Written by AbangNara | February 24th, 2013

Pasti ramai yang menarik nafas lega apabila Gambit diumumkan tersingkir daripada Fear Factor Malaysia semalam. Daripada apa yang Abang Nara baca, ramai betul  membenci perwatakan yang ditunjukkan oleh Gambit di dalam rancangan tersebut. Jahat sangat katanya!!!

gambit fear factor malaysiaBercakap kepada Kosmo hari ini, Gambit menyatakan teknik suntingan yang digunakan menyebabkan dirinya nampak jahat dan menjadi watak antagonis di dalam Fear Factor Malaysia. Kata Gambit:-

Mungkin juga khalayak terbawa-bawa dengan cerita lama saya yang mengatakan saya poyo dan sombong. Ini lebih menokok tambah rasa benci penonton. Bagus juga untuk permainan Fear Factor. Cara suntingan itu menampakkan saya jahat. Tetapi penonton kena bijak mentafsir.

gambit fear factor malaysia

Bagi Abang Nara, memang setiap rancangan realiti kena ada watak jahat. Kalau dulu di rancangan Masterchef Selebriti, Azwan Ali menjadi penyeri dengan celotehnya yang over. Kalau tak ada orang macam Gambit dan Azwan Ali, pasti bosan rancangan tersebut. Apa pula kata anda?

P.S: Katak paling comel di dunia

Written by AbangNara | February 22nd, 2013

Satu persoalan yang agak menarik untuk dibincangkan di petang Jumaat ini. Pasti ramai yang akan bersetuju sekiranya Remy Ishak dan Maya Karin bercinta. Kedua-duanya memang sama cantik dan sama padan. Dapat anak confirm super kacak dan super cun.

remy ishak dan maya karin

Persoalan ini mula timbul apabila Remy Ishak berkongsi gambarnya bersama Maya Karin di Sabah. Gambar di atas menunjukkan mereka berdua di dalam perjalan ke Imbak Canyon. Mungkin mereka berdua mengambil peluang untuk bercuti bersama-sama.

remy ishak dan maya karin

Adakah Remy dan Maya mula rapat selepas membintangi filem Sejoli baru-baru ini? Hmmmm. Tak salah kalau mereka berdua bercinta sebab masing-masing pun single. Sama-sama kita nantikan sama ada wujud khabar gembira untuk peminat Remy dan Maya satu hari nanti.

P.S: Silap mata paling kurang ajar.

Written by AbangNara | February 22nd, 2013

Masih lagi bercerita mengenai kontroversi di antara Almy Nadia, Fizz Fairuz, Azlyn Massiela dan Ramli. Semalam, menerusi Berita Harian, Azlyn mendakwa yang Fizz Fairuz masih bertemu Almy Nadia walaupun hubungan mereka berdua sudah semakin serius bercinta.
almy nadia

Menurut Azlyn, Almy Nadia pernah memakai baju sejuk yang dibeli oleh Fizz Fairuz buatnya ketika sama-sama menjaya sebuah program di Korea. Namun begitu, Almy Nadia hairan mengapa namanya dikaitkan secara tiba-tiba oleh Azlyn. Kata Almy:-

Saya tidak tahu motif Azlyn dengan memetik nama saya pula dalam permasalahan mereka sedangkan sejak awal lagi, saya terkejut apabila mengetahui Fizz sudah bertunang walaupun hubungan kami masih tergantung tanpa jawapan. Tapi, saya optimis dan sentiasa positif menganggap semua dugaan Allah.

almy nadiaKesian pulak Abang Nara kat si Almy nie. Tak pasal-pasal terbabit pulak. Padahal secara logik memang tak bersalah langsung. Abang Nara suka dengan kata-kata Almy Nadia di bawah:-

Kini apabila mereka berdepan kontroversi, saya pula dibabitkan sama. Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai dakwaannya mengenai saya dan Fizz masih bertemu ketika mereka sudah pun serius. Semua itu terlalu peribadi dan langsung tidak sepatutnya membabitkan saya. Memang tidak masuk akal dan saya tidak mahu komen panjang.

Memang betul pun tak masuk akal. Almy Nadia yang sebenarnya sepatut terasa dianiaya ketika ini. Tup-tup si Azyln nie nak salahkan Almy pulak. Sewajarnya, Azlyn selesaikan dulu kontroversi mengenai status dirinya. Takkanlah dah pernah kahwin pun boleh tak tahu. Tak gitu?

P.S: Bila kucing ajak buaya bertumbuk.

Written by serenity | February 22nd, 2013

Lelaki yang mengaku sebagai suami Azlyn Massiela semalam telah dihubungi oleh Harian Metro dan sekali lagi menegaskan Azlyn ialah isterinya.

Sekarang ini, saya mahu menyaksikan permainan dia.

Menurut lelaki itu, mengetahui tentang berita pertunangan Azlyn dan Fizz dari sebuah blog, dan kemudiannya cuba menghubungi Fizz.

Dia menambah yang dia mempunyai bukti yang kukuh berkenaan perkahwinannya dengan wanita itu, namun enggan menunjukkannya kerana enggan memanjangkan kontroversi. Namun begitu, dia menyatakan dia telah memberi sesalinan sijil nikah itu kepada Fizz Fairuz.

Lelaki itu turut menukar kenyataannya sebelum ini, yang isteri pertamanya tidak tahu tentang isteri keduanya. Katanya kini, isteri pertamanya dan Azlyn mempunyai hubungan yang baik, dan dia juga pernah membawa mereka bercuti bersama di London.

Dia juga kini mendakwa keluarga Azlyn tahu tentang pernikahan tersebut pada asalnya, namun kini masih menafikannya.

Minta diberi tempoh seminggu

Sementara itu, melalui laporan eksklusif Berita Harian, lelaki itu meminta diberi tempoh seminggu untuk mengemukakan sijil nikahnya bagi membuktikan dakwaannya. Ini kerana dia mahu mendapatkan khidmat perundangan serta mahu peguam meneliti sijil nikahnya dengan bekas tunang Fizz.

Enggan mendedahkan identiti, dia mendakwa bernikah dengan Azlyn pada 9 Mac tahun lalu, dengan tidak ditemani sesiapa di selatan Thailand, selepas mengenali Azlyn selama lima tahun. Namun mereka hanya menjalani hidup sebagai suami isteri selama tiga bulan.

Selain surat nikah, saya menyimpan resit pindahan wang sebagai nafkah bulanan yang didepositkan ke akaun Azlyn bagi bukti menyokong status perkahwinan saya.

Saya tidak mahu bersekongkol dan membiarkan isteri yang saya nikahi secara sah terjebak dengan hubungan dengan lelaki lain sedangkan kami masih suami isteri.

Tambahnya juga, dia tidak gentar dengan status perkahwinannya, kerana dia ada banyak bukti.

***

Karnival Kelate Kito sedang berlangsung di JKKN Kelantan sehingga 23 Februari. Perlbagai aktiviti menarik disediakan untuk anda, Jualan, pameran interaktif, demonstrasi silat, persembahan seni budaya dan banyak lagi! Pakat Maghi Belako…!!!!