Pelakon Zul Yahya dilaporkan sedang berdepan masalah kewangan susulan perniagaan kedai makan yang diusahakannya dikatakan kurang stabil ketika ini.
Perkara itu dikongsikan seorang warganet dikenali sebagai Azrul Hanaffi menerusi hantaran di Threads selepas memuat naik tangkap layar daripada sesi siaran langsung aktor berkenaan.

Menurut Azrul, Zul atau nama lengkapnya Zulkifli Yahya kini melalui fasa sukar apabila perniagaan di premis makanannya berdepan masalah sehingga menjejaskan ekonomi keluarga.
Malah, Azrul mendakwa Zul dan keluarganya terpaksa tinggal di premis tersebut kerana tidak mampu menjelaskan bil kediaman.
“Saya baru tengok siaran langsung Zul, dia cakap bisnes kedai makan sedang teruk, anak bini kena tidur dekat kedai dan bil TNB (elektrik) rumah tertunggak.”
“Dia cadang nak cari tempat yang ada orang ramai, tapi modal tak cukup.”
Susulan itu, Azrul menyeru orang ramai yang berkemampuan untuk menghulurkan bantuan kepada pelakon filem MX3 tersebut bagi meringankan beban yang ditanggung namun ada juga yang meminta pelakon itu untuk ‘berubah’ gara-gara’ keterlanjurannya apabila bercakap di live serta layanan terhadap para pelanggan yang hadir ke kedai makan miliknya sebelum ini.


Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
