Written by AbangNara | December 20th, 2012

Minggu lepas adalah minggu yang sangat menggembirakan buat Abang Nara, member Abang Nara kenalkan satu website online shopping yang harganya tersangatlah murah, iaitu www.nile.com.my. Out of curiosity, Abang Nara pun trylah beli. Tak sangka pulak servis penghantarannya pun tersangatlah laju dengan 24Hours Cash On Delivery Service.

nile

Abang Nara order dekat RM200 jugak barangan daripada www.nile.com.my pada kira-kira jam 6 petang 10 Disember dan pukul 11 pagi 11 Disember barangan tersebut dah ada di tangan Abang Nara. Terkesima dan kagum sebentar Abang Nara dibuatnya dengan kepantasan 24Hours Cash On Delivery Service KL/PJ yang disediakan oleh nile.com.my

nile

Dan Abang Nara tak sembang lebat apabila Abang Nara bagitau yang produk di www.nile.com.my ini memang murah dan boleh tahan kualitinya. Abang Nara kalau nak beli iPhone case kat luar paling murah pun RM30. Tapi di NILE, harganya tersangatlah tidak masuk akal.  Casing pertama Abang Nara beli cuma RM7 sahaja. Yang kedua pulak RM9.90 sahaja. Murah gila kan?
nile
Selain daripada harga yang dijamin murah, produk yang ada kat Nile ini tersangatlah banyak. Ada baju, kasut, aksesori, beg dan macam-macam lagilah. Skincare produk pun ada jugak tau. Wife Abang Nara teruja tengok barangan baby yang macam-macam dengan harga yang murah gila-gila. Meh Abang Nara tunjukkan beberapa barang yang Abang Nara dah beli.

Baju 2 piece untuk anak Abang Nara berjalan-jalan, cuma RM13.90.

nile

Baby bib yang comel untuk time makan anak Abang Nara, cuma RM4.80 sehelai

nileAbang Nara beli Facial Cleanser Set ini hanya dengan harga RM57.60. Nile.com.my dah diberi kebenaran untuk menjual brand ini di Malaysia.

nileCantik kan beg kat bawah nie? Abang Nara guna ketika jalan-jalan. Murah je. Cuma RM35.50!
nileDan tak dilupakan sebuah beg untuk isteri tercinta. Hanya RM37.80
nilePaling penting bagi Abang Nara, proses nak membeli, nak membayar, dan nak menerima barangan itu tersangatlah mudah di Nile. Cuma ada 4 steps je. Dan paling bagus, jarak antara payment dan delivery itu sangatlah singkat. Tak perlu tunggu lama-lama untuk dapatkan produk yang kita dah beli.
nile

Boleh klik di sini untuk melihat proses membuat pembelian

Apa kata korang pula cuba shopping di www.nile.com.my dan rasai sendiri kemurahan dan kehebatan servis mereka. Kualiti produk pun sangat bagus. Abang Nara pasti korang takkan menyesal punya. Cubalah hari ini dan ketahuinya sendiri.

Written by AbangNara | December 20th, 2012

Selain daripada Neelofa, Nora Danish turut memilih Dubai sebagai destinasi percutian hujung tahunnya. Selain daripada ibu dan anaknya, Nora Danish turut ditemani oleh keluarga mertuanya iaitu ibu dan ayah Jejai. Memang seronok tengok gelagat mereka.

nora dan jejai

Dalam banyak gambar yang dikongsikan, Abang Nara paling suka melihat keterujaan Nora Danish dan anaknya, Rayqal beratur memasuki Ferrari World. Bila anak Abang Nara besar nanti, confirm akan Abang Nara bawak dia ke sini jugak. Mana tahu ada bakat untuk jadi pemandu F1 suatu hari nanti.

nora dan jejai

Ketika entri ini ditulis, Nora Danish masih lagi berada di Dubai. Teruskan enjoy dengan percutian anda. Semoga selamat kembali ke Malaysia kelak. 18 lagi gambar percutian Nora Danish di Dubai dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | December 19th, 2012

Sukar untuk menentukan siapa di pihak yang benar di dalam kontroversi perang Twitter di antara Hatta Dolmat dan Alyah baru-baru ini. Mungkin ada yang beranggapan Hatta berhak untuk meluahkan isi hatinya kerana penat lelah yang telah digunakan sepanjang mereka baju untuk Alyah.

alyah
Namun di pihak Alyah, dia merasakan maruah dirinya telah dipijak-pijak. Ada logiknya juga kerana ribuan pengguna Twitter mengetahui apa yang telah terjadi antara dirinya dan pereka fesyen terbabit. Kata Alyah kepada Mstar Online:-

Maruah saya sudah dipijak-pijak. Mereka telah mengaibkan saya dengan kata-kata yang kurang manis. Buat apa saya perlu memohon maaf tentang perkara itu kerana ia telah dibayar dengan kata-kata hinaan yang diberikan mereka. Belum sempat saya nak terangkan sebab-sebab saya tidak memakai pakaian rekaan tersebut, mereka telah menghentam saya di Twitter. Saya rasa dihina. Saya bukannya seorang yang suka melarikan diri daripada masalah. Ada sebab-sebabnya kenapa saya tidak memakai pakaian mereka dan saya enggan memperbesarkan perkara ini.

alyah

Semoga Alyah dan pereka fesyen yang terbabit akan dapat mencari jalan persefahaman. Abang Nara lihat pakaian Hatta Dolmat jika dipakai oleh Alyah memang nampak lebih menyerlah. Mungkin mereka berdua diciptakan untuk berganding bahu antara satu sama lain. Semoga persengketaan ini akan tamat secepat mungkin dan lebih banyak kolaborasi antara mereka berdua akan terjadi.

P.S: The Lords Of The Sim.

Written by AbangNara | December 19th, 2012

Kadang kala, ada pembaca BeautifulNara yang berkongsi luahan hati mereka menerusi email kepada Abang Nara. Ada yang tulis panjang lebar, ada yang pendek-pendek sahaja, ada yang tak sesuai dan ada yang memang sesuai untuk dikongsikan bersama anda semua.

SHILA AMZAH

Seperti yang anda ketahui, semenjak dua menjak ini agak banyak kontroversi yang telah ditimbulkan oleh Shila Amzah. Terbaru ialah episod merajuk oleh cinta hatinya, Sharnaaz Ahmad enerusi Twitter. Mungkin kerana itu, seorang yang ingin dikenali dengan nama LisaSha telah menghantar satu luahan panjang lebarnya terhadap Shila Amzah seperti di bawah:-

Salam Nara,

Saya terpanggil membuat sedikit teguran kepada seorang penyanyi yang meningkat naik popularitinya sejak kebelakangan ini, Shia Amzah. Bukan niat menjatuhkan beliau atau menghina beliau tetapi sekadar teguran dari seorang hamba yang kerdil kepada seorang hamba yang kerdil yang lain.

Dari masa ke semasa melihat perkembangan diri Shila Amzah memang begitu memberangsangkan. Bermula dari kemenangan beliau di Shanghai dan terusan menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan. Tahniah di ucapkan.
Namun begitu saya sedikit kecewa dengan sikap dan tingkahlaku beliau sebagai artis wanita islam. Pada pandangan saya sebagai wanita, tidak manis rasanya setiap memaparkan kisah peribadi beliau terutamanya kisah percintaan beliau kepada umum. Kisah peribadi beliau sewajarnya menjadi rahsia diri dan keluarga demi menjaga nama, maruah dan juga karier.

Tidak dapat dinafikan, para peminat ingin mengetahui perjalanan karier dan juga kisah peribadi artis kesayangan mereka dari masa ke semasa. Tidak salah berkongsi perjalanan karier dengan para peminat beliau tetapi perkongsian kisah peribadi perlu dihadkan. Sudah memadai jika beliau mengakui menjalinkan hubungan cinta bersama pasangannya.
Tidak manisnya untuk beliau berpegangan tangan, mencium tangan dan juga mengungkapkan kata “cinta hati saya” kepada umum apatahlagi perkara sebegini saya dapat dilihat disetiap majlis dan anugerah. Sebagai wanita islam, beliau sewajarnya menjaga setiap gerak geri dan tutur kata yang menyebabkan wujudnya pandangan negatif dan tomahan dikalangan manusia. Apatahlagi beliau kini sudah berhijab.

Tidak salah untuk bercinta namun islam mempunyai batas-batas dalam pergaulan dan tuturkata agar dapat mencerminkan diri sebagai islam sejati dan menjadi contoh kepada masyarakat luar sana. Namun sebagai remaja yang dilamun cinta tidak dinafikan beliau adakala tersasar dari garis panduan yang ditetapkan.

Beliau mempunyai bakat dan juga pendidik seni iaitu ayahnya yang begitu arif kehidupan anak seni. Sewajarnya beliau merujuk perkara-perkara sebegini kepada keluarga terutamanya agar niat menjadi anak seni yang berjaya menjadi kenyataan. In Shaa Allah.

Akhir kata, saya memohon agar Shila melihat teguran ini dari sudut pandangan positif untuk memajukan kerjaya beliau dan menjaga agama, adat serta maruah sebagai anak seni islam. Jangan biarkan perkara dan tingkah laku sebegini mencacatkan perjalanan seni dan juga mengundang pelbagai tomahan dan cacian pada diri dan keluarga.

Saya sekali lagi memohon maaf dari penulisan saya sekiranya mengundang kebencian kepada peminat-peminat Shila. Ditegaskan bukan bertujuan menghina tetapi sekadar teguran ikhlas dari insan yang lemah lagi kerdil. Agar sama-sama menjadi garis panduan buat kita semua. Sekian.

Abang Nara melihat ada betulnya kata-kata si LisaSha ini. Semoga Shila Amzah mengambil teguran ikhlas ini untuk kemajuan diri sendiri di masa hadapan. Shila masih muda dan masih banyak peluang untuk terus berjaya dengan lebih cemerlang di dalam karier seninya. Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi.

P.S: Gangnam Style ialah video YouTube paling popular sepanjang tahun 2012.