September 26th, 2020

Chacha Maembong yang ditemui ketika majlis pelancaran produk miliknya di ibu kota baru-baru ini berkata kehidupannya kini sunyi selepas Emma Maembong mendirikan rumah tangga.

Perhubungan yang Chacha yang sentiasa rapat dengan Emma kini tidak lagi seperti dulu kerana komitmen yang berbeza. Oleh disebabkan itu, menurut Chacha, dia kini lebih banyak sibukkan diri dengan kerjaya dan kehidupan sendiri bagi melupakan kesunyian.

View this post on Instagram

us wearing @andreabeauty_hq ? @chacha_maembong

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on

“Saya rapat dengan Emma, jadi bila dia dah kahwin, saya dah tiada kawan baik. Tapi benda itu tidaklah memberi kesan sebab jumpa hari-hari. Cuma sekarang bila jumpa, dah lain sebab bila dah kahwin automatik kita jadi matang. Jadi dah tiba masanya untuk saya sibukkan diri dalam menghilangkan kesunyian,”

Dia turut berkata bahawa fokusnya pada waktu ini adalah kepada bidang perniagaan produk kecantikan yang baru saja diceburinya. Chacha juga mengakui dirinya lebih memikirkan masa hadapan dan sudah tiba untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Sumber: Astro Gempak


One response to ““Kakak Dah Tak Ada, Saya Sunyi..” Chacha Maembong Hilang ‘Kawan Baik’ Selepas Emma Berkahwin”

  1. Wah says:

    Mak aihhhh hahaha gambo ko xagak2

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...