January 22nd, 2015

Sebelum ini, kita telah dikejutkan dengan berita penahanan penyanyi terkenal kumpulan Slam, Zamani atas kes ketagihan dadah. Melalui laporan, Zamani mengakui telah terbabit dengan najis dadah sejak sepuluh tahun lepas.

Berikutan penangkapannya, satu video yang menunjukkan diri Zamani dalam keadaan bergari menyanyikan lagu hits Slam iaitu Gerimis Mengundang telah menjadi viral di media sosial.

Bagaimanapun, rakaman video itu yang didakwa dibuat oleh seorang anggota polis mendapat bantahan orang ramai.

 photo Screen Shot 2015-01-22 at 10.03.49 AM.png

Bantahan itu menggunakan hashtag #BantahTindakanPolisKpdZamani mendapat sokongan orang ramai yang beranggapan ia satu tindakan melampau. Mereka menyarankan agar pegawai polis yang merakam dan menyebarkan rakaman itu dikenakan tindakan kerana mengaibkan Zamani.

Setakat ini, siapa pegawai polis yang terbabit masih belum diketahui namun mungkin juga beliau tidak menjangka reaksi sebegini dari orang ramai. Diharap pihak berkenaan lebih peka terhadap sensitiviti orang ramai terhadap Zamani yang masih punya ramai peminat sehingga ke hari ini. Di zaman kemasyhurannya, populariti kumpulan Slam sampai ke negara Indonesia dan menyamai populariti kumpulan Search. Apa pendapat anda?

January 21st, 2015

Alhamdulillah. Baru beberapa hari lepas Abang Nara kongsikan beberapa gambar Leez Rosli yang tampak lebih ayu bertudung, hari ini pelakon itu telah mengesahkan yang dirinya telah pun berhijrah dan kini bertudung sepenuhnya. Satu perubahan yang amat bagus. Pastinya orang yang paling gembira dengan perubahan ini adalah suami Leez iaitu Aepul daripada kumpulan Drama Band.

leez rosli bertudung

Berita gembira ini telah pun dikongsi oleh Leez sendiri menerusi akaun Instagramnya.

leez rosli bertudung

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Leez. Semoga semakin tenang, dimurahkan rezeki dan diberikan kekuatan untuk terus istiqamah. Sama-samalah kita doakan. Amin.

January 21st, 2015

Amboi, amboi, amboi. Macam The Kardashians la pulak kalau rancangan realiti untuk keluarga Maembong ini berjalan seperti yang dirancangkan. Memang bijak sangat pemilihan yang dilakukan oleh stesen tv. Keluarga Maembong memang dikenali ramai terutamanya Emma, Chacha, Shikin dan Yaya. Untuk makluman, adik beradik keluarga Maembong ini ada 11 orang kesemuanya. Fuh, memang meriah kalau nak buat rakaman nanti.

Daripada apa yang diura-urakan, nama rancangan realiti ini sekiranya bakal dipertontonkan ialah The Maembongs. Namun ini semua masih dalam perancangan dan perangkaan. Tak tahu jadi lagi ke tak. Kalau betul-betul jadi kenyataan, Abang Nara harap ayah mereka iaitu Ismail Embong akan turut sama terlibat. Menarik juga kalau lihat perwatakan Ismail Embong yang kebelakangan ini sering mengeluarkan kenyataan kontroversi berkenaan anak-anaknya.

Paling penting, jangan lupa rakamkan kehebatan The Maembongs melukis terutamanya Emma Maembong. Bakat seni yang mengalir di dalam darah mereka harus dipertontonkan. Fuh~~ Tiba-tiba Abang Nara rasa tak sabar dan berdoa agar program realiti ini menjadi kenyataan. Barulah dapat up close and personal dengan The Maembongs. Mesti kebabom punya. Sama-samalah kita nantikan. Sumber Kosmo.

January 21st, 2015

Pengiklanan produk Qu Puteh kepunyaan Dato Seri Dr. Hajah Vida di AJL29 baru-baru ini telah berjaya mencuri perhatian jutaan yang menonton program ini. Walaupun kebanyakan mereka melahirkan rasa meluat (seperti Chef Wan yang menutup TV), namun tujuan asal pengiklanan ini untuk mengukuhkan jenama Qu Puteh ternyata berhasil. Di mana-mana sahaja, tak kira laman sosial atau di kedai kopi, semua orang sibuk bercakap tentang Qu Puteh sambil membuat aksi gaya tangan di wajah mereka. Memang menjadi marketing!!!

qu puteh dato seri vida

Bersuara menerusi akaun Instagramnya, Dato Seri Dr. Hajah Vida menulis kata-kata yang cukup bermotivasi untuk tatapan semua terutama yang melahirkan rasa jelak dengan iklan melampau Qu Puteh. Tulis beliau:-

I cant tell the key of success, but the key to failure is trying to please everyone… Kita punya citarasa yang berbeza, kita punya interest yang berbeza, walau kita sesama manusia… Bak kata orang, rambut sama hitam, tapi hati masih lain-lain… Selamat pagi semua.. Semoga hari ini lebih baik dari semalam..

Sedikit fakta mengenai pengasas produk Qu Puteh ini. Beliau pernah kehilangan anak-anak akibat kebakaran yang melanda rumahnya. Dato Vida juga pernah menjadi ibu tunggal selama bertahun-tahun dan membesarkan anak secara berseorangan sebelum telah berkahwin semula. Difahamkan juga, Dato Vida merupakan seorang usahawan jutawan wanita dengan syarikatnya, Vida Beauty Sdn Bhd mempunyai ratusan pekerja. Hebat sungguh!!!

qu puteh dato seri vida

Apa pun, strategi pemasaran Qu Puteh di AJL29 ternyata berhasil dan berkesan apabila sehingga ke hari ini masih ramai yang bercakap tentangnya. Semoga jualan Qu Puteh mencatatkan perkembangan yang hebat selepas ini. Tahniah Dato Seri Dr Hajah Vida. Bangga melihat ada usahawan wanita Melayu yang sehebat ini. Cuma kalau nak taja lain kali mungkin boleh fikirkan strategi ‘branding’ yang lebih lembut. Barulah sesuai dengan imej Dato yang vas ke di bas.

iziefashion

P.S: Jom shopping fashion terkini di www.iziefashion.com :) all items ready stock. FREE POSTAGE untuk order RM150 dan ke atas. harga pastinya berpatutan dan anda pasti akan berpuas hati dengan produk dan servis yang ditawarkan. lebih banyak design yang pasti membuatkan anda rambang mata di website ^_^. Follow @iziefashion di instagram sekarang :)