Ada Artis Didalam Gempak Superstar Tidak Puas Hati Dengan Arja Lee

Hiburan

Ada Artis Didalam Gempak Superstar Tidak Puas Hati Dengan Arja Lee

Mungkin cemburu dengan bakat nyanyian Arja Lee, ada artis didalam program Gempak Superstar kurang senang dengan kehadiran Arja sehingga menyindir beliau.

Advertisement

Terkejut dengan perkara itu, Arja menyatakan beliau tidak pernah rapat ataupun bekerjasama dengan artis berkenaan dan perkara ini sepatutnya tidak berlaku. Jelas Arja, beliau bukan mahu meraih populariti didalam program Gempak Superstar tetapi ingin menunjukkan bakat beliau dalam bidang nyanyian sahaja.

Bagi saya perkara sebegini tidak patut berlaku. Sepanjang bergelar artis saya tidak pernah rapat apatah lagi bekerjasama dengannya. Namun, saya perasan dia cuba menimbulkan masalah. Malah, sejak pengumuman sidang media lagi saya dapat tahu perkara ini. Mungkin dia menanti reaksi daripada saya, tetapi saya diamkan saja

Saya sentiasa sedar diri. Kalau betul dia mencemburui saya disebabkan pengalaman yang sedikit sebagai penyanyi, tidak guna juga. Bukan apa, program ini memberi kuasa kepada peminat untuk mengundi.

Jadi, terang-terangan dari segi populariti dia sudah menang. Dia tidak perlu rasa takut atau tercabar pun. Sebab itu, setiap minggu saya berusaha memberikan persembahan terbaik bagi memenangi hati juri dan penonton.

Buat Arja, sikap artis itu sama sekali tidak matang dan janganlah bersikap dengki kerana siapa tahu  mereka mungkin akan bekerjasama di masa hadapan.

Buang perasaan hasad dengki dan tidak puas hati itu. Tidak perlu nak menyindir saya dengan perkataan yang boleh mengundang persepsi negatif pihak lain terhadap saya.

Salah satu tujuan saya menyertai program ini adalah untuk belajar dan menuntut ilmu daripada mereka yang berpengalaman dalam bidang muzik. Bukan nak cari musuh.

Adat pertandingan, akan ada orang yang tidak puas hati bila seseorang itu lebih menyerlah daripada mereka. Namun, jangan dilayan sangat kerenah mereka. Kalau mereka bagus, cubalah buat yang lebih baik.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...