Written by AbangNara | February 25th, 2013

Semalam Abang Nara membaca tulisan Syamsul Yusof menerusi BiPop dan memang bergenang juga air mata ini. Mana taknya, Syamsul menceritakan detik-detik dia memohon kemaafan daripada ayahnya, Yusof Haslam dengan begitu terperinci sekali.

syamsul yusof dan yusof haslamDengan tajuk artikel “Papa, maafkan aku“, air mata Syamsul turun mencurah-curah ketika memegang tangan kanan ayahnya. Sebab Syamsul tidak terkata menatap wajah ayahnya yang semakin dimamah usia. Apa pun, hari ini menerusi Harian Metro, Yusof Haslam memuji tindakan anaknya yang dianggap matang. Kata Yusof Haslam:-

Ia pengakuan ikhlas anak terhadap ibu bapa dan saya menghormati tindakan beraninya itu. Segalanya sudah selesai dan mungkin apa yang berlaku selama ini hanya perselisihan faham. Saya gembira kenyataannya menjelaskan tiada lagi masalah antara kami.

syamsul yusof dan yusof haslam

Semoga selepas ini, hubungan Syamsul dan Yusof Haslam akan bertambah erat dan terus bergabung menghasilkan filem-filem berkualiti tinggi. Kepada Syamsul, Abang Nara respek anda kerana berjaya membuang ego dan memohon maaf kepada ayah anda. Anda memang macho!!!

edzP.S: Berjalan penuh yakin dengan maxi dress bercorak leopard berpotongan princess cut yang menawan. Design puff di bahagian bahu dapat menyembunyikan saiz lengan yang besar. Pergelangan tangan juga kelihatan lebih slim dengan kain berwarna gelap yang dapat memberi ilusi lengan lebih slim. Klik www.edz.com.my sekarang. 

Written by AbangNara | February 25th, 2013

Orang kata, kalau wajah berseri semasa kehamilan, anak yang dikandungkan itu ialah anak lelaki. Kalau orang tua-tua tengok perut pun dah tau laki ke perempuan. Sayangnya Abang Nara masih muda jadi gagal nak meneka jantina anak di dalam kandungan Fasha Sandha.

fasha sandha

Kalau tak silap Abang Nara, tak sampai sebulan lagi Fasha Sandha akan bergelar seorang ibu. Pasti hati sedang berdebar-debar sekarang ini. Pasti banyak peminat Fasha yang tak sabar untuk melihat gambar Fasha junior apabila lahir kelak.

fasha sandha

Apa pun, Fasha tetap maintain cantik berseri sepanjang kehamilannya. Semoga urusan bersalin Fasha akan dipermudahkan kelak. Doa banyak-banyak. Yang penting, ikut arahan doktor dan jururawat ketika proses bersalin nanti. Lagi 8 gambar terbaru Fasha Sandha dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | February 25th, 2013

Untuk makluman anda, sekarang sedang berlangsung majlis anugerah Academy 2013 di Dolby Theater, Los Angeles. Ramai selebriti terkenal menghadiri majlis anugerah yang dianggap paling berprestij dalam mengiktiraf industri perfileman di dunia ini.

Jennifer Lawrence

Gambar oleh Jason Merritt / Getty Images

Lagi 66 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | February 25th, 2013

Satu langkah yang bijak daripada Fizz Fairuz apabila dia membuat laporan polis berhubung kontroversi kes putus tunangnya bersama isteri orang. Laporan tersebut telah dilakukan di Balai Polis Damansara kira-kira jam 1.43 petang pada hari Rabu minggu lepas.

fizz fairuz tunang

Tujuan Fizz Fairuz membuat laporan tersebut ialah untuk melindungi dirinya selain tidak bertangunggjawab ke atas bekas tunangnya, Azlyn Massiela sekiranya sesuatu terjadi selepas dia memutuskan hubungan dengan wanita tersebut. Fizz turut menyatakan yang sepanjang tempoh dia berkawan dan berhubung dengan Azlyn, dia tidak mengetahui wanita tersebut adalah isteri orang.

Yang pastinya, Fizz Fairuz telah menerima salinan surat nikah di Thailan antara Azlyn dan suaminya Ramli. Diharap kemelut yang melanda semua pihak di dalam kontroversi ini dapat diselesaikan secepat mungkin sebelum ia lebih melarat di kemudian hari.

P.S: Video persembahan tarian bayang-bayang yang super awesome.

Page 4 of 28« First...23456...1020...Last »