Written by AbangNara | December 19th, 2012

Dubai ialah salah satu tempat percutian impian Abang Nara. Teringin ingin melihat bangunan-bangunan mencakar langit yang menghiasi bumi Dubai. Jadi bila Abang Nara tahu Neelofa dan keluarga bercuti ke sana, jeles jugak diri ini dibuatnya.

neelofa dubai

Dubai juga turut dikenali sebagai syurga membeli belah. Dengar cerita, barangan yang dijual di Dubai lebih murah berbanding di Malaysia. Jadi tak hairanlah kalau Neelofa turut mengambil peluang ini untuk menambah koleksi beg tangannya.

neelofa dubai

Suatu hari nanti, pasti Abang Nara akan menjejakkan kaki ke Dubai. Buat masa ini, terpaksalah cemburu sambil melayan gambar Neelofa dan keluarga bercuti di sana. Lagi 11 keping gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

P.S: Senarai video paling popular di Malaysia sepanjang tahun 2012

 
Written by AbangNara | December 18th, 2012

Dulu pernah bertiup khabar angin yang menyatakan kononnya hubungan Fasha Sandha dan mertuanya tidak berapa elok. Tidak diketahui pula siapa yang membuat khabar angin tidak munasabah ini. Dan semalam, Abang Nara terharu membaca kata-kata ibu mertua Fasha Sandha menerusi akaun Instagramnya.

fasha ibu mertua

Untuk yang tidak tahu, ibu mertua Fasha Sandha kini berada di Dubai bercuti bersama Nora Danish dan cucunya, Rayqal. Nampak gayanya seperti ibu Jejai sudah tidak sabar untuk menyambut kedatangan cucu keduanya. Confirm sedang teruja sekarang ini.

fasha ibu mertua

Terharu kan? Abang Nara suka betul hubungan yang mesra sebegini. Tambah mengharukan apabila membaca nasihat ibu Jejai kepada Fasha Sandha di bawah.

fasha ibu mertua

Kepada Fasha, anda bertuah mendapat ibu mertua yang sporting sebegini. Semoga dengan kelahiran anak anda kelak, akan mengeratkan lagi hubungan yang sudah sedia mesra ini. Sama-samalah kita doakan. Info asal Forum Cari.

fasha ibu mertua

P.S : Sudah lama mengimpikan Peplum Top? Dijahit di Malaysia dan dihasilkan daripada kain Satin Crepe bermutu tinggi yang lembut dan tidak panas. Boleh didapati dalam 3 warna menarik iaitu Burnt Orange, Fuchsia Pink dan Teal! Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai baju ini, click di sini.

Written by AbangNara | December 18th, 2012

Hanya dengan melihat gambar, Abang Nara dapat merasai kemeriahan majlis hi-tea bersama Erra Fazira yang telah berlangsung di Restoran Puteri. Nampak gaya macam ramai yang hadir. Pasti seronok dapat meluangkan masa bersama Erra Fazira.

erra fazira

Yang menariknya, anak Erra Fazira dan Engku Emran iaitu Engku Aleesya turut sama hadir menemani ibunya. Makin lama memang makin comel Engku Aleesya ini. Tak salah kalau dikatakan yang Aleesya mewarisi kecantikan ibunya. Besar nanti confirm cun melecun.

erra fazira

16 lagi gambar sekitar majlis hi-tea bersama Erra Fazira dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Erra Fazira Official Fanpage.

 
Written by AbangNara | December 17th, 2012

Sebentar tadi, Shila Amzah telah pun mengumumkan di Twitternya yang dia sudah menerima lamaran daripada cinta hatinya, Sharnaaz Ahmad. Status yang dikemaskini kira-kira sejam lalu ini telah pun dipadam dan tidak dapat dilihat di “timeline” Shila Amzah.

shila amzah

Mungkinkah akaun Twitter Shila Amzah turut sama kena “hack” seperti yang dialami oleh Sharnaaz Ahmad? Hmmm. Tidak boleh dinafikan kemungkinan untuk perkara itu berlaku memang ada. Apa pun sama-sama kita nantikan penjelasan daripada Shila Amzah. Kalau benar akan berkahwin, tahniah Abang Nara ucapkan.

P.S: Video kanak-kanak didera