“Aku Sibuk Hal Sendiri Pun Boleh Menganggu Orang Lain” – Foto Renang Zul Ariffin Bikin Peminat Wanita Tak Keruan

Hiburan

“Aku Sibuk Hal Sendiri Pun Boleh Menganggu Orang Lain” – Foto Renang Zul Ariffin Bikin Peminat Wanita Tak Keruan

Pelakon popular Zul Ariffin meluahkan rasa hairan apabila rutin hariannya seperti berenang demi menjaga kesihatan turut mencuri perhatian ramai, khususnya dalam kalangan peminat.

Menerusi perkongsian yang tular di Instagram, Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 40, dilihat berada di tepi kolam sambil tampil santai dengan tubuh sasa dan senyuman lebar.

Advertisement

Perkongsian itu sekali lagi membuatkan namanya menjadi bualan apabila ramai peminat memberikan pelbagai reaksi terhadap penampilan aktor berkenaan.

“Lucu juga bila saya sibuk dengan hal sendiri pun boleh mengganggu orang lain. Agaknya tak cukup benda lebih besar nak difikirkan,” katanya sinis menerusi Threads.

Terdahulu, Zul mencuri perhatian selepas memuat naik foto dirinya ketika berada di kolam, sekali gus mengundang pelbagai komen daripada netizen.

Seperti dijangka, ruangan komen dipenuhi reaksi berseloroh daripada peminat yang teruja melihat penampilan pelakon tersebut.

“Ini bukan berenang, ini buat jantung berdegup laju.”

“Abang Zul, ini terlalu bahaya untuk kesihatan kami,” tulis netizen berseloroh.

Dalam masa sama, terdapat juga peminat yang meninggalkan komen manja serta salam perkenalan bagi menarik perhatian Zul.

Tidak kurang juga, peminat lelaki menjadikan perkongsian tersebut sebagai motivasi untuk lebih konsisten menjaga kesihatan dan bentuk badan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-05-13 13:58:09

Zul Ariffin Ditegur PHM Isu Rokok, Netizen Anggap Respon Teguran Sebagai Kurang Sensitif

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads