Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Allah Sebaik-Baik Perancang..” Emma Maembong Luah Rasa Syukur, Tak Sangka Hamil Lepas 3 Minggu Kahwin

Pelakon comel, Emma Maembong yang kini menanti hari untuk melahirkan anak pertama tampil meluahkan rasa kesyukuran kerana dikurniakan rezeki cahaya mata hanya setelah tiga minggu mendirikan rumah tangga.

Emma yang mengakui dia sememangnya mengimpikan untuk mempunyai sebuah keluarga memberitahu dia sentiasa teruja apabila menimang anak-anak kakak atau abangnya yang baru lahir.

Advertisement

Dia meluahkan perasaan syukur itu menerusi perkongsian Instagramnya untuk tatapan peminat setia.

“Saya sentiasa mahu keluarga sendiri. Setiap kali memegang bayi yang baru lahir kepunyaan kakak atau abang mesti akan ada perasaan teruja. Masa ni lepas 3 minggu daripada tarikh nikah saya tak sangka sebenarnya saya dah mengandung. Kemudian baru rasa mual dan pening. Apa yang saya cuba sampaikan adalah alhamdullilah, Kita rancang dan Allah sebaik-baik perancang..”

Emma yang kini hamil tujuh bulan menerima banyak ucapan selamat daripada peminat yang mendoakan dia dipermudahkan urusan sepanjang kehamilan dan kelahirannya nanti.

Mengimbas kembali, Emma telah mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihannya, Muhammad Shazli Azhar pada tanggal 20 Februari yang lalu.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top