Wujud Sisa Kayu Dan Bahan Organik, Saintis Temui Petunjuk Baharu Bahtera Nabi Nuh Di Gunung Ararat?

Dunia

Wujud Sisa Kayu Dan Bahan Organik, Saintis Temui Petunjuk Baharu Bahtera Nabi Nuh Di Gunung Ararat?

Kumpulan penyelidik antarabangsa yang menjalankan kajian terhadap Formasi Durupınar di Turkiye menemukan petunjuk baharu yang berpotensi membantu menjelaskan misteri struktur berbentuk kapal yang selama ini dikaitkan dengan Bahtera Nabi Nuh.

Pasukan yang diketuai pakar arkeologi, Prof. Dr. Cenker Atila dari Sivas Cumhuriyet University, menjalankan kajian geologi dan arkeologi di kawasan berkenaan menggunakan antaranya teknologi radar bawah tanah serta analisis sampel tanah. Projek penyelidikan itu mendapat kelulusan rasmi pihak berkuasa Turkiye pada 2026.

Advertisement

gunung

Antara penemuan yang menarik perhatian ialah kandungan karbon dalam sampel tanah yang diambil dari bahagian dalam formasi didapati kira-kira 40 peratus lebih tinggi berbanding sampel dari kawasan luar formasi.

Menurut Atila, perbezaan tersebut mungkin menunjukkan kewujudan bahan organik, termasuk kemungkinan tinggalan kayu purba.

“Jumlah karbon yang dikesan dari bahagian dalam kapal adalah 40 peratus lebih tinggi berbanding apa yang ditemukan di bahagian luar,” kata Atila.

“Dapatan ini menguatkan andaian bahawa mungkin wujud bahan organik atau sisa-sisa kayu di situ.”

Selain analisis tanah, imbasan radar turut mengesan beberapa anomali bawah permukaan yang mempunyai bentuk linear dan persilangan pada sudut tegak. Corak tersebut sedang dikaji bagi menentukan sama ada ia mempunyai penjelasan geologi semula jadi atau berkaitan struktur tertentu.

noah ark

Bagaimanapun, penemuan tersebut belum membuktikan bahawa Formasi Durupınar merupakan Bahtera Nabi Nuh. Kandungan karbon yang lebih tinggi juga tidak dengan sendirinya membuktikan kewujudan kayu atau menentukan usia sesuatu bahan. Penyelidik masih perlu mendapatkan bukti fizikal dan keputusan analisis makmal lanjut.

Formasi Durupınar terletak kira-kira 29 kilometer di selatan Gunung Ararat, di daerah Doğubayazıt, wilayah Ağrı, dan mempunyai bentuk yang menyerupai kapal. Struktur berkenaan mula mendapat perhatian selepas dikenal pasti melalui gambar udara pada 1959. (Ancient Content)

Kajian pada 2026 turut melibatkan pengambilan kira-kira 1,000 sampel tanah dari pelbagai lokasi serta sampel teras dari bawah permukaan untuk dianalisis. Hasil kajian lanjut dijangka membantu menentukan sama ada anomali yang dikesan mempunyai kaitan dengan struktur buatan manusia atau terbentuk secara semula jadi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-09-28 11:14:32

7 Pelajar Universiti Bersalah Rog*l Pelajar Perempuan Selama 7 Jam, Hukuman Tulis Esei Undang Kemarahan Ramai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.