Video Itu Sudah Ada Sejak Dua Tahun Lalu, Biarlah Masyarakat Nak Cakap Itu Saya Atau Bukan – Syafiq Kyle

Hiburan

Video Itu Sudah Ada Sejak Dua Tahun Lalu, Biarlah Masyarakat Nak Cakap Itu Saya Atau Bukan – Syafiq Kyle

Selepas dihimpit kontroversi serta pelbagai spekulasi liar mengenai video lucah didakwa miliknya yang menjadi perbualan hangat netizen, pelakon Syafiq Kyle akhirnya tampil bertemu pihak media untuk berbicara mengenai isu hangat itu.

Advertisement

Mungkin ramai yang mengharapkan penjelasan daripada Syafiq, namun malangnya aktor itu membiarkan spekulasi itu terus tergantung tanpa penyelesaian  apabila memilih untuk tidak mengesahkan atau menidakkan segala dakwaan yang telah timbul dan membiarkan masyarakat membuat kesimpulan mereka sendiri.

Sama ada saya atau tidak tetap akan ada pandangan yang berlainan dan saya adalah insan yang bertanggungjawab untuk memanjangkan atau pendekkan isu ini. Saya pilih menghentikannya di sini dan meneruskan kehidupan. Bagi saya, biarlah orang nak cakap itu saya atau bukan. Saya juga menghargai dugaan ini sebagai perkara yang mematangkan saya.

Dua tahun lalu saya sudah menghidu tentang video tersebut ada yang jumpa saya beritahu mereka sudah melihatnya. Saya tertanya-tanya video apa yang dimaksudkan sehinggalah ia tersebar dua hari lalu. Sejujurnya saya tidak mahu tengok video-video itu sejak ia tular dan dikongsikan di media sosial.

Ditanya siapakah wanita bernama Mira yang turut terlibat dalam rakaman video lucah berkenaan, Syafiq memberitahu beliau mungkin pernah mengenali wanita itu, tetapi beliau memilih untuk tidak memberikan sebarang komen lanjut mengenainya.

Terdahulu, video lucah Syafiq  sedang beronani mula tersebar dengan meluas di laman sosial Twitter dan beberapa individu dikatakan telah menjual video berdurasi 7 minit 21 saat itu dengan harga RM 20. Kemudian, ada pula individu yang dikenali sebagai Faizi Khairuddin memaparkan mesej kononnya Syafiq merayu meminta dia memadam video tersebut dan turut menunjukkan seakan beliau dan Syafiq mempunyai “hubungan” berdasarkan bait-bait ayat yang ditulis oleh Syafiq.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

30 Comments

  1. Anonymous

    May 30, 2018 at 10:43 am

    semua tetap sayang capik kail.. ahaa
    move on dik.. kalo betul.. jgn buat lagi naa..

  2. Anonymous

    May 30, 2018 at 10:32 am

    aku quote drama nur semlm bile sesekali kite diuji ape salahnye sebab dah terlalu lama disanjung. so to syafiq if bende ni die take seriously utk learn from mistake n jaga tingkah laku, aku rase itu yg terbaik utk die. kitorg x mintak pon ko admit sbb kitorg tau betapa malu n sakitnye bile aib dibuka. tapi tgk dr sudut positif budak ni bijak handle situasi n x lari n x off komen. sure besar ganjaran berupa rezeki allah nak bg sbb tu diuji cmni skali.

  3. Anonymous

    May 30, 2018 at 10:13 am

    move on…everyone. next???

  4. Anon

    May 30, 2018 at 10:11 am

    Dah boleh stop kot issue ni. Haritu masa dia senyap, korang suruh dia keluar statement. Bila dah keluar statement, korang mintak dia mengaku pulak. Bila dia dah buat pc, still lagi tak puas hati. Kalau mengaku korang kecam, tak mengaku pun korang kecam. Alahai netizen

  5. unknown

    May 30, 2018 at 9:48 am

    seriously i dont givva damn to the video.. hopefully dia sedar kesalahan & taubat.. lakonan u mmg best shafiq.. kipitup