September 10th, 2020

Pelakon Emma Maembong yang kini sarat hamil tujuh bulan baru-baru ini ada memuat naik foto dirinya yang terkini di Instagram serta tampil berkongsi perkembangan terbaru dalam menanti hari kelahiran anak sulungnya itu kira-kira dua bulan lagi.

Entri terbaru yang memaparkan wajah terbaru Emma tampil dengan tiada solekan di wajah, namun masih anggun dan berseri dek seri ibu mengandung.

Dalam pada itu, pelakon drama Kerana Dia Manusia Biasa ini juga memaklumkan bahawa dirinya sering muntah-muntah kerana bayi dalam kandungan yang sangat aktif bergerak.

“Hi my dearest baby, ure so active today sampai buat mama dia muntah-muntah. Can’t wait to see u in 2months!”

Peminat dan rakan artis yang mengikuti perkembangan Emma di laman sosial itu turut mendoakan supaya urusan kelahirannya nanti dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

View this post on Instagram

my life partner @shazli.a ?? #Emmamaembong #Emanizers @emanizers

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on

Mengimbas kembali, Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail telah selamat mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya, Muhammad Shazli Azhar yang merupakan seorang juruterbang pada 20 Februari yang lalu.

September 8th, 2020

Emma Maembong yang kini sarat hamil dilihat telah memuat naik foto memaparkan perkembangan terkini menunjukkan wajahnya yang semakin mengembang.

Pelakon yang semakin berseri setelah disahkan hamil itu telah mengemaskini perkembangannya itu menerusi instagram peribadi miliknya, baru-baru ini. Dalam pada itu, Emma turut melakukan ulasan beberapa produk berupa aksesori telefon bimbit dan juga pakaian ibu mengandung di dalam foto tersebut.

Namun begitu, netizen lebih tertumpu kepada telefon bimbit yang digantung di leher Emma Maembong.

Sesetengah peminat di luar sana telah bertindak menegur Emma supaya tidak meletakkan telefon bimbit  berdekatan perutnya yang sarat kerana bimbang bayi yang dikandungnya terkena radiasi yang kuat.

Dalam pada itu, ramai juga yang memuji Emma yang semakin comel meskipun wajahnya semakin ‘mengembang’ ketika berbadan dua.

Mengimbas kembali, Emma telah mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihannya, Muhammad Shazli Azhar yang merupakan seorang juruterbang pada 20 Februari yang lalu. Emma dijangka bakal melahirkan anak sulungnya itu pada November ini.

July 21st, 2020

Biarpun timbul desas-desus baru-baru ini mendakwa pelakon dan pelawak, Zizan Razak dikatakan telah mengikat tali pertunangan dengan seorang gadis yang berasal dari Terengganu.

zizan bertunang

Bagaimanapun, dirinya tampil menafikan dakwaan tersebut dan menganggap ia sebagai satu doa untuk dirinya agar cepat dipertemukan jodoh.

“Saya pun pertama kali dengan dakwaan ini. Mana datangnya berita saya bertunang? Saya pun tak tahu. Sejujurnya, memang tak ada. Saya sendiri tiada teman wanita sekarang ini, saya memang solo.”

Ujar Zizan, beliau tidak akan menyembunyikan berita gembira sekiranya ia benar-benar terjadi.

zizan bertunang

“Sudah semestinya saya akan berkongsi dengan semua orang jika saya bakal menempuhi fasa bahagia atau permulaan baru. Saya tak akan berdiam sahaja.”

Sebelum ini, Zizan pernah dikaitkan dengan beberapa barisan selebriti tanah air seperti Juliana Evans dan Emma Maembong dengan hubungan cintanya, namun segalanya seakan musnah apabila cinta Zizan bagai ditolak kerana kedua-dua mereka kini telah menjadi isteri orang lain.

Sumber: Gempak

July 8th, 2020

Sedang asyik bersuka ria berbulan madu bersama suami di Langkawi, pelakon jelita Emma Maembong mengesahkan dirinya kini telah hamil empat bulan.

emma maembong hamil empat bulan

Emma yang bernikah dengan juruterbang, Shazli Azhar pada 20 Februari lau turut berkongsi berita gembira itu di laman Instagramnya semalam.

Menerusi posting tersebut, Emma menyatakan bulan madunya bersama suami itu merupakan percutain terakhir kerana selepas ini mereka bakal dikurniakan cahaya mata tidak lama lagi.

Foto berkenaan juga turut mempamerkan “baby bump” pada bahagian perut Emma.

View this post on Instagram

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial)

Seperti sudah dijangka, posting yang mendapat ratusan ribu tanda suka itu dihujani pelbagai komen positif daripada peminat Emma. Hal ini kerana, menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menzahirkan ucapan tahniah buat pasangan ini. Mlah turut teruja dengan berita gembira tersebut.

Malah, peminta juga dilihat mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.

Dalam pada itu, memetik laporan daridapa BH Online, Emma dikhabarkan terasa amat bahagia apabila mendapat tahu dirinya kini telah hamil.

emma maebong hamil empat bulan

“Nikmat indah sejak bergelar isteri saat mendapat berita kehamilan ini. Selama ini hanya mendengar cerita begini dalam kalangan adik-beradik dan teman. Kini saya melalui fasa indah ini.”

Katanya lagi, beliau dan suami kini amat teruja apabila bakal menjadi ibu bapa tidak lama lagi.

“Insya-Allah saya tidak sabar untuk menyambut cahaya mata sulung kami. Suami juga gembiranya bukan kepalang.”

Untuk rekod, Emma dijangka baka melahirkan anak sulungnya sekitar November depan.

Sumber: BH Online