Written by Bella | November 14th, 2017

Selepas satu ujian, satu lagi menimpa Kamal Adli, sebelum ini motosikal kesayangannya dicuri kini kereta yang dipandunya telah melanggar sebiji tayar yang tercabut daripada sebuah lori di Lebuhraya Utara Selatan dari arah Seremban ketika beliau dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Kamal bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi terkejut melihat keretanya remuk teruk gara-gara hentaman yang sangat kuat dalam insiden terbabit.

Ketika itu saya dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dan tiba-tiba ternampak tayar berserta sport rim yang tercabut daripada lori berada di atas lebuh raya. Memandangkan kejadian itu amat pantas, saya gagal mengelak lantas melanggar roda tersebut menyebabkan berlakunya satu hentaman kuat di bahagian hadapan kereta. Syukurlah keadaan lalu lintas ketika itu tidak begitu sibuk. Jika tidak, lebih buruk jadinya.

Kejadian lori tayar tercabut di lebuhraya bukanlah perkara baru lagi. Kadang-kadang, kita sudah memandu dengan betul tetapi orang lain pula punca kemalangan berlaku. Syukurlah Kamal tidak apa-apa, kereta remuk boleh diganti kalau diri cedera susah bukan? Agaknya adalah rezeki lain buat Kamal disebalik semua dugaan yang beliau hadapi.

Sumber Berita : Utusan Online

Written by Bella | November 6th, 2017

Pernah gagal dalam percintaan bersama Intan Ladyana sebelum ini selepas lapan tahun bercinta dan terkini hubungan beliau bersama Emma Maembong pula dipenuhi kontroversi serta masih belum ke fasa yang lebih serius, ada netizen yang beranggapan pelakon Kamal Adli tidak serius dalam percintaan.

Fikir logik, sudah 14 tahun berdepan dengan cinta tak kesampaian, anda semua rasa adakah saya sengaja dan tak serius? Kalau ya, mestilah selang setahun saya bertukar ganti teman wanita bukan? Saya dah sedia untuk memberi komitmen perkahwinan dan begitu juga keluarga yang telah memberikan lampu hijau tanda merestui hubungan ini, tetapi ada halangan lain. Orang luar tak akan tahu dan tak akan faham, malah tak tahu apa yang saya rasa.

Siapa yang tak mahu kahwin dan berkeluarga? Kepada Emma, ada jodoh kita kahwin. Itu yang saya mampu katakan.

Mengulas lanjut mengenai status hubungannya bersama Emma, Kamal hanya memberitahu mereka kini sedang memberikan ruang untuk masing-masing “bernafas” sedikit lebih-lebih lagi dihimpit dengan kontroversi. Apa-apa pun, sebelum ini Kamal ada memberitahu beliau tidak akan pernah berputus asa untuk memenangi semula hati Emma.

Sumber Berita : Utusan Mingguan

Written by serenity | November 2nd, 2017

Baru-baru ini, pelakon Kamal Adli, Emma Maembong dan Zahirah Macwilson terbabit dalam pertelingkahan apabila Emma Maembong, teman wanita Kamal Adli mendakwa Kamal dan Zahirah keluar bersama tanpa pengetahuannya. Kisah pertelingkahan ini menjadi semakin serius apabila ada pihak yang mendedahkan salinan perbualan kepada umum menyebabkan masing-masing dikecam Netizen.

Ada yang tertanya apa pandangan Zul Ariffin mengenai isu ini yang membabitkan teman wanitanya iaitu Zahirah. Tetapi orang ramai harus melupakan hasrat itu kerana Zul menegaskan tidak akan memberi ulasan mengenai kisah peribadi.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | October 30th, 2017

Kamal Adli dan Emma Maembong telah lama bercinta tetapi sehingga kini mereka berdua masih belum membawa perhubungan itu ke peringkat seterusnya. Baru-baru ini Kamal telah menjuarai pertandingan Super Spontan 2017 yang memberi wang hadiah kemenangan berjumlah RM 100,000.

Sehubungan itu, timbul tanda tanya sama ada Kamal akan melamar Emma memandangkan dia telah pun memenangi hadiah wang yang banyak. Kalau setakat nak buat kenduri kahwin tu, tak ada masalah rasanya dengan wang sebanyak itu.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.