(VIDEO) “Celak* Kau Ni” – Muncul Suara ‘Gelak’ Entiti Ditujukan Kepada Pasukan SAR Ketika Pencarian Nur Izzati

Berita

(VIDEO) “Celak* Kau Ni” – Muncul Suara ‘Gelak’ Entiti Ditujukan Kepada Pasukan SAR Ketika Pencarian Nur Izzati

Suasana operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja hilang, Nur Izzati Humaira Azizul, 19, di Bukit Changkat Asa, Tanjung Malim, Perak mencetuskan tanda tanya netizen selepas tular satu video yang didakwa memaparkan bunyi ‘aneh’ di lokasi kejadian.

Menerusi video dimuat naik di Threads Shera, kelihatan pasukan SAR sedang melakukan pencarian di kawasan semak sambil memanggil nama mangsa.

Advertisement

izzati

Namun, beberapa saat kemudian, kedengaran bunyi seakan ketawa yang didakwa berlaku ketika operasi dijalankan.

“Ya Allah meremang bulu roma dengar benda tu gelak. Jelas! Ya Allah kembalikan Nur Izzati Humaira ke pangkuan keluarganya dengan selamat. Jom kita sama-sama doakan,” tulisnya.

Sementara itu, Kosmo! sebelum ini melaporkan radius pencarian diperluaskan kepada 0.5 kilometer persegi bagi mempergiatkan usaha mengesan mangsa.

@ohmalaysiamedia

Meremang bulu roma, dengar benda tu gelak. Jelas! Kembalikan Nur Izzati Humaira. Nur Izzati Humaira Azizul dilaporkan hilang ketika menuruni Bukit Changkat Asa, Tanjung Malim #trendingnewsmalaysia #beritatiktok #fyp #viral #viralvideo

? Suspenseful and tense orchestra(1318015) – SoLaTiDo

Pegawai Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Azliza Ahmad berkata, operasi dilakukan menggunakan teknik sweeping dengan tumpuan di kawasan timur Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).

Operasi turut dibantu tiga anjing pengesan, iaitu dua daripada JBPM dan satu milik Polis Diraja Malaysia (PDRM), selain penggunaan dron oleh Unit Pengurusan Bencana Kerajaan Negeri Selangor.

“Setakat ini, tiada petunjuk baharu ditemui dan pasukan SAR hanya bergantung kepada maklumat keluarga mangsa,” katanya.

Terdahulu, Nur Izzati dipercayai sesat selepas terpisah daripada lima rakan serta ahli keluarganya ketika menuruni Bukit Changkat Asa.

Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

amin idris uia
2026-05-24 13:39:26

"Apa Masalah Kau Ya" - Wanita Beri 'Amaran' Jangan Masuk UIA, Respon PU Amin Idris Curi Tumpuan Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads