Pelakon, Zul Yahya memaklumkan dia bersama ahli keluarganya kini terpaksa menumpang sementara di sebuah kedai susulan berdepan masalah kewangan.
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Zul menjelaskan keadaan itu berlaku selepas perniagaan yang diusahakan tidak begitu stabil ketika ini.

Menurut Zul, dia bersama keluarganya seramai lapan beranak terpaksa tidur di kedai berkenaan sementara mencari jalan menyelesaikan masalah yang dihadapi.
“Saya dan keluarga, kami lapan beranak tidur di kedai sementara nak selesaikan masalah kami ini. Mungkin seminggu lagi. Doakan urusan kami sekeluarga dipermudahkan.”
Dalam siaran langsung sama, Zul turut menunjukkan keadaan ruang dalam kedai tersebut yang dijadikan tempat tidur sementara mereka sekeluarga.
Mereka difahamkan hanya tidur beralaskan kain toto di atas lantai buat masa ini.
Sementara itu, Zul turut memuat naik tangkap layar kod QR akaun TikTok miliknya bagi mendapatkan bantuan daripada orang ramai yang sudi menghulurkan sumbangan untuk meringankan beban ditanggung.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
