Written by AbangNara | October 7th, 2012

Sebentar tadi telah pun berlangsung malam Anugerah Blockbuster yang mengiktiraf mereka yang terlibat di dalam industri filem Malaysia. Secara keseluruhan majlis berlangsung dengan lancar walaupun terdapat cacat cela yang tidak dapat dielakkan. Semoga pihak penganjur akan memperbaiki kesilapan yang dilakukan sekiranya anugerah ini diteruskan pada tahun hadapan.

syamsul yusof

Apa pun jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Syamsul Yusof yang membawa pulang 5 kemenangan malam ini. Paling manis sudah tentu apabila filem arahannya, KL Gangster diiktiraf sebagai filem terbaik. Malah Syamsul turut membawa pulang Anugerah Tuan Direktor terhebat di samping Anugerah Khas PFM. Semoga dengan kemenangan ini Syamsul akan terus aktif menghasilkan karya yang bermutu tinggi di masa hadapan.

kl ganster

Berikut ialah keputusan penuh untuk Anugerah Blockbuster:-
Anugerah Filem Terhebat – KL Gangster (Syamsul Yusof)
Anugerah Tuan Direktor – Syamsul yusof (KL Gangster)
Anugerah Direktor Baru Terhebat – M. Suurya ( Sumpahan Puaka)
Anugerah Filem Aksi Terhebat – KL Gangster (Syamsul Yusof)
Anugerah Filem Kelakar – Hantu Bonceng (Ahmad Idham)
Anugerah Filem Takut Terhebat – Khurafat (Syamsul Yusof)
Anugerah Drama Muzikal Terhebat – Nur Kasih The Movie! (Khabir Bhatia)
Anugerah Heroin Terhebat – Yana Samsuddin (Bini-Biniku Gangster)
Anugerah Hero Terhebat – Zizan Razak (Hantu Bonceng)
Anugerah Watak Penyangak Terhebat – Fikir Bakar (Klip 3GP)
Anugerah Lagu Filem Terhebat – Ombak Rindu
Anugerah Hero Baru Terhebat – Shahir (Karak)
Anugerah Heroin Baru Terhebat – Tasha Shila (Ratu The Movie)

Jutaan taniah sekali lagi kepada semua pemenang. Teruskan usaha anda untuk memajukan lagi industri filem Malaysia.

Written by AbangNara | October 6th, 2012

Seperti yang telah diagak oleh segelintir pembaca BeautifulNara, Emma Maembong hari ini menjelaskan yang gambarnya berpelukan dan berciuman dengan seorang lelaki adalah gambar lama. Menurut Emma, gambar-gambar tersebut diambil ketika dirinya berusia 14, 15 tahun bersama kekasihnya. emma maembong

Emma Maembong mengakui yang gambar-gambar itu adalah satu kesilapan buat dirinya. Kata Emma kepada portal Murai:-

Memang semua itu gambar saya bersama kekasih tetapi gambar itu diambil ketika saya berusia 14 dan 15 tahun. Saya akui ketika itu saya berkelakuan sebegitu disebabkan culture shocked bila baru saja mengenal dunia. Saya akui gambar itu satu kesilapan dan saya anggap itu semua kisah silam saya yang saya tidak perlu ulangi lagi kerana saya kini sudah berubah. Saya kesal apabila gambar itu tersebar di waktu saya baru sahaja hendak menempa nama dalam industri, saya anggap ini dugaan dan pasrah dengan apa yang berlaku.

emma maembong

Yang penting, Emma memberitahu yang dirinya kini sudah berubah dan berharap agar peminat tidak menghukumnya berdasarkan kisah silamnya dulu. Kata Emma:-

Orang akan lihat saya seolah-oleh seperti perempuan sosial tetapi hakitkatnya saya hanya berpakaian seksi dengan memakai seluar pendek dan bercium serta berpeluk sahaja. Tiada apa yang perlu diperbesarkan. Malah saya berpeluk dan bercium dengan seorang lelaki yang sama iaitu kekasih saya sahaja. Saya dan kekasih saya sudah berkawan sejak dari sekolah lagi, namun kami sudah pun menjalinkan hubungan cinta yang serius sejak dua tahun yang lalu. Lagipun kini saya sudah berubah dan telah pun cuba berubah dengan tidak lagi memakai pakaian seksi serta tidak beraksi seperti di dalam foto itu lagi. Hukumlah diri saya sekarang, bukan hukum kisah silam saya.

Kepada jejaka yang ada menaruh hati terhadap Emma Maembong, lupakanlah saja hasrat anda itu. Hati Emma sudah dimiliki oleh jejaka yang dikenali dengan nama Adi Zaim. Kepada Emma, lupakan kontroversi ini dan berusahalah untuk memajukan diri dari segi lakonan. Anggap sahaja ini asam garam apabila bergelar selebriti.

