Written by Bella | April 29th, 2016

Siapa sangka abang macho dan sado seperti Sharnaaz Ahmad ini sebenarnya cukup manja dengan kekasihnya Noor Nabila.

Sebelum Noor Nabila terbang ke London, Sharnaaz sempat mengirimkan foto beliau yang boleh dikatakan comel kepada cinta hatinya itu. Lebih menarik lagi, Nabila berkongsi foto itu kepada umum melalui akaun Instagram miliknya.

Before take off ada orang belanja muka comel. Comellll ker??

Amboi, bukan main lagi kan pasagan merpati dua sejoli ini. Kali ini kami mungkin bersetuju dengan peminat yang minta mereka berdua ini kahwin cepat kerana mereka memang cukup sweet tahap potong kaki. ( jangan marah) Hehe..Comel ke idok?

 photo 941362_1717092485169040_4774383439224414234_n.jpg


DALAM BANYAK-BANYAK LABU, LABU APE YANG MENDATANGKAN KEUNTUNGAN?

Nak tau ape jawapan die? Korang baca dulu sampai abis..

Kalau korang nak tau sekarang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia atau SC tengah sibuk mengadakan seminar InvestSmart. Die takde kene mengene dengan pengawal keselamatan tau, So.. sape SC ni?.  SC ni fungsi dia mengawal selia peserta pasaran modal di Malaysia contohnye bank pelaburan, syarikat broker saham dan syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Selain tu SC mengawal selia perkara berhubung
dengan sekuriti, derivatif, unit amanah dan bon. Bukan James Bond tau!

Berbalik kepada Seminar InvestSmart. Seminar ni SC buat untuk meng”expose”kan korang tentang pelaburan bijak, supaya korang tau macam mana nak melabur especially dalam saham dan unit amanah. Selain tu dorang juga akan share teknik memilih pelaburan yang sesuai dengan korang.

Seminar InvestSmart ni sesiape pun boleh join, yang belum melabur ke, dah melabur ke, semua orang pun boleh.  Bukan tu je.. yang noob pasal saham pun boleh mula belajar, unit amanah pun ada, siap dapat sijil dan cenderahati lagi… yang paling win.. Seminar ni PERCUMA.. eh lupe pulak, seminar ni diadakan di seluruh Malaysia tau termasuk Sabah dan Sarawak!

Haa, dengar je PERCUMA mesti laju je korang nak daftar kan? Don’t worry, meh Abang Nara tunjukkan cara die.  Senang je, Like Fb “InvestSmart SC”, then tengok seminar mane yang korang nak join. Bukan tu je, korang jugak boleh dapatkan macam-macam maklumat tentang pelaburan bijak kat situ!

Korang jugak boleh register kat www.investsmartsc.my atau pun call 03-6204 8127.

Bukan nak cakap ape la, retis pun ada post pasal seminar InvestSmart ni kat IG dorang. Check out IG diaorang: Shaheizy Sam, Scha Al-Yahya, Awal Ashaari, Neelofa, Abang Aaron Aziz dan Elfira Loy. Tunggu ape lagi ajak la mak ayah adik kakak abam semua datang seminar ni. Jawapan soalan Labu tu.. jawapan die PeLABUran.. hehe.. kbai!

Written by Bella | April 29th, 2016

Selepas isteri beliau mengalami keguguran sekitar awal tahun 2016, Nubhan tidak pernah berputus asa untuk menimang cahaya mata.

Baru-baru ini, Nubhan memberitahu beliau sempat untuk memohon doa kepada Allah SWT untuk mendapatkan cahaya mata ketika menunaikan ibadah umrah baru-baru ini.

Doa untuk menimang permata hati sudah tentu merupakan doa paling penting dan berdoa untuk kesejahteraan serta kebaikkan buat keluarga, termasuklah untuk perniagaan saya.

Saya pergi menunaikan ibadah bersama mak, manakala isteri tidak dapat serta sebab dia ada peperiksaan dan tujuh bulan lagi akan habis belajar. Oleh itu, sama-sama kita doakan agar semuanya berjalan dengan lancar.

InshaAllah rezeki untuk menimang cahaya mata itu ada, cuma jangan pernah berhenti berdoa dan berusaha. Nubhan dan isteri janganlah terlalu tertekan memikirkan kata-kata orang lain.

Sumber Berita : Media Hiburan

Written by Bella | April 29th, 2016

Kali ini kami tidak mahu berbicara tentang gosip tetapi mengenai kejayaan penyanyi Yuna yang mendapat pujian seluruh dunia apabila melancarkan muzik video Crush kolaborasi bersama penyanyi yang tidak asing lagi iaitu Usher.

Baru sahaja dilancarkan 3 hari lepas, jumlah tontonan muzik video tersebut telah mencapai angka lebih setengah juta tontonan  di YouTube dan ia semakin meningkat daripada masa ke semasa.

Malah, untuk pengetahuan anda lagu Crush telah menduduki tangga ke 18 dalam car muzik Billboard bagi kategori R&B.

Berikut antara komen netizen :-

Jom layan pula muzik video Crush daripada Yuna ft. Usher :-

Tahniah kami ucapkan kepada Yuna kerana telah membuktikan orang Malaysia juga boleh berjaya dan bersaing dalam industri hiburan di Amerika Syarikat dan masih mengekalkan imej sebagai seorang wanita Islam.

Written by Bella | April 29th, 2016

Baru-baru ini, Ashraf Muslim telah kembali ke dunia lakonan menerusi drama Mr Boss Miss Stalker gandingan bersama Mia Ahmad.

Namun, kali ini Ashraf tampil dengan watak yang berbeza daripada sebelumnya  dan ia sebenarnya sudah menarik perhatian ramai yang memberikan komen positif tentang lakonan beliau.

Dalam drama tersebut Ashraf membawakan watak sebagai Hariz Zhafran seorang “boss” yang agak berlagak dan mempunyai ego tersendiri.

Saya sedar mengenai perkara itu (kembali menjadi perhatian penonton), tetapi jujurnya kehadiran saya dalam drama berkenaan bukanlah kerana mahu mengejar populariti. Saya langsung tidak terfikir mengenai hal terbabit.

Pembabitan saya dalam drama berkenaan juga adalah atas permintaan stesen TV3, selain pengarahnya, Haikal Hanafiah, yang inginkan saya berlakon dalam karyanya.

Meskipun mendapat sambutan yang baik daripada penonton, Ashraf bagaimanapun memberitahu beliau tidak pernah berniat untuk bersaing dengan mana-mana pelakon muda lain. Ashraf sedar bahawa zaman kegemilangan beliau sudah berakhir.

Zaman kegemilangan saya sudah pun berlalu. Saya sendiri pun sudah tua. Jadi, saya tidak menyaingi mana-mana pihak. Cuma, saya lihat mungkin platform yang saya dapat ini tepat pada masanya.

Kalau tak sebelum ini, Ashaf hanya dikenali dengan watak ustaz ataupun orang alkim. Kali ini berbeza sedikit dan mungkin ia menonjolkan lagi bakatnya dalam lakonan.

Kami ada dengar juga komen mengenai lakonan Ashraf dalam Mr Boss dan Miss Stalker, tetapi masih belum berkesempatan untuk menonton drama berkenaan.  Apa pula pendapat anda yang dah tonton?

Sumber Berita : BH ONLINE

Page 3 of 5412345...102030...Last »