Labur RM3 Juta Untuk AJL29, Dato Seri Dr Vida Tak Peduli Kritikan Orang Ramai

Hiburan

Labur RM3 Juta Untuk AJL29, Dato Seri Dr Vida Tak Peduli Kritikan Orang Ramai

Wow. Memang besar jumlah wang ringgit yang dilaburkan oleh Dato Seri Dr Vida selaku pengasas produk Qu Puteh untuk mempromosikan produknya di AJL29 yang berlangsung baru-baru ini. RM3 juta bukanlah satu angka yang kecil. Memang wajarlah untuk Dato Vida mempromosikan produknya habis-habisan. RM3 juta tue. Bukan sikit. Kalau Abang Nara pun confirm nak manfaatkan sepenuhnya pelaburan yang dilakukan.

dato vida

Advertisement

Kata Dato Seri Dr. Vida:-

Saya sudah bersedia menerima kerana rakan serta adik-beradik menasihatkan agar reda menerima apa saja yang diperkatakan. Namun bagi saya, apa yang ingin saya sampaikan melalui dua program besar itu, terutama AJL yang ditonton kira-kira 7 juta orang, berjaya selepas ramai memperkatakan mengenai produk Qu Puteh.

Sedih melihat gambar saya dijadikan bahawa lawak, namun saya tidak ambil peduli. Mereka yang ada masa untuk edit gambar saya, semua ini saya anggap seperti anak-anak yang masih belum matang.

Dalam rasa sedih diejek, saya tetap gembira apabila ada yang nampak apa yang cuba disampaikan. Kini apabila sebut mengenai nak jadi putih, pasti akan teringat produk saya.

dato vida

Bukan mudah untuk kita melihat usahawan Melayu yang sanggup melaburkan duit sebanyak ini untuk promosi produknya. Tahniah diucapkan kepada Dato Seri Dr Vida. Sememangnya Qu Puteh kini menjadi sebutan orang ramai. Memang berjaya teknik promosi yang dijalankan. Dato Vida juga akan terus menaja program hiburan di masa akan datang. Semoga semakin maju perniagaan beliau. Sama-samalah kita doakan. Sumber Harian Metro.

P.S: Passport baru Kanada ini sangat mengkagumkan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...