P.S: Letusan gunung berapi.

Written by serenity | October 6th, 2012

Tidak pasti sama ada anda masih ingat dengan Stephanie Liah, model Malaysia dari Sarawak yang telah memeluk agama Islam dan berkahwin dengan seorang lelaki beragama Islam bernama Remy Rizal. Dari perkahwinan tersebut, mereka mempunyai anak bernama Ryan Raffael. Stephanie memang tak begitu terkenal di Malaysia, tetapi namanya agak terkenal juga di luar negara.
Photobucket
Berita yang baru kami terima dari seorang pembaca BeautifulNara.com bernama Razu ialah Stephanie sudah bercerai dengan suaminya itu dan kini menjalin hubungan cinta dengan seorang model Iran bernama Ardavan. Khabarnya mereka bercerai sekitar sebelum Aidilfitri lepas. Memang pantas sekali Stephanie dapat menjalinkan hubungan cinta dengan model kacak ini. Khabarnya juga bekas suami Stephanie juga sudah ada girlfriend baru, seorang gadis Sarawak.

Sebelum ini seorang pembaca kami pernah menghantar entri meluah perasaan tentang Stephanie yang masih minum arak sungguhpun sudah memeluk agama Islam. Ada yang menegur perbuatan Stephanie ini di Facebook, tetapi khabarnya Stephanie memarahi peminat itu dan mengugut akan block peminat yang menegur tersebut.

Apa pun, kedua-dua Stephanie dan Ardavan merupakan model dan Ardavan juga merupakan model dari Iran dan beragama Islam. Kedua-duanya pernah bergandingan untuk menjayakan sesi fotografi berjudul ‘SEXUALITE’ yang dipotretkan oleh Apat Photography. Untuk norma masyarakat Malaysia, siri gambar ini boleh dikatakan over tapi untuk masyarakat luar negara, mungkin ia hanya gambar yang biasa-biasa saja. Set gambar tersebut boleh anda lihat dengan membaca entri ini sepenuhnya. Walau bagaimanapun, kami memberikan amaran terlebih dahulu yang ia menampilkan aksi-aksi tidak selari dengan norma masyarakat Malaysia.

Written by serenity | October 6th, 2012

Penyanyi yang tidak asing lagi, Yuna menyinar dengan enam pencalonan untuk Anugerah Industri Muzik (AIM) 19.

Yuna tercalon untuk Kulit Album Terbaik (Terukir Di Bintang), Video Muzik Terbaik (Sparkle), Lagu Pop Terbaik (Terukir Di Bintang), Lagu Inggeris Tempatan Terbaik (Memo dan Photo Of You) Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu (Terukir Di Bintang).

Mengekori beliau ialah Jaclyn Victor, dengan lima pencalonan. Jaclyn mendapat dua pencalonan iaitu Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Counting Days dan Jagalah Diri), dua lagi unuk Lagu Pop Terbaik (Sebelah Jiwaku dan Jagalah Diri) dan satu untuk Lagu Inggeris Tempatan Terbaik (Counting Days).

Pelakon West End dan penyanyi Stephen Rahman Hughes menerima tiga pencalonan, untuk Artis Baru Terbaik, Persembahan Vokal Lelaki Terbaik and Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu untuk Bertemu Di Syurga.

Yuna, Jaclyn dan Stephen tidak hadir di majlis pengumuman kerana komitmen lain, tetapi  penyanyi yang hadir iaitu Shila Amzah telah menerima dua pencalonan AIM 19. Kata Shila:-

Tahun ini rasanya seperti tahun untuk saya. Selepas menang Asian Wave, saya pulang dan  telah dicalonkan untuk Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu dan Lagu Pop Terbaik untuk Patah Seribu. Apa yang istimewa ialah saya telah menulis sendiri lagu tersebut. Ia lagu yang sedih, tetapi bukan menceritakan tentang saya.

465 pencalonan telah diumumkan untuk AIM tahun ini dan 80 calon telah dipilih. Juri terdiri dari 57 orang pencipta lagu dan penerbit yang diketuai oleh komposer Adnan Abu Hassan.

Penyanyi Stacy, yang dicalonkan untuk  Album Terbaik untuk lagu dance-pop Stay-C dan Video Muzik Terbaik untuk Pelangi Senja, turut hadir di majlis itu. Rasanya belum terlewat untuk memaparkan video Stacy, Pelangi Senja di sini:-

Sumber.

Page 30 of 39« First...1020...2829303132...Last »