Suami Merungut Rezeki Tak Cukup Dan Sempit, Terkedu Si Suami Bila Dengar Jawapan Ustaz Ini

Trending

Suami Merungut Rezeki Tak Cukup Dan Sempit, Terkedu Si Suami Bila Dengar Jawapan Ustaz Ini

suamiHubungan yang dibina dalam perkahwinan sudah pasti perlu diwangikan dengan kejujuran, keikhlasan dan iman untuk mendapat sebuah hubungan yang bahagia dan dirahmatiNya.
Selalu kita terdengar cerita ikatan perkahwinan merupakan satu asbab tuhan melimpahkan rezeki kepada kita dan pasangan, tapi ada segelintir mendakwa apabila berkahwin kehidupannya makin sempit.

Kenapa ianya terjadi? sudah pasti ada salah dan silap yang kita lakukan atau tidak sedar.

Advertisement

Memetik perkongsian oleh Ustaz Ebit Lew dalam satu posting terbarunya, membuatkan ramai suami bahkan isteri terkesan dengan penulisan beliau mengenai rezeki.

Beliau menulis kisah seorang lelaki yang mengadu rezekinya sempit, semuanya rasa tidak cukup, namun jawapan yang diberikan oleh Ustaz Ebit Lew ternyata membuatkan sang suami terdiam dan insaf.

Ikuti perkongsian berikut..

Suami mengadu rezekinya asyik sempit. Semua serba tak cukup. Terasa dunia ni sempit. Dah usaha macam-macam
Seorang suami mengadu rezekinya asyik sempit. Semua serba tak cukup. Terasa dunia ni sempit. Dah usaha macam-macam. Semua cara dah buat. Hati pun resah dan rasa nak marah jer..kenapa yer ustaz? Abang ada ibubapa lagi ke? Mak ayah saya dah tiada. Abang ada isteri tak? Ada ustaz. Saya ada 3 orang anak…

Sayang dan jaga isteri dengan baik. Dan jaga solat
Saya beri 2 kunci rezeki dan ketenangan datang dalam hidup kita. Sayang dan jaga isteri dengan baik. Dan jaga solat. Sebelum mula kerja solat 2 rakaat. Nak buat apapun. Minta pada Allah dulu..

Bagaimana keberkatan nak datang jika menyedihkan dan menyakitkan orang yang setia dan berkorban tinggalkan keluarganya
Dia diam termenung. Kemudian dia cakap betul ke rezeki kita ada kaitan dengan isteri. Jawab saya bagaimana keberkatan nak datang dalam hidup kita jika menyedihkan dan menyakitkan orang yang setia dan berkorban tinggalkan keluarganya untuk bersama kita..sangkaan dan isi hati mereka doa yang kuat untuk kita..

Allah janji rezeki dan umur berkat dengan jaga silaturrahim dan menyambungkannya
Silaturrahim asbab rezeki terbesar. Allah janji rezeki dan umur berkat dengan jaga silaturrahim dan menyambungkannya.

Jika kita sakitkan kucing atau tipu kucing pun kita akan rasa hidup ini tak tenang. Sebab kita salah..
Jika kita sakitkan kucing atau tipu kucing pun kita akan rasa hidup ini tak tenang kerana kita sedang buat salah. Inikan pula isteri kita..

Saat kita mula menipu, menyakitkan, menyusahkan pasangan, hidup jadi serba tak kena...
Saya lihat dalam hidup ini semua orang yang bahagia dan berjaya bermula bila mereka bahagia bersama isteri mereka. Saat kita mula menipu, menyakitkan, menyusahkan pasangan, hidup jadi serba tak kena…

Mencintai dan menghargainya isteri sebaiknya..
Cuba abang mulakan dengan buat baik terhadap isteri. Mencintai dan menghargainya..

Hati saya tenang. Bila saya betulkan silap saya. Saya jaga hatinya dan hargainya. Saya buat apa yang dia suka..
Tak lama dia jumpa saya. Katanya ya Allah rezeki saya bertambah. Semuanya jadi mudah dan lapang. Hati saya tenang. Bila saya betulkan silap saya. Saya jaga hatinya dan hargainya. Saya buat apa yang dia suka..

Silaturrahim membuka pintu rezeki…inikan bersama isteri kita yang tercinta.

Rasa kedai disihir dan dicemburui orang, sedangkan..
Dulu pernah seorang pekedai dia rasa kedainya dibuat orang. Kena sihir. Dah buat macam-macam. Tapi tetap rugi. Dia jumpa saya. Saya kata padanya abang ada buat buruk kepada isteri tak?

Jawabnya yer ustaz. Saya tipu isteri saya. InsyaAllah saya betulkan. Selepas itu rezekinya mencurah-curah..

Hidup  jadi sempit dan tak tenang kerana lupa diri..
Ramai orang kaya raya hidupnya jadi sempit dan tak tenang kerana lupa diri dan menyakitkan hati orang tersayang amanah Allah.

Bersyukur dan menghargai ibu bapa,isteri dan anak adalah rezeki paling besar..
Sebenarnya bersyukur dan menghargai ibubapa, isteri dan anak-anak itulah rezeki paling besar.

Semoga perkongsian ustaz ini dapat membuka mata para suami dan isteri agar saling mengingati antara satu sama lain dalam menjalani kehidupan rumah tangga yang lebih harmoni.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...