(VIDEO) Tun M Luah Rasa Kehilangan Kepada Sultan Pahang – “Saya Tak Sangka Dia …”

Kehidupan

(VIDEO) Tun M Luah Rasa Kehilangan Kepada Sultan Pahang – “Saya Tak Sangka Dia …”

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa tidak menyangka isterinya, Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, pergi buat selama-lamanya kerana sebelum itu beliau kelihatan berada dalam keadaan baik.

Luahan tersebut dikongsikan Tun Mahathir ketika berbual ringkas bersama Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkunjung ke kediamannya di Seri Kembangan, semalam.

Advertisement

“Saya tak sangka dia meninggal hari ini (semalam). Dia nampak baik sahaja.”

Turut berangkat sama ialah Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di Facebook Tun Mahathir, beliau turut mengucapkan terima kasih atas keberangkatan keluarga diraja Pahang untuk menziarahinya.

“Datang dari Pahang? Terima kasih lah.”

Dalam pertemuan sama, Al-Sultan Abdullah turut menitipkan pesanan kepada Tun Mahathir supaya menjaga kesihatannya.

“Tun kena jaga diri, Tun,” titah baginda.

Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 28 September pada usia 100 tahun. Jabatan Perdana Menteri sebelum itu memaklumkan Allahyarham diberikan penghormatan Istiadat Pengebumian Pembesar Negara sebelum dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya.

Allahyarham kemudiannya selamat dikebumikan berhampiran pusara Allahyarham Tun Endon Mahmood.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-09-29 16:23:06

"Ayah Rasa Sangat Keseorangan Sekarang" - Marina Kongsi Keadaan Terkini Tun Mahathir Selepas Kehilangan Isteri Tercinta

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram