December 24th, 2012

Memang taste Zul Ariffin ini ialah wanita yang lebih tua daripada dirinya. Kalau sebelum ini Zul bercinta dengan Abby Abadi, kali ini dia mengakui sedang bercinta dengan penerbit filem Tayangan Unggul, Gayatri Su-Lin Pillai. Untuk makluman, Zul Ariffin berumur 26 tahun manakala Gayatri lingkungan usia 30-an.
zul ariffin

Bagi Abang Nara tak salah untuk bercinta dengan wanita yang lebih tua daripada kita. Ramai kawan lelaki Abang Nara yang bercinta dengan wanita lebih berusia dan menyukainya kerana kematangan mereka. Bak kata Zul Ariffin kepada Mstar Online di bawah:-

Benar saya dan dia (Gayatri) bercinta. Kami mula rapat sejak penggambaran filem Penanggal sekitar bulan Mei lalu. Seperti semua tahu, dia seorang yang sangat disenangi ramai dan antara tarikan lain membuatkan saya jatuh hati kepadanya ialah perseonalitinya yang lemah lembut. Kami lebih rapat apabila masing-masing sangat serasi dalam membincangkan sesuatu perkara. Malah saya sangat selesa apabila berada disisinya

Semoga percintaan Zul Ariffin kali ini tidak kecundang di tengah jalan lagi. Biarlah pintu kebahagiaan yang dicari ditemui di dalam hati Gayatri Su-Lin Pillai. Amboi romantik pulak ayat Abang Nara pepagi ini. Sama-samalah kita doakan agar hubungan mereka berdua akan bersambung ke jinjang pelamin.

P.S: Muzium Coca Cola di Atlanta

December 24th, 2012

Pantas sungguh masa berlalu. Tahun 2012 kini sudah memasuki bulan Disember. Pejam celik-pejam celik, Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Tun Mahathir pada tahun 1991 hanya tinggal 7 tahun sahaja lagi untuk dicapai. Mampukah Malaysia menjadi negara maju pada tahun tersebut?

etp
Sekitar tahun 60an sehingga 80an, kadar pembangunan Malaysia adalah setaraf dengan Singapura dan Jepun. Sayangnya bermula era 90an, kedua-dua negara ini sudah memecut jauh meninggalkan kita. Ranking Gross National Income (GNI) menunjukkan Malaysia kini berada di tangga ke 57 sementara Singapura di tangga 3 dan Jepun di tangga ke 27. Di manakah kedudukan Malaysia pada tahun 2020 kelak?
etp

Abang Nara sekarang berumur 29 tahun dan pada tahun 2020 nanti bakal berusia 36 tahun. Apakah sumbangan yang boleh Abang Nara lakukan kepada Malaysia ketika itu? Walaupun tak banyak, Abang Nara masih mahu turut serta dalam membantu Malaysia mencapai Wawasan 2020. Senang cerita, apakah personaliti Abang Nara di tahun 2020 kelak?
etp

Rupa-rupanya ada applikasi Citizen 2020 yang dihasilkan oleh Economic Transformation Programme (ETP) untuk mereka yang curious macam Abang Nara ini. Simple je applikasi nie. Hanya perlu jawap beberapa soalan berdasarkan real-life scenario dan anda akan dapat tahu personaliti anda pada tahun 2020.
etp
Soalan-soalan yang diberikan memang simple. Yang bagusnya, jawapan yang diberikan bukan sekadar untuk suka-suka tetapi turut membuatkan Abang Nara memikirkan masa depan hidup ini.
etp

Dan applikasi Citizen 2020 ini mengajar Abang Nara untuk membuat pilihan barang-barang yang paling penting di dalam hidup. Ikutkan hati, semua benda Abang Nara nak ada dalam rumah Abang Nara. Hehehe.
etp
Tambah menarik, setiap pilihan yang dibuat akan diselitkan info-info yang tak pernah Abang Nara ketahui. Sambil menjawap sambil tambahkan ilmu pengetahuan.
etp

Jawap punya jawap (pendek je, 5 minit dah habis), terkeluarlah personaliti Abang Nara pada tahun 2020. Tak sangka diri ini rupanya “The Perfector”. Mungkin Abang Nara perlu memikirkan career path yang dicadangkan oleh applikasi Citizen 2020 ini.
etp
Bercakap mengenai pembangunan, Abang Nara sebenarnya teruja dengan projek-projek yang sedang dijalankan oleh Economic Transformation Programme (ETP). Paling menarik bagi Abang Nara ialah pembinaan MRT. Masa belajar di Korea, sistem keretapi bawah tanahnya memang tip-top. Diharap MRT yang bakal siap tidak lama lagi ini akan mampu setaraf dengan apa yang pernah Abang Nara gunakan di Korea dulu.
etp

Semoga dengan projek-projek yang dijalankan oleh ETP yang meliputi pendidikan, pengangkutan, kesihatan dan macam-macam lagi, Malaysia akan berjaya menjadi negara maju pada tahun 2020. Kita sebagai rakyat Malaysia pun harus bersama berganding bahu untuk memastikan matlamat ini tercapai. Untuk info lanjut, layari www.etp.pemandu.gov.my.

December 24th, 2012

Nampaknya dalam hubungan percintaan, Syafiq Yusof maju setapak daripada abangnya Syamsul Yusof. Semalam, pengarah filem SAM ini telah pun mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihan hatinya yang bernama Aiesyah Zainal. Kedua-dua nampak sama cantik dan sama padan.

gambar syafiq yusof bertunang

Semoga dengan pertunangan ini akan menyemarakkan lagi semangat Syafiq Yusof untuk membuat filem-filem yang berkualiti tinggi. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran si tunang yang confirm akan memberi kata-kata perangsang kepada Syafiq. Yang penting, jangan gaduh-gaduh dan banyak bersabar sepanjang tempoh bertunang ini.

gambar syafiq yusof bertunang

Kepada Syafiq Yusof, tahniah Abang Nara ucapkan. Kepada Syamsul Yusof, sila cepat-cepat masuk meminang si kekasih hati. Anda pun dah masuk ke tahap umur yang sangat sesuai untuk berkahwin. Tak gitu?

P.S: Prank hari kiamat yang sangat seram

December 22nd, 2012

Akhirnya debaran Anne Ngasri untuk menjadi isteri buat kali kedua telah pun berakhir kira-kira jam 11 pagi hari ini. Hanya dengan sekali lafaz, Anne Ngasri (28 tahun) dan Mohd Sumali Reduan (40 tahun) kini sah bergelar suami isteri. Tahniah diucapkan!!!

gambar kahwin anne ngasri

Anne atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri turut menerima wang hantaran sebanyak RM11,111 serta lima buah dulang hantaran iaitu seutas beg tangan Burberry, set wangian Chloe, jam tangan Cerruti 1881, seutas gelang emas, dan sepersalinan baju.

anne

Sumali yang juga merupakan Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda UMNO menerima berupa set wangian Bvlgari, jam tangan enama Cerruti 1881, sepersalinan baju dan sebentuk cincin. Pada majlis tersebut, lebih 100 tetamu jemputan telah hadir. Mereka turut menerima kunjungan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, ahli parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan.

anne

7 lagi gambar sekitar majlis pernikahan Anne Ngasri dan Sumali dengan membaca entri ini sepenuhnya. Info dan gambar asal Mstar Online.