Seorang bekas pelajar memfailkan saman terhadap Cornell University dan tujuh ahli persatuan fraternity yang didakwanya mer*gol secara berkumpulan pada Oktober 2024.
Bekas pelajar yang dikenal pasti sebagai Jane Doe dalam dokumen mahkamah mendakwa dirinya telah diberikan drg sebelum disksual dan disrang secara sksual di sebuah rumah fraternity di Ithaca oleh tujuh ahli fraternity Chi Phi.

Menurut laporan CBS News, saman tersebut difailkan pada Rabu, 16 September di Mahkamah Agung New York.
Mangsa yang ketika itu berusia 20 tahun mendakwa dirinya dalam keadaan mabuk selepas minum di rumah persatuannya sebelum ke sebuah kelab malam. Dia kemudian pergi seorang diri ke rumah fraternity berkenaan untuk bertemu rakannya pada lewat malam 19 Oktober 2024.
Ketika berada di rumah tersebut, dia mendakwa diberikan drg oleh dua ahli fraternity sebelum dis*ksual, berdasarkan dokumen saman.
Menurut WBNG, salah seorang lelaki terbabit didakwa menghantar mesej dalam kumpulan Snapchat bernama “Chi Phi Actives” yang menyatakan terdapat “perempuan percuma” di tingkat atas.

Selepas mesej itu dihantar, beberapa lelaki lain didakwa turut mengambil bahagian dalam kejadian berkenaan.
Menurut dokumen saman, kejadian tersebut didakwa berterusan sehingga kira-kira jam 5.45 pagi.
Mangsa kemudian membuat laporan kepada jabatan polis universiti kira-kira tiga minggu selepas kejadian, menurut CBS News berdasarkan dokumen saman.
Peguam Jane Doe, Thomas Giuffra, mendakwa hanya dua daripada tujuh lelaki yang didakwa terlibat telah dibuang universiti, manakala ahli fraternity lain menerima hukuman lebih ringan seperti perlu menulis esei.
Giuffra turut mendakwa tiada seorang pun daripada tujuh individu tersebut ditangkap.
Jane Doe mendakwa dia meninggalkan universiti selepas kejadian berkenaan.
Cornell Akui Siasatan Dakwaan Serius
Dalam satu kenyataan pada November 2024, Cornell University mengakui pihaknya menjalankan siasatan berhubung “dakwaan serius dan amat mengganggu mengenai penyalahgunaan dadah serta keganasan seksual di rumah fraternity Chi Phi” dan menyifatkan tingkah laku yang didakwa berlaku sebagai sesuatu yang “amat tercela”.
Universiti tersebut menegaskan perkara itu tidak boleh diterima dalam komuniti mereka.
Selepas saman difailkan, Cornell mengeluarkan satu lagi kenyataan pada 21 September lalu dan berkata pihaknya mengetahui mengenai saman berhubung “dakwaan yang amat mengganggu mengenai serangan seksual melibatkan anggota komuniti pelajar yang berlaku pada 2024.”

Menurut Cornell, Pejabat Hak Sivil serta Pejabat Tatakelakuan Pelajar dan Piawaian Komuniti telah menjalankan siasatan dan membuat keputusan terhadap dakwaan tersebut selaras dengan polisi universiti.
Universiti itu turut memaklumkan bahawa cawangan Xi fraternity Chi Phi masih dilarang berada di kampus.
Cornell menjelaskan undang-undang privasi persekutuan menghalang pihaknya daripada mendedahkan maklumat khusus mengenai pelajar tertentu.
“Undang-undang privasi persekutuan melarang Cornell daripada mendedahkan maklumat khusus mengenai pelajar secara individu dan oleh itu kami tidak dapat memberikan kenyataan awam mengenai sebarang tindakan disiplin lain.”
Universiti itu berkata pelanggaran terhadap polisi boleh membawa kepada tindakan termasuk penggantungan atau penyingkiran daripada universiti.
“Pelanggaran polisi universiti boleh membawa kepada tindakan termasuk penggantungan atau penyingkiran daripada universiti. Kami akan memberikan maklumat lanjut melalui proses undang-undang.”
Chi Phi Beri Respons
Ibu pejabat kebangsaan Chi Phi kepada CBS News menyifatkan dakwaan serangan seksual tersebut sebagai “amat membimbangkan.”
Chi Phi menegaskan pihaknya mengecam sekeras-kerasnya keganasan seksual dan prinsip asas mereka adalah berteraskan kebenaran, kehormatan serta integriti peribadi.
“Chi Phi mengecam sekeras-kerasnya keganasan seksu*l. Prinsip asas kami iaitu Kebenaran, Kehormatan dan Integriti Peribadi, serta misi kami untuk membentuk lelaki yang lebih baik, menuntut setiap ahli menunjukkan akhlak melalui tindakan mereka serta menghormati maruah dan keselamatan orang lain.”
Chi Phi turut mengesahkan mereka mengetahui mengenai saman berkaitan kejadian yang didakwa berlaku pada 2024.
Kes berkenaan masih melalui proses undang-undang dan dakwaan yang dinyatakan dalam saman tersebut belum diputuskan oleh mahkamah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
