Video Wanita Solat ‘Free Hair’ Tanpa Telekung Tular, Reaksi Wak Doyok Jadi Tumpuan – “Lebih Baik Ahli…”

Hiburan

Video Wanita Solat ‘Free Hair’ Tanpa Telekung Tular, Reaksi Wak Doyok Jadi Tumpuan – “Lebih Baik Ahli…”

Sebuah video di TikTok baru-baru ini mencetuskan perbualan hangat selepas seorang wanita yang dikenali sebagai “Kak Liza” dilihat melakukan siaran langsung sambil menunaikan solat.

Menerusi video yang turut menjadi bualan di Threads, wanita berkenaan dilihat solat tanpa memakai telekung, sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada penonton.

Advertisement

Isu tersebut menjadi perdebatan apabila ada pengguna mendakwa Kak Liza ada menyatakan bahawa tidak perlu memakai telekung asalkan solat tetap dilakukan dengan sempurna.

d

Perkara itu kemudian menimbulkan pelbagai pandangan dan kekeliruan dalam kalangan netizen yang cuba memahami situasi sebenar.

Dalam masa sama, ada juga pengguna tampil menjelaskan bahawa mereka sudah lama mengenali Kak Liza dan mendakwa wanita itu kurang sihat serta mempunyai kad OKU.

Isu berkenaan turut mendapat perhatian Wak Doyok yang meminta ahli keluarga wanita tersebut lebih memantau keadaannya.

d

“Nak kata gila . Tak org gila boleh main tiktok. Baik ahli keluarga pantau dia.” tulis Wak Doyok di laman Threads.

Komen itu mencetuskan reaksi bercampur-baur. Ada yang bersetuju dengan pandangan tersebut, namun ada juga yang meminta orang ramai lebih berempati terhadap keadaan Kak Liza.

Antara komen netizen yang turut tular:

“Always wondering about her. Thanks yang share video ni. Thanks yang reply video ni & stated her as a mentally disabled. Now I know. Kalau tak, sampai kesudah aku tertanya2. Sedih when hujung2 usia jadi macam ni. She must be used to bear something yg sgt berat in her life”

Sementara itu, ada juga netizen berpendapat wanita berkenaan perlu difahami dan tidak terus dihukum.

“Dia ni sakit mental so biar je la dia buat apa yg membuatkan dia happy ! Allah lebih mengetahui” tulis netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

zxcs
2026-05-14 12:41:00

Zul Yahya Didakwa Berdepan Masalah Kewangan, Satu Keluarga Tidur Di Kedai Makan - "Kifarah Atau Ujian?"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads