Written by AbangNara | January 21st, 2015

Ya memang bulu roma Abang Nara meremang apabila mendengar lontaran suara Dayang Nurfaizah menyanyikan lagu Di Pintu Syurga di AJL29 Ahad lalu. Lebih-lebih bila sampai bahagian Dayang menyanyi tanpa iringan muzik. Pergh!!! Memang padu, mantap dan terangkat!!! Penghayatan Dayang pun amat sempurna. Bait-bait lagu tersebut terasa menyentuh jiwa Abang Nara.

dayang nurfaizah

Apabila nama Dayang Nurfaizah diumumkan sebagai pemenang kategori Vokal Terbaik, Abang Nara tak terkejut langsung. Memang sudah dijangka. Lebih-lebih pesaingnya pada malam tersebut iaitu Alyah dan Hafiz menunjukkan prestasi yang agak kurang memberangsangkan. Kemenangan Dayang memang tidak dipertikaikan langsung. Apabila membaca ulasan ketua juri AJL29 iaitu Azmeer, memang melambung pujian yang diberikan. Azmeer menyifatkan persembahan Dayang sebagai ikhlas dan penuh jiwa. Kata Azmeer:-

Vokal Indah Ruhaila juga bagus dan markah Indah tidak jauh beza dengan Dayang tetapi Dayang selain berjaya menyanyikan lagu itu dengan keikhlasan, pada satu bahagian dia berjaya menyanyi tanpa muzik dan ‘pitching’ dia sempurna.

Bukan mudah untuk seseorang itu menyanyi tanpa muzik tetapi Dayang dapat melakukannya dengan baik sekali. Dayang menyanyi antara 18 hingga 21 par tanpa muzik dan free tempo serta dia skor di bahagian itu dengan markah 99.9 peratus.

dayang nurfaizahPergh~~ 99.9% tue dah kira perfect dah tue. Tahniah diucapkan kepada Dayang Nurfaizah kerana berjaya memukau orang ramai dengan persembahannya. Semoga dengan kemenangan ini, rezeki Dayang akan makin mencurah. Apa pun, selain vokal Dayang yang menjadi bualan ramai, kelibat penyanyi tersebut ketika ditemuramah untuk segmen Qu Puteh turut mencuri perhatian. Agak kejam juga sebenarnya kan? Dalam ramai-ramai, Dayang juga yang dipilih. Hehehe. Takper mungkin lepas ini Dayang akan dilantik sebagai duta. Kalau berkesan, memang Abang Nara akan beli satu bakul Qu Puteh. Heheh.

Written by AbangNara | January 21st, 2015

Bekas vokalis sebuah kumpulan popular era 90-an ditahan polis tengah malam tadi kerana disyaki memiliki dadah jenis heroin seberat 1.2 gram.

Penyanyi itu yang berusia 43 tahun ditahan bersama seorang wanita berusia 32 tahun di Taman Keramat, Ampang kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi setelah pihak polis bertindak hasil maklumat dadah yang diperoleh.

Pemeriksaan di bilik penyanyi berkenaan kemudiannya, polis menemui satu paket plastik disyaki dadah jenis heroin seberat 1.2 gram yang terletak di atas tilam di bilik berkenaan.
vokalis 90-anHasil ujian air kencing, vokalis itu juga didapati positif dadah jenis morfin.

Penyanyi terbabit juga mengaku terbabit dalam aktiviti penagihan dadah jenis syabu dan heroin selama 10 tahun yang diperoleh daripada seorang pengedar di sekitar Hulu Kelang.

Penyanyi terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. Sumber Berita Harian.
zamani slamUPDATE: Portal Astro Gempak melaporkan yang penyanyi tersebut adalah Zamani Slam.

Written by AbangNara | January 21st, 2015

Kalau sebelum ini Datuk Mokhzani Ismail yang merupakan salah seorang juri AJL29 telah tampil memberikan penjelasan pemilihan lagu Apa Khabar sebagai juara, kali ini Azmeer yang merupakan ketua juri pertandingan tersebut turut sama muncul memberikan penerangan. Di dalam penjelasan ini turut ditegaskan bahawa keputusan yang diambil para juri tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Menarik juga membaca penjelasan Azmeer yang kita tahu kehebatannya selaku seorang pemuzik.

azmeer

Jelas Azmeer:-

Selama ini memang tiada mana-mana pihak mahupun pihak TV3 datang kepada kami dan beritahu tahun ini mereka mahu angkat genre apa. Tiada apa-apa perbincangan langsung. Saya mewakili sembilan lagi juri menilai Apa Khabar menerusi pelbagai faktor termasuk lagu, susunan muziknya juga persembahan secara keseluruhan. Selain vokal, faktor ritmanotasi Apa Khabar berbeza.

Cara penyampaian rap Joe dalam lagu ini juga lain daripada yang lain dan ia bukan rapping biasa manakala nyanyi SonaOne walaupun liriknya berulang-ulang tapi dari sudut seni, ia mempunyai motif. Warna lagu itu dijayakan Joe dan menerusi pengamatan juri, tahap pra-rakaman lagu itu juga sangat baik. Semua elemen ini melayakkan Apa Khabar menjadi juara AJL kali ini.

azmeer

Setahu Abang Nara, keputusan AJL sudah pun diketahui sebelum malam persembahan. Perbincangan telah diadakan sebelum AJL berlangsung. Para juri dah ‘bergaduh’ sesama sendiri dulu dah. Hehehe. Yang dinilai pada malam persembahan hanyalah kategori Vokal Terbaik. Kategori Persembahan Terbaik pula ditentukan menerusi undian SMS. Apa pun, diharap penjelasan Azmeer ini sedikit sebanyak dapat memberi gambaran kepada kita tentang apa yang dinilai dalam sesebuah lagu. Sumber MalaysianDigest.

P.S: 2015 Hyundai Veloster Turbo dilancarkan

Written by AbangNara | January 21st, 2015

Akhirnya JAWI membuat keputusan yang sememangnya dinanti-nantikan oleh orang ramai dan boleh diterima akal. Walaupun sebelum ini JAWI beria-ia ingin mengeluarkan waran tangkap kepada gadis-gadis yang terlibat di dalam isu dipeluk dan dicium oleh artis Kpop, namraun hasrat tersebut dibatalkan. Kemungkinan besar keputusan tersebut diambil selepas hampir kesemua rakyat Malaysia mempertikaikan tindakan badan ini yang kelihatan berat sebelah.

kpop

Gadis-gadis yang terlibat di dalam isu ini juga tidak hadir ke JAWI untuk sesi kaunseling walaupun telah diberi tempoh seminggu. Abang Nara mak ayah diorang dah bagi kaunseling secara peribadi. Kata sumber JAWI:-

Kita sudah memberi mereka tempoh selama seminggu untuk tampil membantu siasatan. Tetapi sehingga ke hari ini mereka tidak berbuat demikian. Selepas berbincang, kita putuskan untuk tidak mengenakan waran tangkap ke atas mereka. Tetapi kita secara terbuka bersedia untuk memberi khidmat nasihat dan kaunseling kepada mereka

kpop

Di masa hadapan, diharap pihak JAWI tidak hanya nampak kuman di seberang sungai tetapi gajah di sebelah pura-pura buat tak tahu. Kalau nak ambil tindakan, biarlah adil dan saksama. Juga diharap pihak-pihak yang berkaitan akan memberikan guideline yang lebih menyeluruh buat artis-artis luar negara yang datang membuat persembahan agar kontroversi sebegini tidak lagi berulang. Apa pendapat anda? Sumber Mstar Online.

P.S: Koleksi gambar panda merah yang amat comel

Page 20 of 46« First...10...1819202122...3040...Last »