Tak salah untuk Abang Nara katakan yang Caliph Busker merupakan penerima impak yang paling hebat selepas AJL29. Daripada kurang dikenali, kini nama pemuzik jalanan yang cacat penglihatan ini meniti di bibir setiap peminat tanah air. Senang cerita, Caliph Buskers kini popular tahap gaban. Laman Facebooknya pun daripada 8 ribu LIKE kini sudah mencecah 65,000. Power!!!
Walaupun populariti kini meningkat naik, Caliph Buskers berjanji tidak akan melupakan asal usul mereka iaitu pemuzik jalanan. Iyerlah, kebanyakan manusia bila popular selalunya lupa asal usul. Namun tidak bagi Caliph Buskers. Kata Khairul Azmi Saat, vokalis dan ketua kumpulan tersebut:-
Tiada sebarang sebab untuk tinggalkan persembahan ‘basking’ dan kami akan teruskan aktiviti macam biasa kerana muzik adalah jiwa kami. Malah kami berharap bakat yang ada dapat dikongsi dengan orang lain dan cuma berharap masyarakat akan terus memberi sokongan kepada pemuzik seperti kami.
Saya tidak pernah terfikir untuk membuat persembahan di pentas AJL malah ketika Edry membuat pelawaan itu saya tidak percaya dan menganggap ia gurauan. Ini kerana saya bukan seorang penyanyi profesional dan rasanya tidak layak untuk berada di pentas berprestij itu. Ia pengalaman luar biasa.
[…] Sumber: Beautifulnara […]
mawi patut malu dgn caliph basker
Qu Puteh tak teringin nk sponsor ke?
Mmg betol kak non…..mawi adelah penyanyi yg suara paling tak sedap, pahtu noraniza idris. Mcm manalah dua org blh jadi penyanyi, esp mawi, wat rosak lagu je. Agaknya dia dengar tak lagu2 yg dia nyanyikan tu…
suara kak non pulak mcm mana? haha..rindu i kat non purple..tu la byk sgt nama kenn
orang kurang upaya pun dah berjaya dengan usaha dan bakat sendiri
Anda yang cukup sifat dan sempurna tak malu ke nak bermalasan lagi
#SekadarRenungan
semua asyik menempel pat blog nara ni ajer………….so tak kemana-lah.
Caliph Buskers…semoga kalian berjaya..mudah2an dipermudahkan segala urusan..
Suka tgk persembahan diorang… ini baru dikatakan vokal. bkn sekadar rupa
Sebak bila tengok Caliph Busker perform. Aku harap kalau betul la Edry nak ketengahkan bakat mereka ni,janganla ada niat tersembunyi ke apa. Aku doakan yg terbaik utk mereka semua,aminn. Semoga sentiasa kuat nak tempuh kehidupan penuh pancaroba ni especially when you’re becoming celebrities
Pagi tadi di MHI penyanyi wanita Caliph Buskers nyanyi memang power. Kalah penyanyi asal. Suara dia macam penyanyi pro. Memang patut pun Caliph Buskers berjaya. Baik penyanyi lelaki maupun penyanyi wanita memang talented. Azim nyanyi lagu Bahagiamu Deritaku di You Tube dengan iringan muzik yg ditukar rentak memang best. Diharap pihak Edry mahupun KRU tidak ambil kesempatan ke atas mereka.
all the best for them. diorg mmg terbaik!
harap lps2 nie korang jalan2 kat tepi jalan tu hulur la lebih2 skit..seringgit dua utk bakat mcm tu?? emmm..
appreciate la bakat yg diorg ada & usaha diorang mencari rezeki yang halal..
setakat key bord berjalan x guna juga..tp BUKTIKAN!
lps nie nak lepak dpn sogo ..
nak dgr diorg nyanyi live..lg best dr dgt mentor..idola kecil bla..bla..bla
Walaupun kurang upaya tapi mereka berjaya mencari rezeki dengan usha sendiri….anak-anak muda yang kaki lepak, mat rempit, menghabiskan harta mak bapak patutnya malu dengan mereka…
Artis2 yg masuk ke dunia seni dgn bakat tak seberapa, menjadikan profesion sebagai anak seni (ada seni ka???) sebagai batu loncatan utk mengejar kemewahan/cari org kaya jg patut malu dgn mereka.
Mmg sebak tengok mereka perform kat AJL.
Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segalanya..
Amin..
Tahniah Edry ….
Hadiah (trofi dan wang tunai) persembahan terbaik tu diharap pihak Mojo berikan la pada Caliph Buskers kerana mereka berhak untuk menikmatinya. Malam AJL ialah malam mereka . Kemenangan persembahan terbaik adalah kerana penonton sukakan Caliph Buskers. Rupanya mereka ni selalu mendapat tempahan nyanyian di merata tempat. Di harap Selepas ni banyak la syarikat2 korporate pula akan menggunakan perkhidmatan mereka. Tak rugi bayar mereka beribu2. Cuma mereka perlu berhati2 kerana dengan kejayaan ini , syarikat2 rakaman akan mula mengambil kesempatan ke atas mereka untuk mengaut keuntungan .
saya doakan semoga caliph buskers akan terus maju dan buktikan pada org ramai bahwa walaupun OKU tapi masih boleh berjaya mcm org lain dgn hasil usaha keras anda…syabas!
Asal p sogo mesti nk kuar kt pintu dpn nk tgk adr grup basking tgh perform atau tk. Kdg tu cri port teduh sket duk melangut pan tga sogo tu ralit2 lah….ngn angin panas sepoi2, ngn bau asap bus rapid lgi, ngn bunyi hon kete lgi!!!
Utk Calipih Buskers….semoga korang trus success & buktikan pd org lain yg OKU mampu berjaya dgn hasil usaha anda sdri!!! Tahniah & syabas!!
Mesti korang pon seme agree….ini la yg dikatakan vokal bkn sekadar pd rupa!!
Repeat tengok AJL 5 (part Roman Cinta je) sebak dia tetap sama. Fuhh. Semoga sukses selalu Caliph Busker. Sesungguhnya Allah tutup satu pancaindera, dibuka seluasnya yang lain.
ni le dia baru d katakan vokal bukan sekadar rupa…wlpn dia org OKU tpi suara memg power…mcm mentor dayang tu..x berapa ensem..tpi menjak akhir2 ni memg best persembahan dia n suara pn power…tpi nape ramai y sokong fahmie…fahmie tu wlpn ensem ( ensem ke…biasa jer) tpi suara x power pn…
Eloklah tu.. jangan lupa diri. Hari ni dah lebih 10 kali tengok video diaorang. :)
Intipati manusia yg berguna…tak kira mcmana pun dipuji atau dikeji..dia msh lagi stick kpd asal usul dia..wpun dia tau dia bleh dpt lebih byk lg $..tp semua tu tak bermakna..sbb $ bukan matlamat dia..yg paling asas..hidup dia menghiburkan org..itu pun dah cukup. Semoga terus dilimpahkan rezeki dan kesihatan yg baik.
nasib la si edry ni jumpa dorng, kalau tak sampai ke sudah kita tak pandang pun dorang ni. Pergi sogo fokus shopping, tak pandang kanan kiri dah
minit 1:37 baju biru kat video..nama dia pyan..budak gerik..skrg kije gomen..muka sama je dr dulu..idup tuan pyan