Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH) Emma Maembong, Suami Selamat Timang Bayi Lelaki

Pelakon, Emma Maembong dan suaminya Muhammad Shazli Azhar kini difahamkan telah selamat menyambut kelahiran anak lelaki, baru-baru ini.

Advertisement

Menurut laporan Harian Metro, pasangan ini telah mengadakan majlis doa selamat dan aqiqah untuk cahaya mata sulung mereka.

Lebih menguatkan lagi berita kelahiran anak sulung itu adalah apabila Emma tampil memuat naik sebuah video di saluran YouTube Emma Maembong berkenaan majlis mengumumkan jantina bayi mereka.

Advertisement

Bagaimanapun, masih tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Emma, mahupun adik beradiknya sehingga kini.

Untuk rekod, pasangan ini telah sah menjadi suami isteri pada 20 Februari lalu.

Sumber: Harian Metro 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top