January 6th, 2015

Amboi. Amboi. Amboi, Memang makin marah lah orang ramai apabila membaca kenyataan Ifa Raziah ini. Siap suruh para penonton buka minda dan jangan fikir negatif sahaja. Walaupun telah ditegur oleh Datuk Rosyam Nor, nampaknya Ifa Raziah masih bertegas yang persembahannya pada malam itu adalah atas nama seni semata-mata. Hmmmmm. Macam pernah dengar kan alasan klise sebegini?
ifa dan hisyam hamid Apa pun Abang Nara suka dengan teguran Rosyam Nor yang aksi sebegitu tidak sesuai dipertontonkan kerana Gegar Vaganza ditonton oleh rakyat Malaysia tanpa mengira umur. Mak dan bapa mertua Abang Nara pun mengucap panjang melihat aksi Ifa Raziah. Namun ini adalah penjelasan penyanyi itu:-

Saya tak rasa ia perbuatan yang ‘over’ (keterlaluan) pun. Saya tak pegang atau raba pun Hisyam dan dia pun tak buat begitu pada saya. Kami hanya menari ala-ala ballet mengikut konsep persembahan.

Sebagai manusia kita kenalah buka minda dan berfikiran positif sikit. Ia sebahagian seni persembahan saja. Kalau kita fikir negatif dan kotor maka negatiflah jadinya. Bukan saya saja buat begitu (tatapan umum), dalam mana-mana drama dan filem (tempatan) pun banyak aksi begitu.

Saya dan Hisyam buat aksi itu sebagaimana kami berlatih. Masalahnya tempoh latihan antara saya dan Hisyam pun terhad sebenarnya. Hisyam tak datang awal pada sebelah siang agar kami dapat berlatih. Kalau dapat berlatih dari siang dapatlah saya perbaiki mana-mana aksi kami yang kurang sesuai atau tak sedap dipandang.

ifa raziah Bagi Abang Nara memang tak sesuai persembahan sebegini dipertontonkan. Orang lain boleh je buat persembahan tanpa pegang-pegang dan peluk-peluk. Siap boleh jadi juara lagi. Mungkin Ifa Raziah merasakan kekuatan persembahannya adalah daripada segi lakonan. Di masa hadapan harap lebih berhati-hati dan sensitif. Jangan sampai timbul lagi kontroversi sebegini. Sumber Harian Metro.


Comments are closed.

Loading...