Zul Ariffin Ditegur PHM Isu Rokok, Netizen Anggap Respon Teguran Sebagai Kurang Sensitif

Hiburan

Zul Ariffin Ditegur PHM Isu Rokok, Netizen Anggap Respon Teguran Sebagai Kurang Sensitif

Pelakon Zul Ariffin menjadi perhatian selepas memuat naik hantaran memaparkan dirinya sedang merokok, sehingga menerima teguran daripada Public Health Malaysia (PHM).

Menerusi ruangan komen, PHM menegur tindakan tersebut kerana dilihat seolah-olah memberi publisiti percuma kepada syarikat rokok.

Advertisement

mm

“Tahniah, you just gave cigarette company free advertising. Marketing team mereka boleh rehat hari ini. Just wait for someone to proudly pose with their product, upload it, and call it style.”

Bagaimanapun, jawapan ringkas Zul terhadap teguran itu turut mencetuskan pelbagai reaksi apabila dia membalas:

“And?”

Respons tersebut membuatkan ramai netizen kurang senang kerana merasakan isu rokok bukan perkara kecil, apatah lagi kerajaan dan pihak kesihatan awam sudah lama berusaha mendidik masyarakat tentang bahaya merokok.

Malah, ada yang mengaitkan perkara itu dengan usaha terdahulu kerajaan menerusi Rang Undang-Undang Generasi Penamat Rokok atau GEG yang pernah dibentangkan ketika Khairy Jamaluddin menjadi Menteri Kesihatan.

RUU tersebut sebelum ini bertujuan melarang penjualan rokok dan vape kepada individu yang lahir selepas 1 Januari 2005 sebagai usaha mengurangkan tabiat merokok dalam kalangan generasi muda.

Disebabkan Zul merupakan figura popular yang mempunyai pengaruh besar, ada netizen berpendapat selebriti sepatutnya lebih berhati-hati dengan kandungan yang dimuat naik, terutama jika ia boleh memberi normalisasi terhadap budaya merokok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

amir raja laawak
2026-05-13 11:35:27

Gigih Cari Rezeki, Amir Raja Lawak Jual Besi Buruk Sebagai Pendapatan Sampingan - "Selagi Ada Daya.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads