Written by Bella | April 28th, 2016

Kontroversi antara Ruhainies dan Janna Nick boleh dikatakan agak rumit, semuanya kerana salah faham yang timbul serta rasa tidak puas hati kedua-dua belah pihak. Mereka saling berbalas kenyataan yang akhirnya menghangatkan lagi suasana.

Ruhainies menerusi portal Utusan Online berkata, mengapa Janna masih lagi ingin memuat naik video menampilkan pengarah Michael Ang sedangkan beliau sebelum ini sudah memohon maaf beberapa kali.

Apabila dia memuat naik video tersebut dengan kata-kata yang sangat kebudak-budakan, saya rasa semua sudah tahu kebenaran berpihak kepada siapa.

Kenapa dia perlu panas punggung bila saya dedahkan fakta bahawa ada pelakon dengki kepada saya? Kenapa dia buat video dengan menarik sekali pengarah popular, Michael Ang untuk mempertahankan dia?

Ditanya adakah perkara ini akan memberikan kesan negatif kepada kariernya yang baru sahaja bermula, Ruhainies berkata ia terpulang kepada peminat dan tafsiran mereka dengan apa yang berlaku.

Itu terpulang kepada peminat. Sebab itu saya kata, kita perlu percaya kepada rezeki. Dalam industri ini kita perlu bersaing secara sihat, tidak perlu ada hasad dengki. Pusing-pusing jumpa juga, kan?

Ruhainies bagaimanapun mengakui menerima banyak tawaran lain selepas namanya digugurkan untuk membintangi filem Kimchi Untuk Awak.

Harapnya lepas ini tiada lagi kenyataan yang keluar di dada akhbar mengenai perkara ini. Kalau masih ada rasa tidak puas hati, lebih baik untuk anda berdua bersemuka dan selesaikan masalah ini secara matang.

Sumber Berita : Utusan Online

Written by Bella | April 27th, 2016

Pelakon Mira Filzah baru sahaja menamatkan pengajian beliau dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa di UiTM Shah Alam.

Menerusi akaun Instagram beliau, Mira sempat kongsikan beberapa foto sekitar majlis konvokesyen yang diadakan di DATC, UiTM Shah Alam tengah hari tadi.

Jelas terpancar sinar bahagia di wajah Mira kerana sudah berjaya mendapatkan segulung ijazah. Turut bersama meraikan kejayaan tersebut adalah kedua ibu bapanya dan rakan-rakan beliau yang turut berjaya menamatkan pelajaran bersama.

Tahniah kami ucapkan kepada Mira, semoga berjaya dalam apa sahaja bidang yang beliau ceburi. InshaAllah.

Jom kita lihat beberapa lagi foto sekitar majlis graduasi Mira Filzah dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto : Nabil Nadir

 
Written by Bella | April 27th, 2016

Laman sosial masa kini memainkan peranan penting dalam kehidupan mereka yang bergelar artis. Melalui medium seperti Instagram dan Facebook, mereka boleh berkongsi apa sahaja dengan peminat. Namun, pada masa yang sama ia mengundang pelbagai kritikan dan spekulasi daripada orang ramai.

Pelakon yang sudah cukup lama berada dalam industri lakonan Malaysia iaitu Esma Daniel berpendapat artis harus bijak mengendalikan laman sosial mereka agar tidak dihimpit perkara negatif.

Mereka harus hati-hati dengan netizen dan perlu berfikir sebelum memuat naik sesuatu  di media sosial.

Zaman saya bukan seperti sekarang. Jika sesuatu kejadian berlaku hari ini, ia mengambil masa agak lama untuk disebarkan pada umum. Situasi agak berbeza dengan sekarang, yang saya sifatkan sebagai zaman netizen.

Bagi saya, artis perlu berhati-hati dengan netizen. Maksudnya, mereka perlu berfikir dulu kesan baik dan buruk terhadap diri dan umum setiap kali memuatnaik gambar atau status di media sosial masing-masing.

Teknologi ini ada kesan baik dan buruk dalam jangka masa panjang. Jika kita tidak pandai menggunakannya secara baik, ia boleh memberi impak buruk pada kita.

Esma juga memberitahu, sekiranya tercetusnya kontroversi yang membabitkan perbalahan atau salah faham di antara netizen, artis itu juga  perlu bijak mengendalikan isu berkenaan agar ia tidak berpanjangan.

Setiap perkara akan ada baik buruknya, begitu juga dengan penggunaan media sosial. Sebolehnya seseorang artis itu harus menjaga nilai eksklusif mereka dan tidak memuat naik segala hal di media sosial.

Sumber Berita : BH ONLINE

 

Written by Bella | April 27th, 2016

Pertelingkahan antara  dua pelakon baru Ruhainies dan Janna Nick masih lagi mendapat perhatian ramai. Semalam, menerusi rancangan Meletop Ruhainies telah dijemput bagi menjawab isu beliau bersama Janna.

Walaupun Janna tidak dapat hadir pada program berkenaan, beliau berulang kali memohon maaf kepada Ruhainies melalui video temuramah yang dirakam pihak Meletop.

Ruhainies mengakui beliau sebenarnya sudah lama memaafkan Janna  dan berharap isu ini telah selesai. Namun,  ada sesetengah netizen mempertikaikan ketulusan hati Ruhainies dalam kenyataan maafnya itu.

Untuk pengetahuan anda, Janna sebelum ini telah menghubungi Ruhainies melalui WhatsApp untuk menyelesaikan isu mereka secara baik dan pada masa yang sama memohon maaf kepada Ruhanies. Malangnya Ruhainies tidak membalas mesej yang dikirim oleh Janna dan tidak mengatakan beliau sudah memaafkan heroin Suami Tanpa Cinta itu.

Berikut antara mesej yang dikirim oleh Janna kepada Ruhainies :-

Ini pula video Ruhainies semalam didalam program Meletop :-

Hmmmphh, harapnya kes ini sudah betul-betul selesai dan masing-masing sudah boleh move on . Bak kata orang, industri hiburan Malaysia ini kecil, tidak elok kalau bersengketa lama-lama. Lagipun Ruhainies dan Janna baru sahaja ingin mengukuhkan nama mereka dalam industri hiburan tempatan.

Sumber Berita : Forum CARI

Page 6 of 54« First...45678...203040...Last »