Comel Macam Anak Patung, Emma Maembong Dedah Wajah Anak Sulungnya Di Instagram

Hiburan

Comel Macam Anak Patung, Emma Maembong Dedah Wajah Anak Sulungnya Di Instagram

Sejak menimang cahaya mata pada awal November lalu, Emma Maembong kini menjadi perhatian peminat apabila ramai yang menantikan pelakon tersebut untuk memuat naik foto terbaru anak sulungnya itu.

Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail baru-baru ini ada mengemas kini akaun Instagramnya dengan memuat naik beberapa keping foto ‘photoshoot’ pertama bayi lelakinya itu di media sosial tersebut unutuk tatapan peminat.

Advertisement

Tidak dinafikan, wajah si kecil itu sangat comel dan rata-rata peminat yang menantikan gambar secara dekat anak sulung Emma dan suami itu tampil memuji rupa paras dilihat turut memiliki sepasang mata yang cantik.

Foto-foto sepanjang penggambaran gambar itu turut dimuat naik di akaun khas Instagram milik bayi lelakinya yang diberi nama @eslovestory.

Sekadar info, Emma Maembong dan suami, Muhammad Shazli telah selamat mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 yang lalu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...