Written by Bella | April 29th, 2016

Baru-baru ini, Ashraf Muslim telah kembali ke dunia lakonan menerusi drama Mr Boss Miss Stalker gandingan bersama Mia Ahmad.

Namun, kali ini Ashraf tampil dengan watak yang berbeza daripada sebelumnya  dan ia sebenarnya sudah menarik perhatian ramai yang memberikan komen positif tentang lakonan beliau.

Dalam drama tersebut Ashraf membawakan watak sebagai Hariz Zhafran seorang “boss” yang agak berlagak dan mempunyai ego tersendiri.

Saya sedar mengenai perkara itu (kembali menjadi perhatian penonton), tetapi jujurnya kehadiran saya dalam drama berkenaan bukanlah kerana mahu mengejar populariti. Saya langsung tidak terfikir mengenai hal terbabit.

Pembabitan saya dalam drama berkenaan juga adalah atas permintaan stesen TV3, selain pengarahnya, Haikal Hanafiah, yang inginkan saya berlakon dalam karyanya.

Meskipun mendapat sambutan yang baik daripada penonton, Ashraf bagaimanapun memberitahu beliau tidak pernah berniat untuk bersaing dengan mana-mana pelakon muda lain. Ashraf sedar bahawa zaman kegemilangan beliau sudah berakhir.

Zaman kegemilangan saya sudah pun berlalu. Saya sendiri pun sudah tua. Jadi, saya tidak menyaingi mana-mana pihak. Cuma, saya lihat mungkin platform yang saya dapat ini tepat pada masanya.

Kalau tak sebelum ini, Ashaf hanya dikenali dengan watak ustaz ataupun orang alkim. Kali ini berbeza sedikit dan mungkin ia menonjolkan lagi bakatnya dalam lakonan.

Kami ada dengar juga komen mengenai lakonan Ashraf dalam Mr Boss dan Miss Stalker, tetapi masih belum berkesempatan untuk menonton drama berkenaan.  Apa pula pendapat anda yang dah tonton?

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | April 29th, 2016

Kisah percintaan antara Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila sering menarik perhatian ramai, ini kerana mereka dikatakan cukup sepadan bersama.

Malah, Sharnaaz dan Nabila tidak kisah berkongsi kemesraan mereka berdua kepada umum di akaun Instagram.

Baru-baru ini foto mesra mereka yang dimuat naik oleh Nabila menerusi akaun Instagramnya sebelum berangkat ke London , mengundang beberapa komen daripada peminat yang mengharapkan mereka berdua untuk cepat-cepat ke jinjang pelamin.

Namun, ada yang berpendapat bahawa mungkin Sharnaaz dan Nabila sudah sedia untuk berkahwin tetapi mungkin perkara itu ditangguhkan oleh Allah SWT atas sebab tertentu.

Bersetuju dengan komen tersebut,   ini respon Sharnaaz Ahmad :-

Sebenarnya peminat kalau boleh tidak mahu melihat Sharnaaz kecewa lagi dan biarlah Nabila menjadi yang terakhir serta dapat menjadi teman hidup beliau sehingga akhir hayat. Namun, bab kahwin ini kena perlu fikir masak-masak, banyak tanggungjawab yang harus dipikul selepas kahwin.

Apa-apa pun kami tetap mendoakan yang terbaik buat Sharnaaz dan Nabila. Semoga ada jodoh untuk disatukan sebagai suami isteri.

Jom layan dulu beberapa foto mesra dan penuh cinta mereka berdua.

 
Written by shahzeeq | April 28th, 2016

Ibu, ibu, engkaulah ratu hatiku. Tanpa ibu, kita semua tidak akan wujud di dunia ini. Selepas berkahwin dan memiliki 3 orang anak, Abang Nara makin memahami pengorbanan seorang ibu di dalam membesarkan anak-anak sambil menjaga suaminya. Kalau diberi segunung emas permata pun tak akan dapat membalas jasa seorang ibu.

 photo 1.png

wajah maintain cun ibu kepada 3 orang anak. Hehehe

Bersempena dengan hari ibu yang bakal tiba pada bulan Mei ini, Abang Nara ingin mengajak anda semua menonton sebuah filem yang bertajuk Mother’s Day. Dilakonkan oleh Jennifer Anniston, Julia Roberts, Kate Hudson dan Jason Sudeikis, filem ini pastinya akan membuatkan anda terus menelefon ibu tercinta dan berkata “i love you mom”.

 photo 2.png

Bakal ditayangkan di Malaysia bermula 5 Mei, Abang Nara ada 60 pasang tiket filem Mother’s Day untuk diberikan kepada pembaca BeautifulNara. Terima kasih kepada TGV Cinemas kerana sudi memberikan peluang ekslusif ini. Berikut adalah informasi tayangan filem Mother’s Day:-

TARIKH: 3 Mei 2016
MASA: 915 malam
TEMPAT: TGV Cinemas Sunway Putra

 photo 3.png

 photo 4.png

Selain tiket, Abang Nara juga ada 3 PANDORA Charm bernilai RM139 untuk diberikan kepada pembaca bertuah. Bolehlah hadiahkan kepada ibu tercinta sekiranya anda menang. Confirm ibu korang akan rasa gembira punya.

Jadi macam mana nak menang tiket filem Mother’s Day dan 3 PANDORA Charm ini? Senang je. Isikan borang di bawah dengan slogan “Saya sayang ibu saya kerana…”. Yang paling menyentuh kalbu akan dipilih sebagai pemenang.

Semoga anda berjaya. Sekali lagi terima kasih kepada TGV Cinemas atas tiket dan Pandora Malaysia atas hadiah charm. Kita jumpa di sana.

Written by Bella | April 28th, 2016

Sejak kebelakangan ini, semakin banyak akaun Instagram artis Malaysia digodam gara-gara terpedaya dengan e-mail yang mengatakan mereka boleh mendapat “blue tick” untuk mengesahkan Instagram mereka adalah asli.

Antara artis yang cukup tertekan dengan perkara berkenaan adalah Jihan Muse yang hilang sebanyak 1.1 juta pengikutnya di Instagram.

Saya begitu terkejut sehingga berasakan cukup tertekan pada hari kejadian, namun akhirnya reda dan berpendapat ada hikmah di sebalik apa yang terjadi.

Jihan sebenarnya khuatir jika ada peminat beliau yang tertipu dengan akaun lain dan kini beliau sudah membuat akaun Instagram baharu dengan nama @ku.jihanmuse.

Akaun palsu kini ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, jadi saya tidak mahu peminat tertipu dengan akaun yang menggunakan nama Jihan Muse.

Ia sedikit sebanyak merunsingkan saya kerana tidak mahu peminat salah faham dengan pihak yang ingin mengaut keuntungan menerusi jalan mudah. Saya juga bimbang jika pihak tak bertanggungjawab itu memuat status yang bukan-bukan, yang akhirnya mencalarkan imej saya.

Saya pula tidak dapat menggunakan nama yang sama kerana ada pihak menegaskan dirinya adalah saya. Oleh itu, saya tampil dengan nama @ku.jihanmuse setelah puas mencuba beberapa kali untuk menghasilkan akaun Instagram baharu.

Memang leh menangis kehilangan jumlah pengikut yang sudah berjuta-juta, lama tu hendak capai tahap sebegitu. Apa-apa pun,  bak kata Jihan mungkin apa yang berlaku ada hikmahnya tersendiri.

Sumber Berita : BH ONLINE