Nazim Othman Enggan Komen Dakwaan Beliau Artis Yang Dengki Dengan Arja Lee

Hiburan

Nazim Othman Enggan Komen Dakwaan Beliau Artis Yang Dengki Dengan Arja Lee

Semalam Arja Lee ada mendedahkan bahawa kehadiran beliau didalam program Gempak Superstar mengundang rasa tidak puas hati seseorang artis yang juga menyertai pertandingan berkenaan. Malah, Arja sering disindir oleh artis berkenaan.

Advertisement

Berikutan kes itu, ramai yang mencetuskan spekulasi bahawa artis yang dengki dengan Arja adalah Nazim Othman.

Walaubagaimanapun, Nazim menerusi portal Utusan Online enggan memberikan sebarang komen berhubung dakwaan yang dilemparkan kepada dirinya dan menyifatkan perkara tersebut sebagai sesuatu yang tidak memberikan faedah kepada beliau.

Maaf, saya tiada masa nak layan cerita tak berfaedah macam ni. Tak membangunkan minda.

Macam tidak percaya juga jika benar Nazim bersikap sebegitu. Apa-apa pun, didalam pertandingan pasti akan ada rasa tidak puas hati dikalangan peserta, namun cuba untuk bersaing secara sihat dan memberikan kelainan daripada orang yang anda dengki itu.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...