May 30th, 2018

Selepas dihimpit kontroversi serta pelbagai spekulasi liar mengenai video lucah didakwa miliknya yang menjadi perbualan hangat netizen, pelakon Syafiq Kyle akhirnya tampil bertemu pihak media untuk berbicara mengenai isu hangat itu.

Mungkin ramai yang mengharapkan penjelasan daripada Syafiq, namun malangnya aktor itu membiarkan spekulasi itu terus tergantung tanpa penyelesaian  apabila memilih untuk tidak mengesahkan atau menidakkan segala dakwaan yang telah timbul dan membiarkan masyarakat membuat kesimpulan mereka sendiri.

Sama ada saya atau tidak tetap akan ada pandangan yang berlainan dan saya adalah insan yang bertanggungjawab untuk memanjangkan atau pendekkan isu ini. Saya pilih menghentikannya di sini dan meneruskan kehidupan. Bagi saya, biarlah orang nak cakap itu saya atau bukan. Saya juga menghargai dugaan ini sebagai perkara yang mematangkan saya.

Dua tahun lalu saya sudah menghidu tentang video tersebut ada yang jumpa saya beritahu mereka sudah melihatnya. Saya tertanya-tanya video apa yang dimaksudkan sehinggalah ia tersebar dua hari lalu. Sejujurnya saya tidak mahu tengok video-video itu sejak ia tular dan dikongsikan di media sosial.

Ditanya siapakah wanita bernama Mira yang turut terlibat dalam rakaman video lucah berkenaan, Syafiq memberitahu beliau mungkin pernah mengenali wanita itu, tetapi beliau memilih untuk tidak memberikan sebarang komen lanjut mengenainya.

Terdahulu, video lucah Syafiq  sedang beronani mula tersebar dengan meluas di laman sosial Twitter dan beberapa individu dikatakan telah menjual video berdurasi 7 minit 21 saat itu dengan harga RM 20. Kemudian, ada pula individu yang dikenali sebagai Faizi Khairuddin memaparkan mesej kononnya Syafiq merayu meminta dia memadam video tersebut dan turut menunjukkan seakan beliau dan Syafiq mempunyai “hubungan” berdasarkan bait-bait ayat yang ditulis oleh Syafiq.

Sumber Berita : mStar Online


30 responses to “Video Itu Sudah Ada Sejak Dua Tahun Lalu, Biarlah Masyarakat Nak Cakap Itu Saya Atau Bukan – Syafiq Kyle”

  1. bangchik says:

    smart man, smart decision.

  2. anon says:

    mentang2 ada rupa
    makcik2 dan kakcik2 bawang kemaenn membela
    jgn aib lah
    benda dah lama lah
    cuma muka dia mcm muka pecah mintu
    siappppp lah kau di bawang2 kan

  3. anonymous says:

    kote kecik je pun riuh sekampung LOL

  4. Anonymous says:

    ok dah2 laa tu BN nak post psl ni, syafik pon dah learn from mistake yg BN x habis2 nak panjang isu. yg lg aku x paham knp spesis pompuan ramai sgt nak tgk video tu konon nak kompemkan yg tu syafik, same cm kes jul ripin dulu. seriously why are these girl so cheap nowadays? pastu bile dpt bf ke laki yg x bley pakai kemain korang mengata kat socmed bagai pdhal prangai korg tu cantikkan dulu sbb korg pon bwk maruah ibu bapak skali. ada paham girls??

  5. jemah says:

    bg aku dia melancap n buat vc tu hal peribadi dia.. semua org pernah ada sisi gelap.. yg jadi haru video tersebar.. aku tak kisah la patiya ke capik ke tunang awi rafael ke.. jnji memasing ada rasa insoff dan move on la.. manusiaaa weii.. what do u expect???

Loading...