Kongsi Foto Selepas Bersalin, Netizen Kagum Dengan Kecantikan Asli Emma Maembong

Hiburan

Kongsi Foto Selepas Bersalin, Netizen Kagum Dengan Kecantikan Asli Emma Maembong

Selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.2 kilogram di pusat perubatan di Shah Alam pada 8 November lalu secara normal, pelakon Emma Maembong sehingga kini seakan tidak putus-putus meraih pujian daripada netizen.

Advertisement

Selain berkongsi video suaminya sebak selepas selamat menyambut bayi sulung mereka, Emma juga tampil mendedahkan foto wajahnya tanpa sebarang solekan bersama bayi tersebut di hospital.

Emma yang bersyukur kerana berpeluang merasai sendiri pengalaman bergelar ibu itu akui ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan tidak dapat dilupakan olehnya.

Meninjau ke ruangan komen posting tersebut, rata-rata pengikutnya memuji kecantikan semula jadi Emma yang tetap tampak “natural” dan ada juga yang mengakui bahawa begitulah sebenarnya wajah seseorang selepas selesai menjalani proses bersalin.

Untuk rekod, Emma telah sah menjadi isteri kepada Muhammad Shazli pada 20 Februari 2020.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...