Written by serenity | January 3rd, 2015

Tahun 2014 merupakan tahun kontroversi buat pelakon Hanez Suraya, apabila dia dikatakan menjadi punca keretakan rumahtangga  Romie Razin Adilha Abd Jais, 34, dengan isterinya, Nur Liyana Manan, 29. Keduanya telah sah bercerai pada 9 Disember lepas di Mahkamah Syariah.

Hanez juga mendakwa sudah memutuskan hubungan dengan Romie, namun ramai yang tidak percaya dengan dakwaan Hanez dan menganggapnya satu usaha untuk membolehkan dia dipanggil semula untuk berlakon semata-mata setelah dia mula diboikot peminat yang menyebabkan stesen televisyen tempatan tidak mahu mengambilnya berlakon untuk menjaga rating penonton. Perkara ini juga telah dinafikan oleh Hanez.

 photo hanezatransformed.jpg

Walaubagaimanapun, terdapat desas-desus yang mendakwa Hanez dan Romie akan melaksanakan majlis pertunangan pada hari ini, 3 Januari 2014 di kediaman keluarga Hanez di Seremban, Negeri Sembilan. Malahan, ada yang memberitahu gambar profil Whatsapp Romie memaparkan jejari kurus dan putih seorang wanita yang mengenakan cincin.

Dan ternyata desas-desus ini benar apabila Berita Harian melaporkan Hanez telah selamat bertunang pada hari ini selepas Isyak dengan Romie. Hanez kelihatan anggun dengan mengenakan busana warna putih. Majlis telah berlangsung di rumah keluarga Hanez di Seremban dengan kehadiran terdiri daripada kalangan ahli keluarga sahaja.

Ujar Hanez:

Saya mahu buka buku baru untuk tahun 2015. Harap yang terbaik untuk hubungan saya dan tunang.

Buat keduanya, tahniah diucapkan. Semoga urusan perkahwinan selepas ini akan dipermudahkan oleh Allah SWT. Semoga kebahagiaan akan menjadi milik anda berdua.

Written by AbangNara | January 2nd, 2015

Pernah menjadi pengacara jemputan untuk rancangan Nona, kini Fouziah Gous bakal menggantikan tempat Neelofa dan Fara Fauza selaku pengacara tetap program penuh berprestij ini. Tahun baru wajah baru. Sesungguhnya wajah Fouziah Gous yang elegan, jelita dan menawan memang bersesuaian sekali dengan konsep program Nona. Satu gandingan yang amat mantap sekali.

fouziah gous pengacara nona

Kontrak selama setahun telah pun ditandatangani oleh Fouziah Gous. Menariknya tawaran daripada Nona ini diterima 2 hari sebelum hari jadinya pada 11 Disember. Memang hadiah hari jadi yang amat bermakna. Kata Fouziah Gous:-

Saya pernah diundang sebagai pengacara jemputan Nona sebelum ini. Cuma sejujurnya saya tak sangka dan terkejut bila tawaran mengemudi program ini datang.

Atas dasar mencabar diri dan tidak mahu melepaskan peluang ini, saya terima. Setidak-tidaknya komitmen ini membolehkan masa bersama suami lebih banyak berbanding kerja berlakon.

Setakat ini sudah dua episod dirakamkan dan kontrak saya bersama Nona untuk setahun. Sepanjang komitmen ini juga saya tak akan ambil tawaran kerja lain.

Saya pelakon dan bukannya pengacara. Dunia pengacaraan masih asing kepada saya dan jujur saya tak arif dalam skop kerja ini.

Saya tak mahu berjanji besar tapi akan cuba mempersembahkan yang terbaik untuk mandat ini. Apa saja kekurangan akan saya perbaiki.

fouziah gous pengacara nonaUntuk makluman, Fouziah Gous akan mengacara secara solo. Tiada pengacara lain yang akan digandingkan dengannya. Pasti ini adalah satu cabaran yang amat hebat. Semoga berjaya dan tahniah diucapkan atas pemilihan anda. Good luck and all the best. Sumber Berita Harian.

Written by AbangNara | January 2nd, 2015

Satu ketika dahulu, pada tahun 2013, pernah ada desas-desus mengenai hubungan percintaan antara Nur Fazura dan Shaheizy Sam. Mereka berdua didakwa dilihat oleh orang ramai berjalan sambil berpegangan tangan dan membuat aksi romantik seperti pasangan bercinta. Namun Shaheizy Sam telah tampil dan menafikan dakwaan tersebut. Katanya tangan wanita yang dipegang itu adalah tangan ibunya, bukan Fazura.

fazura dan shaheizy sam bercinta

Namun menerusi rancangan Facing Up To Fazura yang dikeudarakan baru-baru ini, Nur Fazura akhirnya telah tampil dan membuat pengakuan bahawa dirinya pernah bercinta dengan Shaheizy Sam. Percintaan mereka berlaku 2 tahun yang lalu yang mana mereka mulai rapat apabila berlakon bersama dalam filem Manisnya Cinta Di Cappadocia. Mereka berdua mula bercinta di set penggambaran tersebut. Hubungan mereka dikatakan seperti belangkas, tidak dapat dipisahkan langsung.
fazura dan shaheizy sam bercinta

Tidak seperti kisah dongeng, percintaan Fazura dan Shaheizy Sam tidak berakhir dengan kegembiraan. Hubungan mereka putus dan dikatakan berakhir dengan tidak berapa baik. Mereka tidak bertegur sapa selama 14 bulan sehingga promosi filem Manisnya Cinta Di Cappadocia dijalankan. Menerusi program itu juga, Fazura melahirkan rasa kejanggalan untuk bertemu kembali dengan Shaheizy Sam selepas 14 bulan tidak bertegur sapa.
fazura dan shaheizy sam bercintaMenarik juga program seperti Facing Up To Fazura ini kan? Habis terbongkar segala rahsia yang disimpan selama ini. Ternyata desas-desus dan khabar angin di dunia hiburan ini kebanyakannya adalah betul. Cuma bila ditanya macam biasalah artis kita malu-malu nak mengaku. Boleh difahami. Diharap selepas ini artis-artis lain turut sama diberi peluang untuk membuat program sebegini. Tentu ramai yang punyai rahsia menarik untuk dikongsikan bersama.

P.S: Gubahan bunga seperti percikan bunga api

Written by AbangNara | January 2nd, 2015

Terkejut juga apabila melihat beberapa keping gambar Hanez Suraya dan Romie bersama. Bukan apa, sebelum ini Hanez telah memaklumkan yang hubungannya dengan bekas suami Liyana Manan itu telah berakhir. Tiada lagi percintaan antara mereka. Tambah mengejutkan apabila ada desas-desus yang menyatakan Hanez dan Romie bakal bertunang Sabtu ini. Hmmmmmm. Biar betul?
hanez surayaTahun 2015 baru berusia 2 hari dan nampaknya nama Hanez Suraya kembali hangat dengan kontroversi. Kebenaran mengenai desas-desus pertunangan mereka hanya boleh disahkan Sabtu ini apabila Hanez yang dihubungi oleh pihak media enggan memberikan sebarang komen. Kalau Sabtu ini ada gambar yang tersebar, maka sahlah hubungan Hanez dan Romie belum berakhir sebaliknya maju ke fasa berikutnya.

hanez suraya

Sekurang-kurangnya permulaan tahun 2015 adalah baik untuk Hanez kerana bakal bergelar tunang orang. Tahniah diucapkan. Semoga berbahagia sehingga ke hari perkahwinan. Sumber RotiKaya dan Forum Cari.

Page 46 of 46« First...102030...4243444546