorang anak hasil perkahwinannya yang terdahulu. Angah telah berkongsi gambar anaknya bersama tunang. Dah besar dah anak Angah rupanya. Kata Angah menerusi Instagramnya:-

Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Doakanlah semoga dipermudahkan segala urusan kami yang mendatang. Terima kasih juga kepada semua yang menghadiri majlis pertunangan kami. Saya sayang kamu semua

angah raja lawak bertunang

Semoga perancangan perkahwinan Angah dan Wawa berjalan lancar. Sama-samalah kita doakan. Tahniah sekali lagi. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Aksi comel Tun Mahathir dan isteri di Art in Paradise Langkawi

angah raja lawak bertunang
angah raja lawak bertunang
angah raja lawak bertunang
angah raja lawak bertunang
angah raja lawak bertunang

Advertisement
January 20th, 2015

Rupa-rupanya AJL29 yang berlangsung Ahad lalu adalah penglibatan terakhir Scha Al Yahya di dalam program AJL dan Muzik-Muzik. Scha tidak akan lagi terlibat di dalam program mingguan Muzik-Muzik yang menyaksikan gandingannya bersama AG. Untuk makluman, sudah 2 tahun Scha mencuri pengalaman menjadi pengacara program tersebut. Sudah tiba masanya untuk mencari angin baru.

scha al yahya

Kata Scha:-

Saya rasa sudah cukup dua tahun terlibat di dalam program gah seperti AJL dan ‘Muzik Muzik’. Banyak yang saya belajar sepanjang mengendalikan program tersebut bersama AG. Tapi, itu tidak bermakna yang saya akan tinggalkan dunia pengacaraan

scha al yahya

Kalau terlalu lama di sesebuah program pun akan menyebabkan orang jemu. Jadi bagi Abang Nara ini adalah keputusan yang baik. Pasti banyak program lain di luar sana yang mahu mendapatkan khidmat Scha sebagai pengacara. Selamat maju jaya diucapkan. Terima kasih kerana menghiburkan penonton Muzik-Muzik dan AJL selama ini.

Advertisement